expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

HeartBeat

Followers

Korang Yang Ke...

Sunday, January 1, 2017

Monolog Budak Hari Jadi (Edisi 2017)

Assalamualaikum...

Selamat Tahun Baru 2017!!! Happy New Year!!!

*bunga api meletup*

Dan juga Selamat Ulang Tahun aku ke 27!!!!

*krikkk krikkk*

Faham tak apa aku nak sampaikan ni.  Haha...

Meh aku mulakan ceritera.  Eceh.

Memang aku lahir 1 Januari.  Itu date dalam surat beranak dan IC aku.  Sejak kecik aku sentiasa merasakan aku ni special sebab lahir pada Tahun Baru.  Consider satu dunia celebrate Hari Jadi aku la.  Haha...

Masyarakat sekeliling aku masa aku kecik pun memang agak kagum sebab boleh dikatakan aku macam yang terpilih untuk lahir pada tarikh yang unik.  Jadi aku pun merasakan aku ni special. Lama jugak aku fikir macam ni.  Sampailah....

Ada satu peristiwa aku kena sound tepek dengan manusia sekor ni.  Aku tak ingat apa dia cakap tapi lebih kurang macam ni:

"Ingat hang sorang yang special sangat lahir new year kat dunia ni?  Apa special tak tau la beriya sangat nak orang wish"

Kau kejam.  Kau boleh kata hari lain tapi kau pilih birthday aku untuk cakap benda gini.

Ada orang yang tak suka nak sambut birthday dia.  Ada orang yang nak orang tau hari ni birthday dia.  Terpulanglah.  Hidup kau.  Dan untuk orang tu,  aku tak mintak pun dia wish atau bagi hadiah.  Mungkin dia just benci dengan aku.

Tapi umur dah 27 ni,  lagi 3 tahun dah masuk 30, aku ada banyak benda yang aku masih tak capai.  Financial aku fail,  love life fail (masih single tanpa pernah bercinta),  badan masih gemuk, fail jugak.  Jadi dengan semua benda ni,  jadi less excited untuk sambut birthday.

Lebih-lebih lagi golongan masyarakat sekeliling aku sekarang tak pernah fikir nak sambut birthday orang.  Even mak bapak dia pun dia tak tahu lahir bila. Jadi makin less excited.

Kita makin tua.  Tak lama lagi penyakit pulak berkunjung tiba.  Atau mati.  Atau kiamat.  So terus rasa hilang semangat birthday tu.

Cukuplah untuk tahun 2017, aku nak semua berjalan lancar.  Aku tak nak terlibat dalam mana-mana pergaduhan kecik atau besar,  aku nak jaga hubungan dengan semua orang.

So this is my 1st entry for 2017. Bye.

Degup Jantung

Related Posts with Thumbnails

Pengunjungku Dari Luar Negara

free counters
Web Analytics