expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

HeartBeat

Followers

Korang Yang Ke...

Wednesday, April 5, 2017

Kali Pertama guna Grabcar

Assalamualaikum...

Lepas new year ni baru post kedua untuk 2017. Busy kemain. Bukan busy sangat tapi tak de idea nak update apa. Gitu...

By the way, nak cerita la sikit pengalaman aku kali pertama menggunakan perkhidmatan Grabcar.

Aku terpaksa sebenarnya sebab semalam (4 April 2017) aku kena hantar dokumen kat LHDN Jalan Duta, KL. Aku dah tak suka nak rempit pergi KL sebab aku benci 7-Eleven (tak ada kaitan tapi sebab aku benci kerja aku sebagai Internal Auditor 7-E dulu). Aku ingat nak pass je dokumen tu kepada despatch tapi boss suruh aku hantar sendiri. Sebab aku kena uruskan refund tax dia dan dokumen tu semua dia nak tiba terus kat tangan pegawai berkenaan. Aku nak naik teksi tapi aku memang anti dengan teksi. Maka pilihan selamat, aku terpaksa download apps Grabcar ni.

Kenapa aku tak pilih Uber? Sebab masa aku nak register dia mintak info kredit kad aku. Aku mana ada kad kredit.

Jadi 8.30 a.m aku dah book kereta. Aku tengok rates. RM33. Woi. Semalam aku cek RM19 je. Ah gasaklah, aku cakap dalam hati. Lagipun aku boleh claim. Bila dah booking tu, terus dalam 2 minit sampai driver aku. Cepat. Driver B (nama rahsia) yang pick up aku. Peramah orangnya. Mujur dapat driver peramah sebab aku ni pendiam dan hanya boleh jadi ramah bila ada yang mula ramah dengan aku. Disebabkan itu, aku jadi tak berkira sangat nak spend duit lebih untuk tambang. Dalam 30 minit, aku sampai. Jadi, aku bayar RM36 kat Driver B. Ada tol RM3 so jadilah RM36.

Pendek cerita, selesai urusan, aku guna Grabcar juga untuk balik ke ofis aku di Kelana Jaya. Dan aku masih menggunakan Grabcar juga. Kali ni Driver M (Nama rahsia). Dia still OK cuma tak banyak cakap la. Sesuai jugak untuk aku yang pendiam ni. Perjalanan lancar. Sampai kat ofis, aku bayar tambang. RM23 tambah tol RM2 jadi RM25.

Apa yang aku nampak bagusnya Grabcar ni, rates dia fixed. Maknanya kalau driver tu bawak kau ikut jalan jauh sekalipun, harga masih sama. Tak perlu risau kalau kau takut sangat lagi jauh perjalanan lagi banyak kau kena bayar. Sebab rates bukan ikut per kilometer. Itu teksi je yang guna. Sebab tu aku anti dengan teksi. Kalau guna meter tu sekurang-kurangnya kau nampak lagi duit kau bakal terbang. Yang tak guna meter, sesuka hati dia je letak harga. Sudahnya. kalau perjalanan kau dekat je, terus dia letak RM70 (contoh). Tak adil kan.

Aku nak guna Grabcar ni hanya untuk tujuan kerja ataupun emergency je. Kalau setakat nak melagho, aku rela rempit. Tak pun naik LRT.

p/s: aku tak ditaja Grabcar untuk buat entri ni. Lagipun siapa je aku ni. Hahaha.

Sunday, January 1, 2017

Monolog Budak Hari Jadi (Edisi 2017)

Assalamualaikum...

Selamat Tahun Baru 2017!!! Happy New Year!!!

*bunga api meletup*

Dan juga Selamat Ulang Tahun aku ke 27!!!!

*krikkk krikkk*

Faham tak apa aku nak sampaikan ni.  Haha...

Meh aku mulakan ceritera.  Eceh.

Memang aku lahir 1 Januari.  Itu date dalam surat beranak dan IC aku.  Sejak kecik aku sentiasa merasakan aku ni special sebab lahir pada Tahun Baru.  Consider satu dunia celebrate Hari Jadi aku la.  Haha...

Masyarakat sekeliling aku masa aku kecik pun memang agak kagum sebab boleh dikatakan aku macam yang terpilih untuk lahir pada tarikh yang unik.  Jadi aku pun merasakan aku ni special. Lama jugak aku fikir macam ni.  Sampailah....

Ada satu peristiwa aku kena sound tepek dengan manusia sekor ni.  Aku tak ingat apa dia cakap tapi lebih kurang macam ni:

"Ingat hang sorang yang special sangat lahir new year kat dunia ni?  Apa special tak tau la beriya sangat nak orang wish"

Kau kejam.  Kau boleh kata hari lain tapi kau pilih birthday aku untuk cakap benda gini.

Ada orang yang tak suka nak sambut birthday dia.  Ada orang yang nak orang tau hari ni birthday dia.  Terpulanglah.  Hidup kau.  Dan untuk orang tu,  aku tak mintak pun dia wish atau bagi hadiah.  Mungkin dia just benci dengan aku.

Tapi umur dah 27 ni,  lagi 3 tahun dah masuk 30, aku ada banyak benda yang aku masih tak capai.  Financial aku fail,  love life fail (masih single tanpa pernah bercinta),  badan masih gemuk, fail jugak.  Jadi dengan semua benda ni,  jadi less excited untuk sambut birthday.

Lebih-lebih lagi golongan masyarakat sekeliling aku sekarang tak pernah fikir nak sambut birthday orang.  Even mak bapak dia pun dia tak tahu lahir bila. Jadi makin less excited.

Kita makin tua.  Tak lama lagi penyakit pulak berkunjung tiba.  Atau mati.  Atau kiamat.  So terus rasa hilang semangat birthday tu.

Cukuplah untuk tahun 2017, aku nak semua berjalan lancar.  Aku tak nak terlibat dalam mana-mana pergaduhan kecik atau besar,  aku nak jaga hubungan dengan semua orang.

So this is my 1st entry for 2017. Bye.

Degup Jantung

Related Posts with Thumbnails

Pengunjungku Dari Luar Negara

free counters
Web Analytics