expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

HeartBeat

Followers

Korang Yang Ke...

Friday, September 30, 2016

Penipuan

Assalamualaikum...

Minggu ni hangat betul kisah-kisah kat social media. Secara sengaja aku pun follow beberapa kisah tersebut. So untuk entri kali ni aku nak fokus pasal penipuan.

Siapa je suka kena tipu. Rasa dipermainkan tau dak. Tambah-tambah lagi kalau yang menipu tu seorang public figure. Orang yang dah menjadi idola sesetengah orang. Tapi zaman sekarang ni kalau idola kau menipu, kau akan pertahankan dia sehabis baik. Tak kiralah macam mana cara sekali pun. Mungkin sebab kita masih rasa yang idola yang kita sanjung tu kena khianat. Biasalah jatuh menjatuhkan orang yang dah berada di atas ni. Ada juga sampai tahap tak boleh terima hakikat. Tak faham manusia macam ni.

Jadi kes yang terhangat minggu ni ialah:

1) Fynn Jamal (Kokping)

Aku rasa dia memegang rekod sebagai selebriti paling ramai dibenci di Malaysia ni. Even yang minat dia pun kalau lama-lama perhati perangai minah ni pun akan benci dia. Gelaran selebriti ni pun tak layak untuk dia sebenarnya. Sebelum dia femes lagi pun dah banyak sangat kisah negatif pasal dia. Bermula dengan kisah dia mengaku OCD sebab rasa cool (rujuk entri aku pasal OCD), dengki tak sudah dekat bekas biras dia Atita Haris (forgot that name though), membuka aib sendiri dengan sebab mahu memberi pengajaran kononnya, bagai mana dia menjaga anak angkatnya Juna yang autism, you name it. Boleh search forum kat Cari tu untuk catch up kisah negatif pasal dia. Isu yang hangat sekarang ni pasal dia ialah kisah humble dia bernikah dengan laki dia dalam keadaan daif kononnya. Laki dia kononnya bernikah dengan dia waktu dia hanya kerja sebagai despatch dan dia sebagai lecturer.

Kenapa netizen bising?

Pertamanya, dia up kisah ni dalam beberapa hari lepas kisah Noh Hujan dan Mizz Nina viral di laman sosial. Boleh cari sendiri kisah tu. Apa yang membezakan kisah ni dengan kisah Kokping, kisah Noh Hujan ni kisah benar. Dan diakui oleh semua orang. Noh cerita yang dia tak pernah jejak kaki ke IPTA dan terus masuk ke bidang seni. Itu memang benar. Dan kisah dia kenal dengan Mizz Nina sampai bernikah dan berubah kerana ALLAH, itu semua benar. Nak dibandingkan dengan kisah Kokping yang dia sengaja up lepas beberapa hari tu, semua tu tipu! Kenapa tipu? Baca sendiri lah kisah dia yang viral tu dan search blog dia untuk bandingkan cerita tersebut. Sangat bercanggah!

Kedua, apa yang dia nak dengan up kisah humble rekaan dia tu? Nak beri pengajaran ke atau nak secebis kemahsyuran internet? Dia dah banyak buat kemahsyuran tu sejak dulu lagi. Dan semuanya negatif! Dan kenapa dia up kisah tu beberapa hari lepas kisah Noh Hujan Mizz Nina viral? Adakah minah ni gila femes?

Dan untuk wrap kisah dia ni, semua peminatnya menyokong tanpa ragu-ragu dengan tindakan salah dia. Bersatu nak hentam balik caci maki yang dilemparkan pembenci Kokping ni. Stupid i say. Takkan sebab kau minat dia maka dia ni maksum tak boleh dimaki? Jangan mendewakan dia sangat lah.

2) Azizan Osman

Tak tau nak panggil dia apa. Usahawan ke, entrepreneur ke, apa benda tah. Tapi aku tau dia ni seorang penceramah yang kononnya berniat nak majukan bangsa sendiri, nak tengok bangsa sendiri jadi jutawan dengan berbisnes. Orang yang dah bukak mata dah lama tau dia ni menipu. Bayangkan untuk menghadiri ceramah dia je kena bayar harga yang mahal. Ikut seat pulak tu. Macam konsert dah. Padahal kalau nak sangat mula berbisnes banyak sangat sumber-sumber ilmu yang boleh korang cari secara PERCUMA. Kenapa nak bazir duit? Ilmu dia berharga sangat ke?

Paling meragukan ialah credential dia. dua tiga master, dua tiga Phd. Tau tak nak setelkan master tu pun ramai yang berkorban apa je untuk habiskan. Kena banyak publish jurnal dan penerbitan atas nama sendiri untuk melayakkan kita dapat master tu. Bagaimana dia ni senang-senang buat master sampai 2 3 bidang? Lepas tu, mana tesis dia? Mana penerbitan dan jurnal dia? Kenapa cari atas nama dia tak de? Grad master daripada Gordon University. Universiti mana tu? Kenapa bila search tak wujud? Hal ni dah lama dibongkarkan.

Paling latest. Dia mengaku dapat gelaran Doktor daripada Universiti Malaya dalam bidang keusahawanan. Ada orang yang berjaya bongkarkan penipuan ulung dia dan akhirnya pihak UM sendiri buat statement yang mereka TAK PERNAH bagi ijazah kedoktoran tu kat dia. Apa yang aku faham kalau ikut undang-undang, UM boleh dakwa dia sebab menipu atas nama UM untuk mengaburi mata orang. Kita tengok nanti perkembangan kes ni. Tapi sekarang dah kepoh, ada yang dah terbukak mata.

Dan macam biasa, masih ada yang cuba untuk back up dia. Mula mainkan isu bangsa agama negara. Ada yang mengatakan hal ni tak patut dibongkarkan sebab ilmu dia berharga dan dia banyak tolong Melayu. Ada yang tuduh kita ni suka tengok bangsa sendiri mundur. Ada yang menghalalkan penipuan dia. This is sick! Tipu tetap tipu tak kira lah dia benar sekali pun.

Dalam dua kes ni, yang paling aku tak faham adalah pengkut tegar. Buta mata buta hati dah agaknya sampai tak boleh beza baik buruk. Lepas tu main isu bangsa. Tau tak kedua-dua manusia ni lah pengkhianat bangsa sebenarnya. Ini pun nak dijadikan idola lagi?

Harapnya mereka ni terbukaklah mata dan hati mereka untuk tengok kebenaran. Jangan selama-lamanya terpengaruh dengan mereka. Kalau rasa nak tau lebih lanjut, google lah sendiri kisah mereka. Kita masing-masing dah dewasa. Tahu menilai mana baik mana buruk.

Sekian.

Wednesday, September 28, 2016

Mula Belajar Actuary: Diploma atau Degree Terus?

Assalamualaikum...

Dah lama tak update pasal actuary. So far aku masih mencari nota-nota percuma yang sedikit sebanyak dapat membantu aku untuk study. Banyak dah jumpa. InsyaALLAH aku akan mula atur balik jadual hidup aku untuk study balik. By the way, aku start dengan first paper dahulu, berkenaan statistik dan kebarangkalian. Harap dapatlah aku catch up balik. Amin...

Kalau nak masuk bidang Actuary, paling penting kau kena ada ilmu Matematik yang teramatlah kuat. Sejak tadika lagi kau dah kena suka Matematik. Camtu. Ok let say, kau memang cemerlang. SPM kau pun cemerlang terbilang gemilang gitu. Matematik dengan Matematik Tambahan kau skor A+. Dan kau pun memang target nak belajar course Actuary. Tapi kau nak sambung belajar kat Malaysia je. Kat Malaysia, Ada dua pilihan cemana kau nak sambung belajar dalam bidang Actuary:

1) Diploma
2) Degree

Kalau nak lompat degree terus, kenalah kau sambung STPM ataupun Matrikulasi. Aku tak sure pasal diploma tapi rasanya masih sama. Isi UPU.

Jadi, antara dua pilihan ni, yang mana satu lagi baik? Mestilah ada pros and cons.

Diploma

Aku tak de pengalaman belajar level diploma so aku tak tahu cemana silibus diorang. Tapi boleh aku kata untuk level diploma ni dia banyak ajar basic dulu. Bagi aku bagus sebab tak de lah nanti student hilang arah. Student pun boleh kejar pembelajaran sepanjang tahun-tahun diploma. Dan paling penting, untuk Actuary khususnya, dalam tahun-tahun diploma ni kau boleh dah plan untuk ambil Professional Exam. Kalau banyak duit, konfiden, boleh daftar terus. Dalam 3 tahun tu insyaALLAH kau dah boleh lepas at least 2 atau 3 exam. Sambil-sambil tu mestilah boleh skor pointer 4flat untuk diploma. Nanti bila sambung degree, subjek yang betul-betul mendalam pasal actuary insyaALLAH boleh skor jugak. Cons ni aku tak jumpa lagi. Kena tanya diorang yang start dengan diploma lah.

Diploma Actuary hanya terdapat di UITM untuk IPTA. Aku tak keep track untuk IPTS.

Degree

Pilihan utama kebanyakan bakal student. Masa yang cepat sebab degree hanya 3 tahun je belajar. Banding dengan diploma 3 tahun lepas tu degree 2 tahun, maka ramai yang pilih untuk sambung belajar di Matrikulasi atau STPM dahulu kemudian terus masuk IPTA sambung degree. Itu pro. Cons dia, silibus memang pack (bagi aku) dan kalau tak bersedia, memang kau akan terkapai-kapai sepanjang pengajian kau. Macam aku lah. Haha... Tapi aku ni kes terpencil. Ramai yang pilih jalan ni skor dengan jayanya. Berkenaan professional exam, boleh ambil masa pengajian jugak. Banyak duit, konfiden, daftar je lah. Most student (Chinese usually) diorang dah habis 4 exam by the end of their 2nd year. Masa 3rd year dah rilek. Tumpu nak maintain pointer je.

Degree Actuary ada kat UKM, UM, USIM, dan UITM untuk IPTA. Aku tak keep track untuk IPTS.

Jadi, personaly, aku rasa kalau kau slow learner (macam aku. sedih tol dah 4 tahun lepas grad baru sedar haha), baik lah mulakan dengan diploma dulu. Kuatkan basic berkenaan actuary supaya nanti korang boleh skor professional exam dan pointer sepanjang pengajian. Degree bagi aku tak macam tu sebab expectation kau dah ada basic tu. Sebab tu ia menjadi masalah buat aku. Bayangkan student science yang tiba-tiba kena belajar ekonomi. Mau terkejut otak kau. Tapi kalau berusaha insyaALLAH boleh grab jugak.

Tapi kalau kau tengah memilih ni, make sure kau tahu apa yang kau buat. Aku dulu terlalu ikut mainstream flow. Sambung matrikulasi then dapat degree Actuary. Semuanya sebab mentaliti "diploma tu level cikai je". Ye aku memang berfikir macam tu dulu. Inilah hasilnya. Orang boleh bagi pendapat kat kau je. Jangan ambil diploma nanti lama sangat, katanya. Tak kiralah dari mana pun kau bermula, kalau kau ada keazaman tu, peluang kau kat luar lebih cerah kalau kau ada faktor yang mampu buat kau lebih menonjol. Walaupun kau bermula dengan diploma.

Satu lagi mentaliti. Aku dulu dimomokkan dengan kata-kata oleh manusia tersebut (rahsia) bahawa graduan yang bermula daripada diploma (senang cerita, kau masuk UITM) tak laku dalam pasaran kerja. Katanya asal company besar-besar dalam bidang actuary ni tau kau asal UITM, diorang tak pandang kau. NO. NO. NO. Screw that person. Aku sekarang tak percaya dengan teori sampah ni. Pendapat aku, asal kau ada ilmu Actuary yang kuat, lepas tu kau lulus banyak professional exam, itu dah cukup untuk buat kau menonjol daripada orang lain yang sama-sama fight dengan kau. Kat mana kau belajar tu tak penting sebab ilmu yang dituai tu sama je. I guess i was too young too dumb to realize what am i doing in my previous 7 years.

Lastly, mana-mana pun jalan yang dipilih, belajarlah betul betul. Diploma dan degree ada pros and cons tapi berdasarkan pengalaman aku, memulakan actuary dengan degree adalah satu kesilapan. Dan aku nak tebus kesilapan ni. Semoga semuanya berjalan lancar untuk aku. InsyaALLAH.

p/s: segala pendapat yang aku taip dalam entri ni adalah berdasarkan pengalaman aku semata-mata dan diharap tidak mempengaruhi mana-mana keputusan yang dibuat dalam hidup kau orang. Kalau rasa nak mula dengan degree, go for it. Kalau rasa nak masuk UITM, go for it also. Asalkan kau orang tau bagaimana nak aturkan jalan hidup korang. Hehe...


Sunday, September 11, 2016

Pokemon Go: Niantic Buat Hal Lagi

Assalamualaikum...

Hai pemain Pokemon Go semua. Hari ni (11/9/2016) ramai yang marah-marah dengan Niantic, pembangun permainan ni. Semuanya pasal update terbaru Pokemon Go.

Macam aku beritahu dalam last post berkaitan Pokemon Go, Niantic sangat mementingkan kejujuran dalam mewujudkan suasana permainan yang adil dan saksama. Jadi Niantic akan ban mana-mana akaun pemain yang menggunakan 3rd party apps walaupun ia berguna untuk korang. Peraturan ni je dah menyusahkan banyak pemain dimana ada diantara pemain yang menyalahgunakan peraturan ni untuk merosakkan akaun pemain lain. Niantic juga mengamalkan konsep "ban dulu, takde siasat, jangan main game kami dah" dimana kalau akaun korang kena report dengan manusia dengki ni, chance untuk korang dapatkan balik akaun korang adalah tipis atau tak de langsung. Selamat tinggal lah Dragonite CP 3456 korang tu.

Overrated creature. Zzzz...

Kalau yang ni je dah menyusahkan, hari ni ramai yang bising balik. Niantic mengeluarkan update terbaru dimana handphone/tablet korang yang dah di Root (Android) atau Jailbreak (iOS) juga tidak dibenarkan bermain Pokemon Go. Kalau peranti sedia ada korang tu sudah di Root/Jailbreak, Niantic akan ban jugak. Boleh tengok kat Appstore masing-masing banyak komen yang mengamuk kat Niantic kerana sikap pukul rata Niantic ni.

Bagi aku sendiri, Niantic melakukan tindakan yang amat bodoh dan sombong. Ramai yang Root/Jailbreak handphone diorang bukan semata-mata Pokemon Go sahaja. Bahkan Root/Jailbreak ni pun wujud sebelum Pokemon Go ni wujud lagi. Dan bukan semua pemain Root/Jailbreak peranti diorang semata-mata untuk Pokemon Go.

Tak lama lagi memang Pokemon Go ni orang tak main dah. Sia-sia. Kesian orang yang bermain secara jujur. Kalau sikap sombong Niantic ni berterusan, Tak mustahil Pokemon Go ni hanya tinggal kenangan je lah.

~Selamat Hari Raya AidilAdha~

Tuesday, September 6, 2016

Handphone Pre-Order: Tersontot Dan Menyontot

Assalamualaikum....

Lucah tajuk entri. Tapi sebenarnya tak lucah pun.

Muka depan Harian Metro (5 September 2016) pasal ejen jual handphone murah tengah tersontot dek supplier yang dah bawak lari duit hasil jualan handphone murah secara pre-order ni. Sampa kena ugut bunuh, rogol, santau, dan sebagainya. Bila kita cakap pasal kerugian dan handphone ni, boleh jangka lah sebenarnya berapa banyak kerugian tu. Jangan ingat handphone murah tu kalau rugi sikit je amaun nya. Handphone murah, order pun mesti banyak. Expecting amount tu juta-juta jugaklah.

Kenapa aku nak stori pasal pre-order handphone ni?

~SEBAB AKU MANGSA PENIPUAN NI LAH~

Tapi aku bukan ejen. Aku hanya customer sahaja. 

Macam mana aku terlibat?

Aku cuma nak support bisnes member je. Dia yang yang jadi dropship untuk jualan handphone ni. Lagipun harga murah kot. iPhone 5 harga RM 199.00. Kau rasa? Banyak lagi model yang dia jual ni. Tapi aku tak berapa gemar iPhone sebab dah lah kecik, bateri pun kecik. Aku ni suka handphone besar-besar. Maka aku order la Samsung J7 (2015) dengan harga yang sama. RM199.00. Sebab yakin jugak next sale aku order lagi iPad 2 dengan harga RM 280.00. Each product cas RM 30.00 penghantaran. Dibundarkan semua, RM 520.00 duit aku terbang.

Nak dipendekkan cerita, sehingga sekarang, handphone tah kemana entah. Maka makin ramailah yang mula panas punggung, termasuklah aku. (bukan kerana disontot. please~) Bukan apa. Aku order dalam bulan Januari ke Februari 2016 aritu. Sampai sekarang, dah dekat 8-9 bulan la menunggu. Habuk pun tara....Lama kot.

Tapi nak kata aku mangsa pun tak boleh jugak. Masa ni jugak aku desperate nak guna duit sebab baru pindah bilik sewa maka aku decide untuk offer kat sesiapa dalam group Whatsapp sale handphone ni untuk sambung tunggu. Ada lah sorang nak sambung tunggu untuk Samsung J7 (2015) aku. Untuk iPad 2 aku mintak refund. Alhamdulillah urusan dipermudahkan. Jadi sekarang kes aku boleh kata tutuplah.

So, biar aku explain sikit daripada pemahaman aku sendiri berkenaan bisnes pre-order handphone dan penipuan yang sedang berlaku.

Aliran (flow) bisnes ni seperti yang aku dan mungkin korang faham adalah seperti ini:

Kita (pelanggan) pesan barang kat dropship yang terlibat, diorang kumpul pelanggan, bagi kat ejen, kemudian ejen akan buat senarai berapa banyak model-model yang dipesan dan senarai tu akan dihantar kepada pembekal. Bila pembekal berjaya dapatkan model yang telah dipesan, ia akan diberikan kepada ejen. Ejen akan bahagikan model tersebut mengikut pesanan  daripada setiap ejen. Kemudian ejen akan beri model tersebut kepada pelanggan. Kalau rasa salah tolong betulkan. After all, ini cuma pemahaman aku.

Seems legit. Well it is kalau kitaran ni tidak dikacau.

Bagaimana penipuan berlaku?

Dalam kes sekarang, ramai yang mengatakan ia berpunca daripada pembekal sendiri. Pembekal MUNGKIN hanya mengumpul duit hasil jualan daripada pelanggan dan tidak membuat apa-apa pesanan handphone pun. Sebagai seorang yang dah mahir menipu orang, pelbagai cara dilakukan untuk mengaburi mata ejen, dropship, dan terutama sekali pelanggan untuk meyakinkan kita bahawa mereka sedang deal untuk membuat pesanan tersebut. Tapi sebenarnya non hadoo...

Pembekal tak lah songlap 100% duit jualan tu. Seperti yang dah dipersetujui MUNGKIN dengan ejen dan dropship, mereka akan dapat komisyen untuk setiap model yang dijual. Bisnes gini memang kena ada komisyen kan. Mana ada free free buat kerja.

Modus operandi untuk meyakinkan pelanggan? Macam ni:

1) Sale sulung akan dibuat. Promosi besar-besaran (hopefully) melalui akaun Instagram dropship dan ejen. Dalam masa sama diorang akan open vacancy untuk jadi dropship diorang jugak. Sale sulung ni akan berjalan lancar. Tempoh menunggu tak lama dan model handphone akan sampai on time. Kalau dijanjikan tunggu 2 bulan maka 2 bulan lah tunggu. Handphone dapat, pelanggan suka hati.

2) Bila dah dapat kepercayaan, bukak lagi satu sale. Atau boleh juga 2 3 sale selepas tu dengan cara yang sama. Proses berjalan lancar, barang yang ditempah dapat pada waktunya.

3) Bila dah tamak, di sini pembekal mula jadi setan. Setiap sales akan dibuka dalam jangka masa yang pendek dan kerap. Sales seminggu, habis dateline, tunggu dalam seminggu dua, kemudian bukak lagi sales lain. Dan lagi dan lagi. Pelanggan dah makin banyak untuk setiap sales. Bila duit dah dikumpul dan diserahkan kepada pembekal, pembekal dah bagi komisyen pada ejen dan dropship, dia pun pergi joli sakan dengan duit jualan tu.

4) Pembekal a.k.a penipu ni dia tak lah hilangkan diri terus. Dia masih wujud untuk mewujudkan kepercayaan terhadap ejen dan dropship. Sebab kalau lari terus nampaklah penyangak sangat. Jadi penipu ni masih boleh dihubungi ejen dan dropship berkenaan. Bila tanya bila stok sampai, macam-macam alasan la diberi. Padahal dah kenyang songlap duit masa tu.

5) Sales yang dibuka secara kerap itu pun sebagai alasan kononnya setiap sales banyak order dan kena settlekan satu satu sales dulu. Nak melengah-lengah je ni. Kononnya bizi buat quality control untuk setiap model.

Ada yang kata bisnes pre-order ni bisnes rolling duit. Aku tak faham. Tapi macam ni la kawan aku (mangsa jugak) explain:

Pembekal memang buat order untuk stok handphone tapi unit yang dipesan sikit je. Dalam 100 unit contohnya. Unit ni dijual sebagai unit READY STOCK. Maknanya macam pelanggan beli kat kedai. Buat order, terus ambik. Takde tunggu-tunggu. Harga unit tu mahal daripada unit pre-order tapi murah daripada kat kedai. Hasil jualan ready stock ni digunakan untuk next ready stock sales. 

Unit pre-order? Tak order pun. Duit dah songlap awal-awal. Unit ready stock tu sepatutnya jadi unit pre-order tapi dia buat ready stock. Sebab tu kalau korang perasan setiap sales mesti ada ready stock.

Jadi, siapakah yang menyontot dan disontot ni?

TERSONTOT

Pelanggan. Harapan nak guna iPhone untuk eksyen kat kengkawan hancur berkecai. Duit burn macam tu sahaja. Tunggu punya tunggu langsung tak dapat. Hati da panas. Mintak refund kat dropship memasing, kalau dapat syukurlah. Kalau tak dapat, memang mengundang kemarahan. Duit sekarang bernilai kot untuk dibazirkan dalam penipuan ni.

TERSONTOT DAN MENYONTOT

Ejen dan dropship. Situasi tersontot tu berlaku bila pelanggan dah mula mendesak untuk dipulangkan semula duit diorang. Kalau diorang masih tau halal haram, diorang akan gunakan harta benda diorang sendiri untuk bayar semula duit yang diminta. Ini ejen/dropship yang bagus. Masih ingat halal haram. Yang menyontot pulak yang tak ingat halal haram tu lah. Dah lah tak pernah jaga hati pelanggan. Bila pelanggan tanya selalu dibalas dengan sombong. Sekarang bila dah terduduk macam ni, masih lagi nak menyalahkan pelanggan yang dah bagi diorang ni rezeki sampai hidup senang. Malas panjang cerita. Korang jenguk blog ejen ni. KLIK SINI.

MENYONTOT

Pembekal. Perangai serupa Jho Low. Dah terang dah kat atas tu perangai supplier. Malas nak cakap lebih-lebih.

Fuh penat taip panjang-panjang. Bukan ada nak baca pun.

Conclusion. Lain kali kalau nak pakai iPhone simpan je la duit tu dulu. Dah cukup baru beli. Jangan dikejar sangat teknologi ni. Kita memang tak terkejar. Takkan setiap kali model baru keluar kita pun nak berhabis duit beli yang baru semata-mata nak up to date kan. Matilanakkk.... Untuk yang baru-baru nak berjinak nak berbisnes tolonglah jadi cerdik bisnes dulu. Dalami selok belok bisnes.

Ok lah itu sahaja. Bye

*kerja lah*

Degup Jantung

Related Posts with Thumbnails

Pengunjungku Dari Luar Negara

free counters
Web Analytics