expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

HeartBeat

Followers

Korang Yang Ke...

Monday, August 29, 2016

Pokemon Go: Main tipu aku report

Assalamualaikum...

Dah hampir sebulan rasanya Pokemon Go ni release kat Malaysia. Banyak dah Pokemon di tangkap. Banyak dah gym ditawan. Semua sibuk dengan taktikal, power, second power, IV, CP, menatang apa jadah semua ni.

Aku? Aku cuma berminat nak penuhkan Pokedex aku je. Lain daripada tu aku tak berminat.

Ada sebabnya. Personally, menangkap Pokemon lebih memberi keseronokan pada aku. Setiap kali kita jumpa Pokemon baru, mesti rasa excited. Walaupun CP dia rendah.

Oh. CP tu Combat Power.

Tapi keseronokan aku main Pokemon Go ni hanya terarah kepada menangkap Pokemon je lah. nak battle, rampas gym, aku tak minat.

Dulu aku nak buat semua tu. Tapi sekarang tak dah. Disebabkan perkara yang hanya wujud kat Malaysia je aku rasa.

BUSUK HATI DAN DENGKI

Biasa lah hal ni kat Malaysia kan. Pantang tengok orang berjaya. Rasa alergik. Maka segala usaha untuk menjatuhkan orang yang berjaya tu dibuat. Bila dah jatuh, rasa puas hati tu tak tergambar dek kata-kata. 

*Zoom in muka penjahat ala-ala sinetron*

Macam mana situasi ni berlaku dalam Pokemon Go?

Dalam usaha Niantic (developer) untuk mewujudkan suasana permainan yang adil dan saksama, Niantic telahpun menguatkuasakan peraturan ketat dimana sebarang penggunaan aplikasi 3rd party yang bertujuan untuk menaiktaraf tahap pemain ke tahap yang tak sepatutnya adalah dilarang sama sekali. Haram bak kata Yizlumik. Macam main tipu la kiranya. Semua applikasi 3rd parti tidak dibenarkan. Tak kira lah kau nak cek Pokemon kat sekitar kau ke, kau nak cek Eevee kau boleh jadi apa lepas evolve ke, kau nak cek IV Pokemon kau ke, semua tu TAK BOLEH. Ngerti nggak?

Peraturan Niantic ni tak salah tapi kelemahannya ialah pihak Niantic tak ada masa dan takkan mahu cek sama ada kau betul-betul main jujur atau menipu. Once kau kantoi, Niantic akan delete akaun kau selama-lamanya. Nak tau kau kantoi ke tak? Bila kau tak boleh log in game langsung. Biasanya keluar macam ni:

Keluar gambar bahasa Itali pulak. Tapi maksudnya server fail to get your data.

Bila kau cek emel yang kau guna untuk daftar akaun kau, ada emel daripada Niantic yang mengatakan akaun kau permanently banned. Maka sia-sia lah usaha kau selama ni.

Walaupun kau boleh merayu untuk dapatkan balik akaun kau, aku boleh kata yang Niantic malas nak layan rayuan kau. Kalau dapat reply kata diorang akan siasat, tapi jangan mimpi lah kau boleh dapat balik. Sekarang ni ada dua pilihan. Buat akaun baru atau tak payah main dah.

Kelemahan peraturan ni membuatkan banyak player di Malaysia ambik kesempatan untuk merepot player-player lain yang lebih tinggi level dia daripada sang perepot. Level ni tak kisahlah level kau ke atau level Pokemon kau. Biasanya berlaku bila kau menang battle kat gym. Previous owner of the gym tak puas hati sebab kau dah kalahkan dia maka dia pun report kau supaya kau tak boleh main dah game ni.

Dalam kes lain pulak, ada manusia yang tak percaya kau main jujur. Maka manusia ni pun berlagak pejuang keadilan a.k.a PokePolice akan report kau ke Niantic supaya kau dibanned walaupun kau tak pernah guna 3rd party apps ataupun mana-mana hack yang wujud. 

PokePolice, anda lah yang kami cari!
*Team Rocket cari pelapis*
Dah ramai yang kena ban kat Malaysia ni. Boleh aku teka dalam 60% yang kena ban ni main jujur tapi jadi mangsa pendengki macam PokePolice ni. Tak patut sungguh.

Macam aku cakap, hal ni berlaku kat Malaysia je. Aku tanya kawan aku kat England sekarang ni, yang kena ban kat sana pun sebab kantoi pakai 3rd party apps. Orang sana tak de masa nak repot-repot ni. Ye lah buang masa kut nak pedajal orang. Baik cari Pokemon.

Jadi orang Malaysia? Sakit hati tengok usaha orang sedangkan kau tu nak keluar pun malas. Bukak Pokemon Go dengan harapan datanglah segala pokemon kepada kau walaupun kau tak guna Incense. Dasar gemok pemalas.

Sebab benda busuk ni lah tujuan aku dah berubah daripada nak battle dan conquer gym kepada melengkapkan Pokedex semata-mata. Biarlah CP Pokemon aku tak tinggi pun. 

Jadi aku boleh cadangkan beberapa perkara untuk memastikan akaun kau kekal dan terselamat daripada dibanned Niantic:

1) Jangan mengada-ngada install 3rd party apps
2) Conquer gym at your own risk
3) Jangan kepoh sangat dengan pencapaian kau
4) Jangan join community group kat Facebook

Personally, aku rasa jelek dengan Niantic. Berlagak nok mapuh. Aku search kat internet pun ada khabar bilangan pemain dah jatuh sampai berapa billion je pemain yang setia. Memang masih ramai. Tapi trend ni dijangka akan terus menurun bila Niantic masih bertindak zalim macam ni. Bye bye je la lepas tu. Berlagak lagi kan.

*Nak Pikachu

No comments:

Degup Jantung

Related Posts with Thumbnails

Pengunjungku Dari Luar Negara

free counters
Web Analytics