expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

HeartBeat

Followers

Korang Yang Ke...

Thursday, January 1, 2015

Monolog Budak Hari Jadi Edisi 2015

Assalamualaikum...

Happy New Year 2015!!!!!!!!!!!!!!!






Tahun lepas tak de monolog ni. So tahun ni aku tergerak nak update entri lagi. Entri pembukaan tahun baru katekooooo~

Aku dah 25 tahun sekarang. Umur yang orang kata kalau kahwin dah berduyun-duyun anak. Tapi jodoh belum sampai. Duit tak stabil. How? Nak tanggung bini? Berangan. Kalau mak aku dengar ni aku risau dia semput sebab gelakkan aku. First, aku ni masih lagi dia pandang macam anak kecik dia. (Takpe lah. Sayang mak. Muah ciked) and second, bila tak cukup duit, mintak dia. Cemana?

Mungkin boleh berazam. Belajar berjimat. Dan berhenti mintak duit kat mak aku. Aku dah besar dah pun kan. 5 tahun lagi umur aku 30.

Apa aku buat esok? Adakah aku masih berangan yang aku akan dicelebrate dengan semeriah mungkin? (Rujuk entri Monolog Budak Hari Jadi Edisi 2011)

Tak.

Aku akan happy kan diri aku sendiri esok. I try. Sebab sekarang ni emosi agak tak stabil. My sister whom i lived with now, she knows how to ruin my only special day. Takpelah tak baik nak mengata darah daging sendiri. Blog aku bukan ruangan Di Celah Celah Kehidupan kat Utusan tu.

Dan sekarang 12.22 a.m. Aku dah 25 tahun 22 minit. Masih di CC. Menaip blog. Sambil memikir apa yang bakal aku lalui pada 2015 ini. Moga indah-indah belaka semuanya.

Degup Jantung

Related Posts with Thumbnails

Pengunjungku Dari Luar Negara

free counters
Web Analytics