expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

HeartBeat

Followers

Korang Yang Ke...

Wednesday, May 23, 2012

Mansuh itu ini

Assalamualaikum...

Malam tadi semua nak tweet atau berstatus pasal debat PTPTN yang berlangsung malam tadi. Aku tertunggu-tunggu kalau ada yang nak share link Youtube. Aku nak tengok.

Kalau ikut anak muda yang tweet malam tadi, ramai yang bajet tahu apa yang berlaku. Tak kurang jugak pesen yang nak menyindir wakil kerajaan dan pembangkang. Haha...

Bila cakap pasal mansuh PTPTN, rasanya apa yang patut dimansuhkan ialah faedahnya. Bukan keseluruhan PTPTN tu. Sebab PTPTN banyak jugak membantu pelajar yang tak berkemampuan atau tak layak menerima bantuan lain (macam aku. sobs). Interest itu yang tak patut wujud. Setelah banyak sistem perbankan Islam wujud kat Malaysia ni, kenapa PTPTN tak nak buat sistem pinjaman ini secara islamik? Mungkin banyak halangan yang wujud.

Tapi pesen sampai nak berdemo dan menyusahkan orang lain ni memang bagi aku sangat tak de kerja. Apatah lagi kalau tujuan asal nak tunjuk perasaan untuk mansuhkan PTPTN tapi menjerit terpekik terlolong "HIDUP ANWAR! GULING NAJIB! GULING ROSMAH!". Mana PTPTN punya laungan?

Aku memang tak suka nak berdemo. Tapi kalau demo yang ini mesti aku pergi:

1) Demo Mansuhkan Peperiksaan Universiti


Kih Kih Kih. Banyak sebab tau kenapa Peperiksaan Universiti kena tangguh. Sebab dah la satu sem berapa bulan je. Tak cukup masa nak setadi. Dan membazir pokok. Kesian pokok ditebang hanya untuk membuat kertas peperiksaan. Kalau pesen aku yang tak pernah jawab habis soalan lepas tu hantar, da siap tanda mestilah kertas tu kena buang macam tu je. Selamatkan pokok dengan mansuhkan exam!!! (masa ni la nak jadi aktivis alam sekitar ye?? haha)

2) Demo Mansuhkan Sistem CGPA


Ni pun aku join sekali. Sebab sistem CGPA terdapatnya jurang dalam segala macam hal. Baik dari segi mendapatkan kerja sampailah persahabatan. Semua nak ikut pointer. Haha... Jadi macam budak medik kan senang. Lulus gagal je yang diorang ambik tahu

3) Demo Mansuhkan Hantaran Kahwin Ribu-Ribu


Ini berkait rapat dengan 2 point kat atas ni. Bila exam gempak, CGPA 4.00, mak bapak sesuka hati moyang mereka je nak letak harga hantaran 50K minimum. Sebab anak aku ni belajar sampai PHd, katanya. Ini tak boleh jadi! Nanti sampai bila pun aku tak kahwin! Hahaha...

4) Demo Pecat Kakitangan Gomen Yang Pemalas


Ramai je yang ada masalah dengan kakitangan gomen. Pesen yang tak da integriti. Kalau nak cakap pasal perangan diorg ni pun cukup satu entri. Jap tengok apa perangai diorang:

  1. Kalau nak kelulusan/tandatangan, dia suruh kita jumpa orang tu. Lepas tu orang tu suruh jumpa orang ni. Orang ni suruh jumpa orang lain. Sampai kau dah letih, tetiba orang tu cakap "pegawai tu tak datang la harini. Datang esok ye" dengan muka tak bersalah.
  2. Lunchbreak pukul satu. Pukul 12.10 dah keluar pejabat. Orang nak berurusan disuruhnya tunggu pukul 2.30 baru bukak. 
  3. Pesen suka tengking-tengking orang kalau ada silap kecik dalam mengisi borang-birang tertentu. Kurang ajar betul.
  4. Masuk-masuk tengok semua kakitangan ada yang mengumpat, ada yang bukak Facebook, ada yang borak-borak dengan boifren guna telefon pejabat. Nak berurusan ni. Tak de sapa layan.
  5. Kalau hospital kerajaan pulak, nursenya pesen tak ikhlas. Mungkin nak kerja kat hospital swasta tapi tak dapat. Kerja kat hospital kerajaan lepas buat kerja nak merusuh je. Maki-maki pesakit tak kiralah budak-budak ke, orang tua ke.
Orang macam ni patu dibuang kerja. Benci!

Tapi kenapa tak de orang yang nak berdemo pasal perkara-perkara ni?

Sebab tak de unsur politik. Tu je.

~tesis~

Monday, May 21, 2012

BlueStacks: Tukarkan laptop anda kepada tablet!

Assalamualaikum...

Teringin sangat aku nak ada Android phones. Tak pun Tablet. Namun apakan daya. Semuanya memerlukan duit. Almaklumlah aku ni bukannya pemegang JPA yang setiap sem tukar handphone. *Nanges dalam hati*

Jeles jugak. Ayat org sekarang ni sejak pki smartphones buat aku rasa ketinggalan.

"Wei. Dapat whatsapp aku tak?"
"Nanti la aku post kat Instagram gambar tu."
"Aku call kau kat Viber nanti."

Walaupun mak aku pernah berkata:

"Jangan ikut orang. Dia orang senang. Kita ni cukup-cukup makan je. Jimat duit tu"

Tapi what the heck bila org yg aku anggap sama sederhana mcm aku ni siap pakai smartphone kemain canggih lagi. *Nanges lagi*

Tapi sekarang buat masa ni aku tak kisah dah. Sebab ada bantuan. At least merasa lah jugak menggunakan beribu-ribu applikasi Android hanya dengan menggunakan laptop aku ni.

Cemana?

Perkenalkan BlueStacks.


BlueStacks ni emulator untuk korang gunakan segala macam aplikasi yang wujud kat Android terus dari laptop korang. Bolehlah jadikan laptop korang serupa Galaxy Tab sementara menunggu Galaxy Tab yang betul-betul punya. 

Tengok screenshot untuk lebih info:

Home. Biasa-biasa je. Tak tau boleh ubah wallpaper ke tak.

Game Unblock Me.

Whatsapp

Twitter

Korang suka la ni. Fruit Ninja. 

Facebook
So far puas hati la. Belum jumpa lagi mana-mana keburukan. 

Kalau berminat, boleh download secara PERCUMA di: http://bluestacks.com/  Hanya download dan install. Mudah je. :D

~Sambung download apps~

Sunday, May 20, 2012

Ayam atau Telur dahulu?

Assalamualaikum...

Perdebatan yang bagi aku tak pernah habis.

Yang mana satu dahulu?
Ayam atau telur? Yang mana tercipta dahulu?

"Mestilah ayam. Sebab ayam yang menghasilkan telur."
"Tapi ayam berasal dari telur kan?"

Inilah premis yang selalu kita dengar.

Apa kata aku cadangkan idea ini.

Macam kita semua tahu, sejarah penciptaan manusia dimulai dengan ALLAH S.W.T mencipta manusia pertama iaitu Nabi Adam A.S. Kemudian terciptanya Hawa dari rusuk kiri Nabi Adam. Setelah diturunkan ke Bumi akibat melanggar perintah ALLAH agar tidak memakan buah khuldi, mereka melahirkan anak mereka yang bernama Qabil dan Habil.

*Apa yang aku ingat macam ni ceritanya...*

Nampak tak kat situ? Maka apa yang aku nak sampaikan, kena ada pelahir dulu barulah makhluk itu berkembang. Jadi ikut logiknya, ayamlah yang terlebih dahulu tercipta.

Kenapa bukan telur? Sebab telur perlukan haba panas untuk ia berkembang menjadi makhluk yang sempurna, yakni ayam. Kalau terciptanya telur dahulu, mana datang sumber haba itu? Matahari? Kalau tengah hari memang panas. Tapi siang hari je lah. Sedangkan telur perlukan haba yang konsisten barulah isi telur tu mampu menjadi anak ayam. Ye dak?

Siapa setuju???

---------------------(bunyi cengkerik)-----------------------

Kbai.

Thursday, May 17, 2012

Bantuan Yang Haram

Assalamualaikum... 

Nak dekat Pilihanraya Umum (PRU) ni macam biasalah kan. Macam-macam bantuan yang diterima rakyat untuk memastikan kerajaan sekarang, yakni Barisan Nasional (BN) atau generalnya orang sebut UMNO kekal memegang tampuk pemerintahan. Dan bagusnya apabila bantuan ni diberikan kepada semua rakyat tanpa mengira ideologi dan parti mana yang mereka sokong.

Bagi aku, terima tetap terima. Tapi undi kan rahsia. Jadi terpulanglah siapa kita nak pangkah. :D

Isu sekarang yang menyakitkan hati aku ialah isu sumber duit bantuan itu yang pihak pembangkang claim datang dari sumber yang haram. Mudah je pembuktian mereka. mereka berpandukan kepada darimana sumber duit itu datang selama ini. Aku tak tau pasal isu ni. Hanya tahu dari surface je.

Tapi itu antara pihak atasan dalam parti masing-masing punya ceritalah kan.

Tambah menyakitkan hati, yang menguatkan lagi tuduhan pembangkang ini ialah rakyat marhaen. Rakyat yang sekadar melolong terpekik terbalikkan kereta masa perhimpunan BERSIH tempoh hari. Rakyat macam Adam Adli. Yang bagi aku sekadar mengiyakan je apa yang orang atas tu cakap. Kaji pun tidak.

Kita kecikkan skop. Apa yang berlaku depan mata aku sahaja.

Semua ni bermula bila setiap rakyat Malaysia yang gaji bersihnya kurang RM3000 layak menerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) sebanyak RM500. Isu ni sampai masuk dalam khutbah jumaat kat masjid UKM. Baca petikan ni:

"Jangan kita disibuk dengan perkara kecil sehingga lupa pada perkara yang lebih besar seperti sibuk berbicara tentang ramalan sesat sedangkan kita lupa kepada ingatan Allah dalam al-Quran dan tanda-tanda qiamat yang pernah diberitahu oleh nabi junjungan. 
Jangan asyik membincangkan kes kecurian dalam kampung sahaja sehingga lupa kepada isu berbilion wang rakyat dirompak melalui rasuah dan pecah amanah. 
Jangan tertipu dengan pemberian hanya beratus ringgit sehingga lupa untuk menghukum pemimpin yang menyalahguna berbilion ringgit hasil mahsul negara.

Jangan seronok dapat habuan sedikit sedangkan negara sedang digadai sedikit demi sedikit. Ingat sebelum terjerat, waspada sebelum kena, sedar sebelum menyesal!"

Perenggan pertama tu tak de masalah. Tapi tengok perenggan seterusnya. Wad de hel pak imam ni nak khutbah politik kat masjid? Bukan ke khutbah jumaat dah disediakan dengan isu-isu yang sudah pastinya jauh dari isu politik?? Macamlah aku ni bingai bongek sangat tak dapat faham khutbah ni ditujukan pada siapa.

Tu perenggan last. Apa pak imam ni jeles ka tak dapat bantuan?

Benda tak jelas. Bukti tak kukuh lagi. Kalau boleh tak payah la menghukum terus. Kalau salah dah jadi fitnah. Menjadi pak imam bukan lesen untuk membenarkan kau memfitnah orang lain. Dan bukannya dapat pahala pun.

Jangan suruh aku baca surat khabar untuk mencari bukti. Baik Utusan mahupun Harakah. Semua tak boleh pakai. Bias!

Kalau puak pembangkang kat Felda tempat tinggal aku, yang kebanyakannya menguruskan sendiri ladang mereka, memang mereka tak layak menerima bantuan RM500 tu sebab hasil mereka dapat je dah lebih RM3000. Dan ada sesetengah daripada mereka yang setuju kata duit RM500 tu haram. Tapi merekalah yang datang sesudah subuh untuk berbaris nak ambil duit tu. Siap ada yang menipu lagi.

Kucing mana tak menolak ikan. Hmmm...

Dan sekarang ni, Orang Felda dapat durian runtuh RM15000 satu keluarga. Pun puak pembangkang ni nak kata duit tu haram. Apa lah masalah mereka ni...

Sudahlah bukan orang Felda. Pembangkang pulak tu. sedap mulut dia je. Jeles ke hape?

Bosan tau tak tengok semua benda mahu dipolitikkan. Malas betul aku nak daftar jadi pengundi.

Yang penting tak lama lagi dengan duit tu aku nak tukar handphone. Tak kira!

Menyesal

Assalamualaikum...

~Menyesal ku akui.... Tak terima cintamu.... Dan kini engkau pergi meninggalkan diriku~

Ehh... masuk-masuk je dah karok. Mohon ampun.

Lama jugak tak menaip. Sibuk jugak sekarang ni. Maklumlah pelajar tahun akhir. Dengan dilema tesis, tempat praktikal yang sudah penuh (dalam erti kata lain, POINTER KAU JAHANAM! TAK HINGIN AKU NAK AMBIK KAU PRAKTIKAL KAT TEMPAT AKU!!), assignment yang semakin banyak tatkala final exam semakin hampir, dan sebagainya. Tensi aku macam ni.

Semua orang pernah menyesal dengan apa jua keputusan yang dia dah buat. Dan semua kena tahu yang tak guna menyesal.

Macam aku lah. Bergelumang dengan "this actuary thingy" yang sangat menyeksakan dada.

*aku harap lecturer aku tak baca entri ni. aminn~

Sejarahnya, aktuari ni pilihan kelima atau keenam dalam borang online UPU yang aku isi. Aku pun dah lupa. Aku nak jadi cikgu. Maka sebab itulah ia jadi pilihan pertama aku. Lagipun itu cita-cita aku sejak mula kenal huruf dan angka.

Takdir Tuhan penentu segalanya. Remuk redam hati bila cek keputusan UPU itu. Maknanya aku dah fail dalam interview lah kalau aku da belajar kos aktuari. Tapi aku cuba positifkan hati. Aku boleh.

Maka aku masuk ke UKM dengan harapan untuk mengejar pointer yang lebih baik. (Serbanitas tak payah nak alim ulamak sangat) Tapi sepanjang pengajian aku. aku rasakan aku sedang mengalami mimpi ngeri yang tak berkesudahan.

Ni tanggapan aku sebagai insan biasa. Bukan seorang yang pandai. Tengok point-point ni.

  1. Kos aktuari ni hanya yang betul-betul minat dan yang dah nampak kau boleh pergi jauh dalam bidang ni sahaja. Mereka ini yang layak untuk menuntut ilmu dalam kos ini.
  2. Kos aktuari kat UKM ni biasanya pelajarnya dah bond dengan bank. Maksudnya yang ditaja oleh mana-mana bank atau institusi kewangan atau korporat di Malaysia. Kira kalau biasiswa JPA tu dah kira cikai. Aku yang pemegang PTPTN ni lagilah hina. Sebab tu lecturer agak terkejut bila dapat tahu perkara ni. Batch aku rasanya tak de siapa pun yang bond dengan bank.
  3. Minat Matematik? Membantu sikit-sikit tapi minat je tak cukup. Sebab di tahap universiti, kau dah kurang deal dengan nombor. Semua kira-kira menggunakan huruf. Bagi aku agak celaka disitu. 
Itu je lah bagi aku. Tapi sepanjang pengajian aku, aku banyak terima perkara buruk dari baik. Dan semua yang buruk ni bagi kesan kat aku. Aku jadi pasif, malas nak buat kerja, dan sebagainya. Padahal aktuari ni semuanya ada berkenaan dengan matematik. Subjek yang aku minat sejak Darjah 1. 

Bagi aku sendiri, semua ni berlaku bila interview aku untuk jadi cikgu gagal. Dan sepatutnya dari dulu aku mintak tukar kos. Patutnya aku merayu-rayu nak dapatkan kos cikgu. Sayangnya aku tak bersungguh-sungguh. Nanti nak cerita pasal birokrasi dah kena entri baru pulak. Aku simpan lain kali.

Aku cuma harap aku boleh habiskan baki pengajian aku, grad, cai kerja, bayar hutang PTPTN. Itu sahaja. Lain agenda akan difikirkan.

Apa-apapun, menyesal itu tak berguna. Benda dah jadi

Degup Jantung

Related Posts with Thumbnails

Pengunjungku Dari Luar Negara

free counters
Web Analytics