expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

HeartBeat

Followers

Korang Yang Ke...

Friday, April 20, 2012

Saudara Seislam Baru

Assalamualaikum...

Dah lama tak berblog rasanya. Ok lah. Aku nak share peristiwa menarik yang berlaku lepas Solat Jumaat tadi.

Buat pertama kalinya dalam hidup aku, aku menyaksikan peristiwa pengislaman seorang hamba ALLAH yang tergerak hatinya untuk berhijrah dan menganuti agama ISLAM. Menarik sebab aku tak pernah tengok "upacara" mengucap 2 kalimah syahadah ni depan-depan.

Tapi memang tak sempat pun sebab aku ada taklimat tesis yang penting. Jadi aku terpaksa meninggalkan majlis tu lebih awal.

Berkenaan dengan saudara baru ni, beliau seorang wanita yang berasal dari Jepun. Aku kabur lagi mengenai latar belakangnya. Aku cuma kenal namanya sahaja. Nama beliau Misuzu. Setelah menganuti Islam, beliau menggunakan nama Nur Hana Misuzu.

Aku tak tahu maksud "Hana" dalam bahasa Arab. Tapi aku tahu maksud "Hana" dalam bahasa Jepun ialah "bunga". Jadi, memang indah nama yang dipilih ini. :D

Berikut ialah gambar sekitar majlis semasa ia sedang berlangsung.




Ni gambar beliau yang clear. Kepada tuan punya gambar, minta izin untuk share. :)


Saudari Nur Hana Misuzu no 4 dari kiri. Manis bertudung. :)

Masa nak gerak ke taklimat tadi, terdengan sayup-sayup suara beliau mengucap syahadah. :)

~Syukur Alhamdulillah~

Degup Jantung

Related Posts with Thumbnails

Pengunjungku Dari Luar Negara

free counters
Web Analytics