expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

HeartBeat

Followers

Korang Yang Ke...

Thursday, March 22, 2012

Ranking SPM 2011 bagi Sekolah Berasrama Penuh (UPDATED)

Assalamualaikum...

Jadi rutin setiap tahun untuk aku share ranking SPM 2011 untuk sekolah berasrama penuh (SBP) setiap tahun. Malangnya tak banyak lagi sekolah yang dah update gred purata sekolah (GPS) masing-masing. Jadi buat masa ni hanya ada 39 sekolah yang telah update GPS mereka. Jom semak.

Ranking SBP SPM 2011
  1. KOLEJ TUNKU KURSHIAH (0.9230)
  2. SEKOLAH TUN FATIMAH (0.9390)
  3. SEKOLAH SERI PUTERI (0.9842)
  4. SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH (1.1183)
  5. SM SAINS TUANKU MUNAWIR (1.1764)
  6. SBP INTEGRASI GOMBAK (1.226)
  7. SM SAINS REMBAU (1.3006)
  8. KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH (1.3553)
  9. SEKOLAH TUANKU ABDUL RAHMAN (1.3725)
  10. SEKOLAH DATO` ABDUL RAZAK (1.3793)
  11. SM SAINS ALAM SHAH (1.4357)
  12. SM AGAMA PERSEKUTUAN LABU (1.4508)
  13. KOLEJ MELAYU KUALA KANGSAR (1.4579)
  14. SM SAINS SULTAN MAHMUD (1.4724)
  15. SM SAINS MUZAFFAR SYAH (1.5109)
  16. SBP INTEGRASI RAWANG (1.5281)
  17. SM SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA (1.5287)
  18. SM SAINS JOHOR (1.5491)
  19. SM SAINS KUALA SELANGOR (1.5690)
  20. SM SAINS MUAR (1.5820)
  21. SM SAINS SELANGOR (1.5927)
  22. SM SAINS BAGAN DATOH (1.6082)
  23. SM SULTAN ABDUL HALIM (1.6345)
  24. SBP INTEGRASI JEMPOL (1.6416)
  25. SM SAINS SERI PUTERI (1.6491)
  26. SM SAINS MACHANG (1.6903)
  27. SBP INTEGRASI BATU RAKIT (1.7148)
  28. SM SAINS HULU SELANGOR (1.7336)
  29. SM SAINS KUCHING (1.7590)
  30. SBP INTEGRASI SELANDAR (1.7763)
  31. SBP INTEGRASI SABAK BERNAM (1.7893)
  32. SM SAINS KUBANG PASU (1.7920)
  33. SBP INTEGRASI KUBANG PASU (1.7997)
  34. SM SAINS TUANKU JA`AFAR (1.8128)
  35. SM SAINS LAHAD DATU (1.8227)
  36. SM AGAMA PERSEKUTUAN KAJANG (1.8264)
  37. SM SAINS KUALA TERENGGANU (1.8529)
  38. SM SAINS MIRI (1.8874)
  39. SM SAINS SULTAN ISKANDAR (1.9024)
  40. SM SAINS KOTA TINGGI (1.9150)
  41. SM SAINS TENGKU ABDULLAH (1.9327)
  42. SBP INTEGRASI TEMERLOH (1.9355)
  43. SM SAINS KEPALA BATAS (1.9466)
  44. SM SAINS PASIR PUTEH (2.0000)
  45. SBP INTEGRASI TUN ABDUL RAZAK (2.0353)
  46. SM SAINS LABUAN (2.0397)
  47. SBP INTEGRASI KUANTAN (2.0950)
  48. SEKOLAH SAINS SULTAN HAJI AHMAD SHAH (2.0980)
  49. SM SAINS SABAH (2.1370)
  50. SBP INTEGRASI GOPENG (2.1467)
  51. SM SAINS SULTAN MOHAMMAD JIWA (2.1803)
  52. SM SAINS TUANKU SYED PUTRA (2.1994)
  53. SM SAINS RAJA TUN AZLAN SHAH (2.2249)
  54. SM SAINS POKOK SENA (2.2297)
  55. SM SAINS SULTAN HAJI AHMAD SHAH (2.3938)
  56. SM SAINS TELUK INTAN (2.4285)
  57. SM SAINS DUNGUN (2.4575)
  58. SM SAINS TUN SYED SHEH SHAHABUDIN (2.4899)
SDAR, bekas sekolah aku berada dalam kedudukan nombor 10. Tahniah diucapkan kepada junior-junior yang telah berjaya mendapat keputusan cemerlang. :D

Eh aku tak kerja kat bahagian SBP tu. Ni aku tanya dari cikgu aku. Hehe~

Wednesday, March 21, 2012

Hantaran Beribu

Assalamualaikum...

Indahnya bila berkahwin. Kahwin pulak dengan gadis idaman. Rezeki kata orang.

Gambar semata-mata.

Tapi yang tak indahnya bila memikirkan soal hantaran.

Sekarang kahwin hantaran paling kurang RM10000 kena ada dalam tangan. Keluarga si bakal pengantin perempuan yang tetapkan biasanya. Almaklumlah anak kesayangan katanya. Lepas tu taraf pendidikan tinggi. Takkan nak kahwin dengan manusia marhaen tak de duit dan blaja tadika pun tak lepas.

Nilai hantaran sekarang

UPSR je dah RM1000. Eh banyak tu.

Disebabkan nilai hantaran ni, suasana merisik dah bertukar menjadi perbincangan tawar menawar. Sedar tak sedar mak bapak belah perempuan ni memperlakukan anak diorang macam barang kat pasar malam.

Sebab hantaran tinggi jugaklah banyak masalah yang timbul. Bayangkan. Nak kahwin punya pasal sebab takut awek dikebas jantan lain. Maka terpaksalah buat pinjaman bank. Ok setel. Tapi dah kahwin nanti, pening pulak nak membayar baik pinjaman bank tu. Dah lah kena bayar dengan "bunga-bunga cinta" sekali. Kalau pemegang PTPTN, dah pening kepala memikirkan. Hutang bank, hutang PTPTN, nafkah zahir lagi. Gaji ciput. Taraf kehidupan makin naik. RM100 bawak pergi hypermarket sekarang tak banyak barang boleh beli. Tu belum masa bini dah mengandung. Kos perubatan lagi. Hutang terdahulu tak langsai lagi ni. Tambah lagi dengan anak. Lampin, susu, baju, etc. Tu tak kira kereta punya ansuran lagi. Bil-bil lagi.

Congak-congak, paling banyak hutang yang ada dalam RM250000 keseluruhannya. Ni anggaran "main letak" aku je.

Kalau nak kata sebab penceraian meningkat, aku boleh kata masalah kewanganlah puncanya. Dan salah satu sub-puncanya, hantaran tinggi yang di luar kemampuan. Tapi sebab dah sayang. Apa boleh buat.

Aku, walaupun masih single sekarang, sering terfikir macammana keadaannya bila aku bakal berkahwin nanti. Dengan hantaran sebegitu tinggi. Pointer aku sekarang tak menjamin aku akan dapat pangkat CEO sesebuah syarikat. Mungkin kerja bagai nak rak pun takkan mampu untuk bagi aku naik pangkat. Gaji pun mestilah sikit je.

Jalan penyelesaian aku bila berhadapan dengan hantaran mahal-mahal ni ialah seperti berikut:

  1. Bila pihak belah perempuan meletakkan nilai yang tak tercapai akalmu (Hai elyana...), aku akan play the game. Maksud aku, mereka tawar menawar. Maka aku pun akan turut berada dalam keadaan itu.
  2. Bila mereka tetap mahu nilai hantaran sebegitu tinggi dan mengugut bahawa anak mereka tu hot sampai lelaki lain beratur nakkan anak dia, aku nak tarbiyah sikit mak bapak bakal bini aku ni. Terangkan betapa Islam tak menggalakkan hantaran tinggi-tinggi ni.
  3. Tak makan saman jugak? Aku nak aplikasikan lawak yang pernah aku dengar pasal hantaran mahal ni. Lebih kurang macam ni: Bagi saya try dulu anak makcik ni satu malam. Kalau semuanya ok, saya bayar pendahuluannya. Kalau tak ok, saya pulang balik. Well, dah dia perlakukan anak dia macam barang jualan.
  4. Bagi sebab kenapa anak dia ni hantarannya patut lebih rendah dari nilai yang tinggi tu. Kalau tak reti masak, kurang 25% nilai hantaran. Freehair, kurang 10%. Tak menjaga agama, kurang 30% dan sebagainya.
Sampai point keempat tu, aku rasa bapak dia dah acu senapang patah kat dahi aku. LOL

Apa guna nilai hantaran sampai RM30000 tapi bakal isteri tak reti memasak, tak menjaga maruah diri, tak menjaga agama, tak reti hormat orang tua, etc.

Jangan persoalkan kenapa. Lelaki mestilah nak "barang" yang diperoleh setimpal dengan nilai hantaran. Hahaha...

Perempuan sekarang tak sedar yang mereka ni dah jadi macam barang dagangan bila berkahwin. Macam daging lembu. Gred A lain harga. Gred B lain harga. Eh daging ada gred ke?

Aku tak tahu bagaimana masa depan aku nanti. Dengan siapa aku akan berkahwin. Dan aku harap aku mampu lakukan apa yang aku katakan di atas. Kalau boleh kahwin tu nak sekali je seumur hidup. Tak mahu cerai berai. Dimurkai ALLAH. 

Aku nak bini macam mana ye? Lain kali aku cerita, :D

~masih kecik hati~

Saturday, March 17, 2012

Melukut Di Tepi Gantang

Assalamualaikum...

Peribahasa Melayu memang indah. Macam tajuk entri aku. Sebelum tu aku jamu dengan lagu dari peribahasa ni. Nyanyian Aishah. Dengan lirik sekali.


Di malam yang sunyi 
Dudukku termenung sorang diri 
Di jendela sepi 

Hingga dinihari 
Ku menantikan kepulanganmu 
Namun kata hanya sekadar 
Tinggal kata-kata 

Bagaikan melukut di tepi gantang 
Begitulah aku 
Di dalam hidupmu 
Ada tiada tak memberi kesan 
Hanya aku menanggung 
Kerinduan.. 

Dulu pernah kau katakan 
Sayangg.. 
Ingin mendengarku berlagu riang.. 
Menawar duka laraku 
Lupakan saja.. 
Derita yang berlalu 
Tapi mengapa dirimu, kasih.. 
Ibarat lalang ditiup angin 
Kasihmu diracun 
Oleh kata fitnah 
Penuh hina 

Hingga kini kau biarkan saja.. 
Diriku menanggung sepi 
Dengan irama dukaku 
Yang tak bermakna 
Bagimu...

Sumber: http://www.lyricsmode.com/lyrics/a/aishah/#share

Ah memalam buta nak bersedih-sedih pulak aku ni. Haha...

Aku besarkan salah satu baris lirik tu. Itulah maksud sebenar peribahasa ini. Faham ke tidak? *bunyi cengkerik*

Tu la urban sangat. Meh aku jadi cekgu Bahasa Melayu kejap. *sut formal*

Ada tiada tak memberi kesan. Maksudnya, kau wujud ke, tak wujud ke dalam sesuatu kumpulan, tak de efek. Kau beri sumbangan atau lenggang kaki tak buat kerja, tak memberi masalah pun. 

And that is what i'm feeling right now.

Camni lah aku tanya kepada sesiapa yang tersinggah kat belog aku ni. Cuba bayangkan member-member korang plan sesuatu yang gempak macam bercuti ke Singapura ke contohnya. Tapi korang tak tahu menahu langsung pasal plan ni. Sadisnya, korang hanya tahu bila member korang check-in kat Pulau Sentosa dengan Foursquare (siap jadi mayor lagi) dan upload gambar-gambar yang seharusnya meriah dan penuh dengan keceriaan.

Yeah. Gambar member-member korang sedang bercuti bersama. Dan korang tak wujud pun kat situ. Dan korang tak tahu sikit pun selama ni diorang plan senyap-senyap tanpa pengetahuan korang.

Bengang kan? Kalau tak bengang, sama ada korang ni zuhud atau tak de perasaan. Tu je.

Semua tu jadi kat aku sekarang. Rasa DIPULAUKAN.

Benda ni da lama jadi kat aku. Adalah bermula dalam tahun kedua aku di UKM ni sampai sekarang. Aku seringkali dilupuskan dalam segala aktiviti yang "orang-orang" ni buat. Apa-apa saja aktiviti. 

Logik akal aku bekerja untuk menafsir situasi ni. Biasanya bila jadi situasi ni, mestilah sebab aku ada buat sesuatu yang menyebabkan mereka benci kat aku. Otak bekerja lagi. Tapi tak jumpa. Well, mestilah aku tak tahu apa salah yang aku dah buat. Biasalah manusia kan. 

Tapi tak salah untuk bagitahu apa kesalahan aku. Sekurang-kurangnya dapat jugak memperbaiki diri. Itulah masalahnya. Mereka ni tak pernah cakap apa salah aku. Terus hukum aku. Damn.

Kalau taknak sangat aku tahu apa mereka ni buat, apakah dengan tindakan check in kat Foursquare tu bijak? Tak kot. Oh, mungkin untuk menyakitkan hati aku. Mungkin.

Kadang-kadang aku tak tahu sama ada diorang ni pernah atau tak anggap aku ni wujud. Ye lah. Kalau dah kena pulau, tak de sapa nak kawan dengan kau. Kan?

Even besday aku pun mereka tak wish. Tak macam yang lain. Siap dibelikan kek, disambut meriah lagi. 

Kenapa aku harus menjalani hidup yang pathetic gile macam ni? Sabar je lah.

Jadi, berbalik pada peribahasa di atas. Rangkuman entri aku hari ini adalah berdasarkan maksud peribahasa tersebut. Tapi jangan risau. Aku, dan mungkin korang takkan pernah jadi seperti ini:


Betul. Kerana akan ada orang lain yang akan menghargai kita lebih dari yang lain. Ia sentiasa ada. Jadi, genggam eratlah mereka itu. Abaikan mereka yang tak reti menghargai kita. 

Jadi, jangan pernah ucapkan "FOREVERALONE" sebelum kita sedar bahawa ada insan lain yang tahu menghargai kita dan sentiasa membuat kita rasa yang kita ini penting dan sentiasa wujud di muka bumi ini. :D

~lama tak menaip~

Thursday, March 8, 2012

Cermin Mata

Assalamualaikum...

Lama jugak tak menaip entri. Bukan sibuk. Tapi tak de idea.

Esok akan mencatatkan satu sejarah dalam hidup aku. Buat pertama kalinya sejak aku hidup selama 22 tahun di muka bumi ciptaan ALLAH ini, aku akan bermata empat.

Dalam erti kata lain, aku sudah rabun dan memerlukan cermin mata.

Tapi tak lah aku kena memakainya sentiasa. Aku perlukan cermin mata ni masa dalam kuliah je. Almaklumlah dah la tak da keberanian nak duduk depan dalam kuliah. Duduk belakang tapi kabur je slide.

Mesti nampak nerd, skema, dan lain-lain. Tapi kenapa ya aku tengok orang lain macam kacak/cantik kalau bercermin mata?



Sampai aku je pakai, mesti rasa.......



Benci betul ada dilema macam ni.

Apa-apapun, aku pilih untuk bercermin mata daripada menggunakan kanta lekap. Rimas, leceh, cerewet, dan segala yang negatiflah senang cerita. Haha~

Maaf, saya tak minat kamu...
Nampaknya aku perlukan carrot dalam makanan aku selepas ni. Moga-moga tak perlu sentiasa bercermin mata. Hehe~

~Dah ada guide untuk tesis. Boleh start menaip~

Friday, March 2, 2012

Dapat PTPTN Boleh Joli? BITCH PLEASE!!

Assalamualaikum~

Musim kemasukan duit pinjaman atau biasiswa dah bermula. Maka ramailah yang share gambar ni:


Kann... makan mewah gila masing-masing. Oleh sebab aku pemegang PTPTN, maka aku tengok bahagian PTPTN.

BITCH PLEASE!!!


Ni situasi aku sebagai pemegang PTPTN.

EARLY SEMESTER


MIDDLE SEMESTER


END OF SEMESTER


Setelah dah ditolak semua yang perlu dibayar, duit baki yang tinggal kat aku hanyalah RM120.

Apa benda banyak sangat tolak aku pun tak tahulah. Da la nak bayar balik nanti tambah "bunga-bunga cinta" lagi. Kang tak nak bayar, mulalah ugut nak hantar kes ke mahkamah. PUII.... kang aku yang saman PTPTN kang.

Iklan pinjaman PTPTN memudahkan pengguna? Siapa percaya memang BODOH.

Siapa yang boleh hidup mewah dengan RM120 untuk sepanjang semester ni, tolong beri tunjuk ajar kat aku...

~sentap, sedih, nak tidur sampai malam~

Thursday, March 1, 2012

Mindfuck Yang Celaka

Assalamualaikum...

Tahu tak makna "Mindfuck"?

*Kanak-kanak bawah 17 tahun dilarang membaca dan mengetahui makna ini*

Ni terma bahasa urban. Maksudnya ialah "an idea or concept that shakes one's previously held beliefs or assumptions about the nature of reality". Kalau kefahaman aku la, bila kau baca sesuatu atau dengar sesuatu perkara, apa pegangan kau sebelum ni akan goyah. Kau akan rasa was-was.

Ni contoh mindfuck yang bagi aku macam shelaker. Sila klik link ini:

http://s1.hubimg.com/u/2016296_f520.jpg  

Perhati gambar tu. Katanya muka orang tu pernah datang dalam mimpi semua orang di dunia tapi in real life tak pernah wujud. Waddehel?

Gambar ini berjaya buat aku rasa was was. Benci. Buat aku rasa macam aku pernah jumpa muka itu dalam mimpi aku. Tapi aku konfiden 100% yang aku tak pernah jumpa muka ni.

Aku yakin ini hanyalah konspirasi Amerika semata-mata! Ehh...

Dan last-last... rupa-rupanya dah jadi meme dah. Puii...

Tapi muka dia creepy gila. Menakutkan.

~gundah gulana~

Degup Jantung

Related Posts with Thumbnails

Pengunjungku Dari Luar Negara

free counters
Web Analytics