expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

HeartBeat

Followers

Korang Yang Ke...

Friday, January 20, 2012

Scumbag Teacher

Assalamualaikum...

Dari pandangan pelajar, ada je perkara yang buat kita jadi menyampah, sakit hati, meluat, atau apa-apa je kat cikgu kita. Masa darah masih panas lagi. Darah orang muda katakan. Ingat lagi tak kebanyakan perkara yang cikgu korang pernah lakukan yang membuatkan korang sakit hati? Cuba tengok list kat bawah ni kalau-kalau ada yang bertepatan.


  1. Mintak student tanya kalau tak faham. Tapi bila tanya, dia kata "Saya dah ajar pun tak faham lagi?"
  2. Selagi kelas bising, selagi tu dia tak bersuara.
  3. Tak benarkan rujukan internet sebagai sumber untuk tugasan. Wajib gunakan buku semata-mata.
  4. Loceng rehat/balik berbunyi. Selagi dia tak habis mengajar, dia tak benarkan rehat/balik.
  5. Bagi tugasan sekurang-kurangnya 10 mukasurat lepas tu mengeluh dalam kelas pening nak menanda tugasan tu.
  6. Bagi soalan bocor waktu exam tapi satu soalan pun tak keluar.
  7. Melarang student cakap perkara selain yang berkaitan dengan apa yang dipelajari tapi masa mengajar sibuk cerita pasal pengembaraan dia, anak-anak dia, etc.
  8. Student betulkan kesalahan dia, lepas tu dia kata "Saya nak uji kamu je".
  9. Tak bagi student makan dalam kelas. Tapi sentiasa makan dalam kelas.
  10. Ada student ponteng. Lepaskan kemarahan dekat student yang hadir.
Ada lagi tak? Jangan malu-malu komen. Hehe...

Cuba Teka Bangunan Apa

Assalamualaikum...

Mari aku nak share kat korang beberapa gambar bangunan yang awesome gile.












Apakah ini? Apartment?

Bukan. PENJARA.

Ini bangunan penjara di Leoben, Austria.

Penjara? Mewahnya. Kalau aku, rela aku buat jahat. Dapat kemewahan macam ni. Tak payah susah-susah kerja berat.

Betul jugak. Walaupun penjenayah, mereka berhak dapat layanan seperti manusia. (walaupun masa buat jahat mereka tak pernah bertindak macam manusia)

Kalau kat Malaysia ada macam ni, ramailah yang sanggup buat jahat untuk tinggal dalam penjara mewah ni.

Sumber: http://conceptrends.com/2009/08/13/can-you-guess-what-kind-of-building-is-it/

Wednesday, January 18, 2012

Meme Comic 6: Adam Adli

Assalamualaikum...

Isu Adam Adli ni rasa aku masih kepoh. Aku yang malas nak ambil tahu pun jadi tahu sikit-sikit. Cuma aku konfius.


Hasil pemikiran manusia yang benci politik tahi. Maaflah ye.

Tuesday, January 17, 2012

Shopping Buku Di MPH Mid Valley

Assalamualaikum...

Memandangkan baucer buku itu akan luput pada bulan Mac 2012, maka aku berseorangan telah pergi ke Mid Valley untuk shopping buku. Secara tepat dan nyatanya, aku borong novel je tadi. Haha...

Ye lah. Pergi seorang diri. Aku kan foreveralone.jpg


Seronok jugak berseorangan. Tak terikat dengan masa orang lain. Tapi kalau pergi dengan kawan lagi best. Nak ajak Pak Cek Biola tapi dia nak saving duit katanya. So berseoranganlah aku. :P

Setelah menahan mata, tersengguk-sengguk dalam KTM, sampai jua aku di Mid Valley. Lama dah tak sampai. Terus aku ke MPH. Duit tak ada banyak so tak mau merepek nak makan KFC pulak. Lagipun tujuannya memang nak beli novel je pun.

Puas aku mencari novel yang aku nak. Dalam entri lepas aku ada cakap yang aku teringin nak beli novel "Pecah" karya Khairulnizam Bakeri.


Malangnya tak de kat rak yang melonggokkan novel-novel Fixi. Tanyalah akak kat kaunter pertanyaan. Sebab kat database, ada lagi 3 buah. Dah cari, lepas tu akak tu datang dan kata kat aku yang buku tu dah disimpan dalam stor. Sebab nanti MPH pindah ke level bawah. Kat mana aku tak tau la. So tak dapat beli.

Tak pe lah. Aku beli novel lain. Inilah hasil borongan aku...


Tidak ku tahu ada diskaun 15% untuk setiap buku. Bila kira, berlebih la pulak. So aku pilih novel Alaf 21 secara rawak di kaunter tu untuk mencukupkan RM100.

Kasih Yang Suci. Tenung kulit novel tu.

"Adaptasi Drama Nora Elena"

Fuuu.....~

Baca je lah. Mesti novel lagi awesome dari drama. Harap-haraplah.

Oh lupa nak cakap. Baucer buku ni hanya sah digunakan untuk beli buku dan alatulis sahaja. Tadi aku tanya akak kaunter pertanyaan tu, majalah, board games dan selain daripada buku dan alatulis tak boleh guna baucer itu.

Itu kat MPH la. Kat kedai buku lain aku tak tahu. :P

~Stadi untuk last paper~

Random Entry: Baucar Buku...

Assalamualaikum...


+






=

Buku teks guna duit PTPTN. sebab kalau guna baucar, tak terasa puas. :D

Aku harap ini bukan salah satu penyalahgunaan.

Saturday, January 14, 2012

Jangan Memaksa

Assalamualaikum...

Suka tak kena paksa? Siapa yang suka buat sesuatu perkara sebab terpaksa kan? Aku jua tak suka.

Orang yang suka memaksa ni kenalah faham sikit. Kalau diri sendiri tak suka dipaksa, apa tujuan kauorang nak memaksa orang lain buat perkara yang dia tak suka? Ye dak?

OK. Straight to the point. Sekarang blogger-blogger kebanyakannya ada Facebook fan page. Aku pun ada. Bagi aku, nak like ke tak nak like ke, itu hak masing-masing. Sebab kita bukan rakyat Korea Utara. *Celakalah kamu Kim Jong Un!!!


Ada korang perasan tak bila masuk sesetengah blog ni, tetiba gelap dan keluar notifications ke pop-up ape entah yang lebih kurang kata macam ni:

NAK BACA LIKE DULU FAN PAGES SAYA


Inilah paksaan namanya. Menyakitkan hati.

Niat ikhlas nak bagi trafik tapi keluar benda alah ni. Teruslah aku tutup dan letakkan blog yang ada benda ni dalam senarai blacklist. HAHA...

Ini baru yang suruh tunggu. Kira kalau tahap kesabaran tu tinggi, takpe lah jugak. Ada yang lagi celaka. Kalau tak like tak boleh tengok blog dia. Lagi busuk, sekali masuk blog dia, automatik dah terlike fanpages dia.

Mengapa sampai begitu sekali memaksa? Tak patutlah guna benda alah ni.

Bukan apa. Kesian jugak yang terpaksa ni nak unlike balik. Kan ke buang masa?

Bagi aku, benda alah ini sangat tak berguna. Ingat. Kalau orang tak suka blog kita, jangan paksa mereka untuk like fan pages kita dengan cara macam ni. Tak patut. Kita tak boleh rasa yang dunia ni berputar atas kehendak kita semata-mata. Fikirlah sikit pasal orang lain. Barulah harmoni dunia ni ye dak?

~Balik rumah petang ni. Weee~

Friday, January 13, 2012

McDonalds dan Tutti Fruiti - Mahal Dan Tak Memuaskan

Assalamualaikum...

Nafsu makan aku memang serupa gajah. Tengok badan la. Haha... Aku amat berkira dalam membelanjakan duit untuk baju, seluar, buku, alatulis dan sebagainya tapi kalau pasal makan, aku sanggup bayar mahal asalkan mengenyangkan dan memuaskan. Kalau mahal tapi end up aku kena korek periuk nasi (kat rumah) atau ke kafe untuk makan nasi (kalau kat uni), aku akan menyesal kerana telah membazirkan duit belanja aku untuk makanan yang amat mahal tapi tak mengenyangkandan memuaskan. Tak berbaloi.

Banyak sebenarnya contoh makanan mahal tapi tak pernah memuaskan perut aku. Tapi aku lebih berminat untuk menjadikan dua tempat makan ni sebagai modal entri aku kali ni. McDonalds dan Tutti Frutti.


1) McDonalds. 

Pernah beberapa kali aku pergi. Tapi lepas tu aku cakap kat diri aku, aku takkan pilih tempat ni untuk makan. Harga makanan bagi aku kalau nak dibandingkan dengan tahap kekenyangan aku memang tak sama. Jauh beza. Spicy Chicken McDeluxe sebagai contoh. Ayam dua ketul jugak. Kenapa lepas makan aku tak kenyang walaupun sudah baca doa makan? Jauh beza dengan makan ayam dua ketul kat KFC. Jadi lepas tu memang aku tak pernah nak makan-makan kat McDonalds dah. Cuma aku masih suka dengan McFlurry Strawberi. Aiskrim memang tak mengenyangkan. Dan aku memang beli bukan untuk kenyang. Haha...


2) Tutti Frutti

Aku baru sekali merasa benda alah ni. Itupun kakak aku belikan untuk aku sebagai usaha memujuk. (Tak payah tahulah pujuk apa). Aku cuma tahu, nak makan benda ni, mula-mula kena layan diri. Okey. Bagus. Yang azabnya ialah sistem pembayaran. Harga dikira mengikut berat frozen yogurt yang kita ambil. Tak tahulah berapa untuk 1 gram. RM2.00 mungkin? Atau lebih? Yang pasti, terlebih ambil, memang terkejutlah bila membayar nanti. Oh, ia juga bukanlah untuk mengenyangkan tapi ia tak memberi kepuasan pada aku. Aku salahkan sistem dia tu. Haha...

Sebenarnya kalau bisnes makanan ni, mana boleh fikir untung je. Kepuasan pelanggan kena kira jugak kan? Rugilah kedua-dua restoran ini sebab kehilangan seorang pelanggan macam aku. (Bajet retis) Tapi kalau ramai lagi yang fikir serupa dengan aku, boleh gulung tikar jugak.

Ok aku lapar. Fuuu~

Wednesday, January 11, 2012

Untunglah Muka Jambu

Assalamualaikum...

Muka jambu. Bukan muka buah jambu. Lelaki yang bermuka ala-ala keperempuanan. Cute, muka flawless, bulu-bulu muka sikit pun tak de (melainkan bulu mata dan bulu kening, juga bulu hidung. Ehh...), jerawat sebijik pun tak de. Itulah sedikit sebanyak ciri-ciri muka jambu.


Senang cakap, macam muka jejaka Korea, Jepun, dan China. Ehh... jejaka ke?

Randomly, bila aku terbaca status cikgu SDAR aku (sekarang tidak lagi) berkenaan murahnya makanan di kantin sekolah baru beliau, aku teringat satu situasi semasa aku berumur 14 tahun. Ah senang cakap masa aku Form 2. Berkenaan dengan salah seorang pekerja di kantin sekolah aku tu.

Beliau ni aku namakan Bob lah. Sebab memang dia ni gempal. (kenapa orang gemuk mesti nama Bob ea?) Dia ni memang peramah. Bolehlah dikatakan baik jugak. Tapi tang jual beli makanan, no kompromi. Tak boleh nak kurang-kurang. Eh, siapa pulak yang nak tawar menawar hal-hal makanan ni? Masa tu harga masih berbaloi.

Yang sangat tidak menyenangkan hati, ada unsur pilih kasih telah berlaku di kantin itu. Bob ini, dikatakan mengenakan harga murah untuk sesiapa yang bermuka jambu. Let say, aku yang tidak jambu ni, makan nasi, ayam seketul, dengan air kosong kena bayar RM3.20. Untung bagi pemilik wajah jambu, harga bagi makanan yang sama dikenakan bayaran RM2.50. Sebab dia jambu. Fuuuu....

Gay kah si Bob ni?

Entah. Tapi lama kelamaan, orang tau jugak. Tak lama lepas tu, dia bertukar ke tempat lain. Aku rasa ada orang buat aduan agaknya. Padan muka. Haha...

Untunglah bermuka jambu. Dilayan kelas pertama. Huhu~

Monday, January 9, 2012

Aku 5 Tahun Yang Lepas

Assalamualaikum...

Penat belajar, aku ambil masa untuk blogwalking. Terlekat kat blog EL. Browse through entri dia dan tetiba memberi aku idea untuk entri hari ni. Of course ambil idea dari entri beliau. El, pinjam entri naa... :D

Aku. 5 tahun yang lepas. Sekarang 22. Tolak 5. Yes. 17 tahun. Kalau ambil exact date hari ni (9 Januari) aku baru lagi bergelar seorang pelajar Tingkatan 5. Crucial year kata orang. Tahun ambil SPM. Still kat sekolah yang sama, Sekolah Dato' Abdul Razak (SDAR). Banyak perkara yang berlaku 5 tahun lepas. Sedih dan suka mesti ada. Tapi bukan itu yang aku nak cerita. Jenguk point-point dibawah.

GADGET

My first gajet masa ni ialah Nokia Tiga Tiga Sekupang (3310). Handphone paling kukuh di alam semesta. Alah iPhone. Syiling jatuh atas skrin pun crack. Cam bapok. Haha... Tapi, sebagai seorang pelajar di Sekolah Berasrama Penuh (SBP), handphone merupakan barang larangan. Sebenarnya, semua sekolah pun macam tu. Atas sebab-sebab tertentu, maka ia menjadi barang larangan. Tapi tetap bawak jugak. Ye lah siapa tahan nak  telefon mak kat rumah dengan syiling yang kekadang ada berapa sen je. Seronoknya, tiap kali inspection, handphone aku tetap selamat. Sebab aku sorokkan di tempat paling selamat. Loker kelas. Loker aku sentiasa berkunci. Dan cikgu yang memeriksanya pun taklah sakai habis nak kopak loker aku. Jadi ia sentiasa selamat. :D

Miss you...
Oh lupa. Budak sekarang first gajet diorang mesti iPhone. Tak pun Galaxy. Gila tol. Terkedu aku dengan budak sekarang. Tak dapat benda-benda ni, teruslah rasa mak bapak diorang paling teruk didunia ni. WTF?? Manja syal. Aku hantar ke kem Battle Royale sekor-sekor lagi bagus.

STYLE

Style? Ada banyak. Sebab masa tu aku ada jugak keinginan untuk nampak smart walaupun perut makin membesar. Eh, bukan sebab mengandung. Salah blog ni. Saya lelaki. Haha... Aku boleh cerita pasal rambut je lah sebab kalau pakaian, nak outing pun ada uniform. So gaya berpakaian tak payah cerita sangat. Gaya rambut masa panjang kat sekolah dulu, aku suka sikat ke depan, lepas tu rambut depan tu naikkan ke atas. Kalau malas, belah tengah je lah. But most of the time, aku botak. Botak rambut 2 inci je. Semua sebab mak aku suruh. Jimat duit tak payah nak gunting rambut katanya. Nak berfesyen pon tak boleh. Hurm~

FAMILY

Tahun ni jugak rasa sedih sebab hilang tempat bergantung. Abah aku pulang ke Rahmatullah, waktu aku kat sekolah. Hari tu jugak aku balik rumah dan cuti seminggu. Hurm, tak nak cerita banyak pasal ni. Bikin hati sebak je.

FRIENDS


Zaman sekolah berasrama ni, akan ada beberapa golongan yang mudah dikenalpasti. Ada geng "awww" (senang dikenalpasti dengan penglibatan mereka dalam orkestra sekolah, tapi ada yang tak awww jugak), geng rulebreaker (yang kononnya bawak masalah kat sekolah), geng alim (biasanya merupakan ahli jawatankuasa masjid) dan sebagainya. Tapi, as a batch, tak kiralah manapun golongan, kami tetap unite dalam satu batch. Tak kira lah jahat mana pun. Bagi aku, satu batch aku tu aku anggap kawan. Well, dipihak mereka aku tak taulah aku ni diorang anggap apa. Anyway, i don't give a damn bout it.

SOCIAL SITES

Aku hanya ada Friendster masa ni yang aku create masa aku Form 1. Tapi jarang-jarang bukak sebab kesukaran untuk mendapatkan komputer. Masa aku Form 5, Friendster completely disekat. Jadi kalau dapat on9 pun, tak dapat bukak jugak. 

Itu sahaja bingkisan 5 tahun aku yang lepas. 5 tahun akan datang? Aku malas nak jangkakan. 

Saturday, January 7, 2012

Adaptasi Novel

Assalamualaikum...

Masa sekolah menengah dulu, wabak Novel Alaf 21 merebak luas dikalangan kami. Aku jugak berjangkit. Hasilnya, terkumpul 6 buah novel yang aku beli.

Novel Alaf 21 ni bagi aku terkenal sebab cover buku dia cantik. Omputeh cakap don't judge the book by its cover. Tapi untuk novel keluaran Alaf 21 ni, memang korang kena judge cover dia dengan kualiti novel tu. Memang mantap.

Salah satu kegemaran aku bila membaca novel ialah membayangkan seandainya novel yang aku baca diadaptasikan ke dalam drama atau filem. Dah terbayang jalan cerita yang sebijik macam novel ni dengan variasi pelakon yang mengikut kepala hotak aku sesuai dengan watak dalam novel tu.

OMBAK RINDU tu pun aku dah baca habis dan siap terbayang siapa yang sesuai bawa watak Hariz dan Izzah. Tapi aku lupalah siapa pelakon yang terbayang masa tu. Haha...


Tak ke cantik cover dia?

Sekarang dah tersiar dah pun filem OMBAK RINDU ni. Pelakonnya memang lainlah dengan apa yang aku bayangkan. Haha... Sambutan pun hangat. Dengar kata sekarang dah lebih RM11 juta. Oh, dah pun masuk Astro First.

Tapi aku sikit pun tak berminat nak tengok. Sebab bila dah terlalu overrated macam Nur Kasih dengan Merong Mahawangsa tu, aku jadi malas nak tengok.

Aku tak nak komen apa-apa tentang filem tu sebab aku tak pernah tengok dan tak akan tengok pun.

Lepas ni mungkin akan banyak lagi filem dan drama hasil adaptasi novel. Baguslah. Tak de lah asyik disodok dengan cerita nasi kandar, KOMTAR, nana mamu haprak apa jadah aih aku merepek nih!!!

Cuma bagi aku, ada sesetengah novel yang lebih baik dikekalkan dalam novel je. Mungkin jalan ceritanya baik di novel tetapi tak sebegitu bila difilemkan atau didramakan.

Tak sabar sebenarnya menunggu filem PECAH, adaptasi novel terkenal karya Khairulnizam Bakeri.


Baucer buku dah dapat ni, kena beli novel ni. Ehehe... Orang kata best.

Tuesday, January 3, 2012

Monolog Budak Hari Jadi Edisi 2012 (Belated)

Assalamualaikum...

Entri pertama di Tahun Baru!!! Yeah. 2 hari lepas besday aku. Ucap cepat!! Ceh memaksa pulak. Haha...

Selamat Hari Jadi,
Selamat Hari Jadi,
Selamat Hari Jadi Iqbal,
Selamat Hari Jadi..


Yeah. Tetap Foreveralone.jpg macam tahun-tahun sebelumnya.

Well, inilah edisi birthday aku yang paling teruk. Ada 2 sebab utama.

1) Minggu Exam
2) Food Poisoning

Yes. Final exam merosakkan mood aku. Tapi itu tak teruk lagi. Kena food poisoning pulak.


Sudah 5 hari CIRTI BIRTI. Hoi azabnya lah. Sampai hari ni aku decide nak tangguh je paper exam aku petang tadi. Nasib baik badan rasa segar bila petang. Jadi tak jadi nak tangguh exam. Lagipun doktor tak bagi MC. Tak boleh nak mengada-ngada lah. Haha...

Aku pun tak tahu kenapa. Cuma aku ingat last thing aku makan ialah nasi goreng cili api dengan telur dadar. Aku syak aku termakan telur busuk yang telah didadarkan. Fuuu....

Ataupun...


Macam mana? Well, diorang kan rela mati demi K-POP. Kahkahkah...

Ah tak lawaklah.

Baiklah. Cukup untuk malam ini. Mari setadi sampai lebam. Haha~

Degup Jantung

Related Posts with Thumbnails

Pengunjungku Dari Luar Negara

free counters
Web Analytics