expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

HeartBeat

Followers

Korang Yang Ke...

Friday, December 14, 2012

Kekecewaan Mencari Kerja

Assalamualaikum...

Rasa amat kecewa dengan bangsa sendiri. Ni nak cerita la ni.

Kelmarin, pada tarikh yang cantik (12/12/12), aku pergi interview kerja kat syarikat yang bernama Premier Podium Sdn. Bhd. Syarikat ni letaknya kat Northpoint Office, Mid Valley. Pergi interview pun sebab kakak aku yang suruh. Sebab jawatan yang kosong tu sebagai Eksekutif Pentadbiran dengan gaji RM2200 - RM2800. Rambang mata.


Oleh sebab kerja aku sekarang ni (metal trader consultant kat GB Consulting) waktu kerjanya fleksibel, aku sempat la pergi untuk interview ke Premier Podium Sdn. Bhd (PPSB). Interview berjalan lancar. Cuma aku tak sempat nak prepare lebih la. Background syarikat pun aku tak tahu. Maka ruangan yang bertanyakan tentang pengetahuan aku tentang company ni aku kosongkan. Dah aku tak tau.

Interview tamat dalam 10.45 pagi. Dah habis, aku pun terus ke opis aku. Jauh berjalan hari tu. Sampai-sampai je, aku terus buat research tentang PPSB ni. Apa yang aku jumpa amat mengecewakan.

Ada 2 blog yang indirectly cerita pasal kewujudan company ni. Dalam blog tu cerita diorg pasal company bernama Real Ingenious Sdn. Bhd. Tapi PPSB ni lebih kurang sama macam Real Ingenious la. Company ni company scam atau yang aku faham, menipu. Target diorg ialah manusia-manusia yang fresh graduate. Baru je lepas grad dan desperately nak kerja. Macam aku la. Gaji mahal, siapa tak nak kan.

Secara rumusannya, dari blog yang aku baca tu, ini modus operandi mereka:

1) Kebanyakan target mereka ialah fresh graduate yang berbangsa Melayu. Oleh itu, kebanyakan staf mereka berbangsa Melayu. Ini untuk first impression mungkin.
2)Masa interview, dia akan kata kerja kita macam ni, macam tu. Tapi masa training, bukan itu yang akan diajar. Dia akan ajar kita tengok market, analisis graf, tengok turun naik harga. By the way, company ni, company FOREX scam.
3) Diorang akan berbelah bagi dan sentiasa bagi alasan bila korang mintak offer letter. Apa yang susah sangat nak bagi tak tahu lah.
4) Masa cuti Sabtu Ahad, ada la staf akan call korang. Konon caring tanya itu ini. Ada udang di sebalik batu rupanya.
5) Staf-staf situ akan pujuk korang hari-hari untuk ajak famili korang invest. Invest bukan seratus dua ratus. Beratus ribu jugak la.
6) Gaji dan komisyen sangat kabur. Means, korang akan blur cemana sistem pemberian gaji diorang. Dapat ke tidak.
7) Bila kantoi kena tangkap dengan polis, diorang akan bukak lagi kompeni lain dengan nama lain.

Dan macam-macam lagilah cara diorang nak menipu. Paling tak tahan tu, bangsa sendiri, MELAYU pun join menipu. Tak ke sedih?

Aku kecewa sangat-sangat. Cuba tengok CINA contohnya. Yes aku akui yang kaum-kaum CINA ni memang sesetengahnya racist dengan bangsa lain, MELAYU terutamanya. Tapi, aku kagum sebab jahat diorang tu bukan terhadap kaum dia sendiri. Sama-sama CINA saling bantu membantu. Sebab tu banyak CINA kaya kat KL/Selangor ni. Nak banding MELAYU? Terbalik. Baik kemain dengan bangsa lain, pijak semut pun tak mati. Dengan bangsa sendiri? Tipu orang, khianat orang. Sanggup makan duit haram sebab nak kaya. Dah la imej semua baik-baik je. Semua bertudung. Tapi hati busuk!!!

So guys and ladies, kalau korang nak apply job, make sure siasat dulu latar belakang company. Kalau tak de website company tu, baik tak payah la pergi interview. Memang sah-sah menipu. Jangan la tertarik dengan gaji yang mahal-mahal.

Aku ni kalau susah sangat dapat kerja, aku nak bukak perniagaan sendiri je. Bukan ke memang digalakkan dalam Islam?

Wednesday, November 21, 2012

McDonalds... Parappappappa... I'm Lovin' It

Siti Nadia Binti Alimin (bukan nama sebenar). Seorang mahasiswa di universiti awam di Malaysia. Mempunyai satu kegemaran. Belajar di restoran McDonalds. Selain daripada belajar, dia juga suka dengan burger di sana. Ditambah lagi dengan isian semula Coke percuma, mana mungkin McDonalds tidak menjadi tempat yang sesuai untuk belajar.

Pada suatu hari, ketika di laman sosial heboh tentang kempen memboikot McDonalds setelah ia amat sinonim dengan membantu Israel menghancurkan umat Islam di Gaza, dan kebetulan pada waktu itu akibat tidak mahu dilabel "kafir" oleh saudara semuslim, Siti Nadia Binti Alimin (bukan nama sebenar) terpaksa berhenti belajar di McDonalds dan memilih untuk belajar di bilik sahaja. Tetapi pada suatu hari sedang dia melayari Facebook, dia terlihat sesuatu yang menyentap hatinya.


Gambar dia sedang belajar di McDonalds sambil menikmati burger kegemarannya dengan kapsyen dibawah "Manusia yang telah menyumbang kepada butir-butir peluru di Gaza. Kafirlah perempuan ini!!!"

Siti Nadia Binti Alimin (bukan nama sebenar) telah menerima tekanan emosi gara-gara penyebaran gambar itu. Dia dicemuh oleh rakan-rakan sekuliah. Dikeji oleh manusia yang tidak dia kenali. Di herdik oleh golongan-golongan alim di universiti. Akibat tidak mampu mengawal emosi, dia telah ditemui pengsan akibat "overdose" minuman shake Herbalife dan masih koma sehingga sekarang.

Sebulan selepas kempen memboikot McDonalds berakhir, di suatu sudut di dalam restoran McDonalds, kelihatan dua orang gadis Muslim sedang rancak berbual.

"Padan muka Nadia. Puas hati aku. Asyik dia je yang score 4 Flat. Lepas ni bolehlah aku rampas takhta pelajar cemerlang tu dari dia!"
"Berangan!! Kau sedar tak kau tu paling kurang mesti ada satu dua subjek yang fail? Ni last semester ni boleh ke kau grad?"
"Ada aku kesah? Yang penting aku puas tengok dia merana! Hahaha.."
"Setan jugak kau ni kan?"

Gelak tawa disambung sambil mengunyah kentang goreng McDonalds.

Monday, October 1, 2012

Perangai mintak maki

Assalamualaikum...

Kisah "Hectic Week" aku ditamatkan begitu sahaja. Sebab aku dah malas nak menaip pasal tu. Nak cerita kisah lain pulak.

Sekeliling kita memang ramai perangai orang yang selalu mintak carut marut dan caci keji kita. Sengaja mahukan dosa kita bertambah-tambah. Orang macam ni memang patut di rejam.

Tambah-tambah lagi orang yang suka buat prank kat kita. Buat prank tu pulak over sangat. Sampai semput, lelah, mengah dibuatnya.

Aku paling benci bila tertengok prank video. Terutama sekali bila keluar makhluk jahanam ni:

http://images.toocharger.com/img/graphiques/gifs-animes/cinema/autres/exorcist.73210.gif

Siapa jahanam sangat buat aku macam ni, kot-kot nyawa aku ditarik bila aku terkejut tengok video prank tu, aku tarik dia masuk nurakka. FFFUUUU~

~Rage tetiba~

Tuesday, September 25, 2012

Hectic Week: Day 1.

Assalamualaikum...

*Ni nak feeling professional sket. Jadi entri harini adalah dalam English. Ehem...*

After my practical week at Felda Prodata System Sdn. Bhd. is over, i have so many things to do. I need to settle my repeat exam (now i feel angry because if only i pass my risk theory test previously, i can swing my legs (goyang kaki) at my village waiting for my graduation day). So my hectic week started yesterday, as i started to live at my buddy's room at Rahim Kajai College. Yes, I'm going back to UKM just for a sake of studying.

I feel happy at first because i can meet my old friends who still have 1 year to finish their studying. They need to finish their 4-year course while i only need 3 years to finish my course. And that feeling is still same. Just when i think about this repeat exam, and the subject which i did not understand at all, i want to rage. I want to find the table so i can flip it to express my anger. Like it or not, i need to study that subject, or otherwise, i will fail again in the repeat exam and i will need to wait a year until i can graduate. Just hope that my lecturer will pass my paper. I think she need to do it. She cant stand to teach a lazy student like me. Haha...

This week also, I have about 4 job interviews. This is unexpected. Why i said so? Because i think my coursemate still struggling to get a job. Some of them get a permanent job at their company where they had their practical assessment. Congrats! Compare to my friends, my pointer is the lowest among them. I didn't have to tell my CGPA accurately. Just imagine, my super duper lower CGPA will not allowed me to get a better job. Yeah, there is still a company which put the person with higher CGPA as a priority, despite their skill at work. I didn't blame them. They have rights.

Get an interview for me is like a miracle because i thought that nobody will hire me, as my CGPA is bad enough to tell all about myself. I am really really grateful to ALLAH.

So my journey start yesterday. Wake up in the morning feeling like P-Diddy.... WTH?? No. Wake up, Doing my Subuh, wearing something nice and get ready to going back to UKM. Just so you know, i'm really bad at packing my things. I tend to bring something unnecessary an as a result, im feeling stuffed and bulky. And I'm not driving or riding a motorcycle. I'm taking a bus and KTM. So just imagine how uncomfortable i was. Not to mention the others. There is one nyonya who sitting infront of me in the bus, facing me, keep touching my things because she cant sit properly, due to my stuff. I feel annoyed with her. *Sorry for being racist for a while*

To make it short, i arrived at UKM at 9 o'clock approximately. After putting my bags in my buddy's room, i take a rest for a while because i will have so many things to do later. When i feel energized for a while, i take out my formal attire. I need it for my interview in the evening. After iron it and take a bath, i wear it and make a move to Pusanika, UKM. I need to fill my stomach. Then i buy a management file to put my resume and SPM slip into it. Then i go to the cyber cafe below to print some document an resume, and to the photostat shop tp photostat my IC card and my SPM slip. Oh, my SPM certificate was missing in action. Later, i need to get a copy at Putrajaya. :(

At noon, i take a bus to KTM. And i arrive at my interview place at 2 o'clock approximately. The day was so hot. I'm melting. Sweat was over my body and my shirt was wet. Before that, i get the call to attend this interview at Sunday, from a company called Rio Kiara Sdn Bhd. I never heard of it before. I reject the other interview because of the repeat exam. (rage again).  After i found the place, i entered the office and the girl welcomed me. She asked me to fill in the company form. Then i was called into the room. There was an Indian guy who will interviewed me. He asked me about myself, then my strength and weaknesses. After that, he said that i get a job as a collection officer at AEON Credit Service (M) Sdn. Bhd. He tells me about the description of the job. The interview was going smooth, as I was confirmed to get a job. Tomorrow (Wednesday, 26/9/2012) i need to report myself at AEON. Supposely i need to start to work tomorrow. Still because of repeat exam (Rage again), i need to hold it until next week.

I was lucky to get a job so fast then i expected. But now i need to study for my repeat paper. I hate it. :(

Tomorrow i will tell about what happen today.

Tuesday, September 18, 2012

10 kejadian yang bakal berlaku andai Running Man datang ke Malaysia

Assalamualaikum~

Siapa peminat Running Man kat sini??


*Miss the time when Joong Ki and Lizzy is there... sobs...

Ramai je yang minat. Yang anti-KPOP pun aku rasa ada yang layan jugak sebab ia kelakar. Yang KPOP-fags pulak dah tentulah akan melayan apa-apa sahaja dari Korea.

Ada beberapa episod Running Man yang menjalankan penggambaran di luar negara. So far yang aku dah tengok ni, diorang dah pergi ke Thailand, China, dan Hong Kong.

Ramai yang berharap Running Man datang Malaysia. Dulu pernah kepoh kononnya Running Man nak datang Malaysia. Kebetulan waktu tu SNSD buat show kat Malaysia. Sempena apa tah aku dah lupa. Bila pihak SBS nafikan perkara tersebut, ramai yang kecewa. Leulz.

Aku terfikir. Apa jadi kalau mereka datang ke Malaysia? Berdasarkan analisis aku terhadap situasi rakyat Malaysia sekarang (Meleis terutamanya) dan episod Running Man di luar negara, berikut merupakan 10 kejadian yang bagi aku mungkin berlaku sekiranya penggambaran Running Man di Malaysia berlaku.

1) Sekolah-sekolah bakal mengalami kekurangan murid pada hari tersebut. Spesifiknya, hari Isnin. Sebab Running Man selalu buat penggambaran pada hari Isnin. Sebab tu wujud Monday Couple Gary-Ji Hyo. Dan Isnin bukanlah hari cuti, melainkan hari itu ada cuti umum atau cuti ganti. Budak-budak sekolah, terutamanya yang dekat dengan KLIA, memang sah akan ponteng sekolah pada hari tu, semata-mata nak sambut diorang kat KLIA. Tak dapat bayangkan perasaan cikgu pada hari tersebut. Kalau aku, esoknya aku denda pelajar aku yang ponteng sekolah semata-mata untuk sambut Running Man.

Mana semua pergi???
2) Kesesakan bakal berlaku di KLIA. Gelombang Hallyu tak dapat dielakkan lagi. Masa tu, memang sesaklah KLIA. Yang datang tu bukan sahaja budak sekolah yang ponteng tadi, tapi segenap manusia datang nak sambut. Tapi majoritinya perempuan la. Itu aku pasti.

Nak sesak macam ni?

3) Orang yang berkunjung ke Malaysia hari tu ingat diorang kat Korea. Gelabah dah masing-masing. Ingat salah flight. Rupanya orang Malaysia yang dok berkumpul penuh dengan papan tanda dan kain rentang berbahasa Korea.

Aku kat Malaysia ke Korea ni??
4) Terbitlah #TwtUpRunningMan nanti. Dah berapa banyak siri TwtUp dijalankan selama ni. Tapi yang ni memang bakal mengundang kepada kesesakan Twitter dan Facebook nanti. Kenapa? Teruskan membaca.

Contoh TwtUp
5) Instagram "dirogol" gambar-gambar gadis semasa keriangan di KLIA. Ini sudah pastinya berlaku, terutamanya dikalangan gadis semasa si pengguna smartphone. Kalau bukan gambar mereka pun, mesti gambar Running Man yang berjaya ditangkap, lalu dikongsi ke Twitter dan Facebook.


6) Masing-masing berebut nak jadi Mayor KLIA di Foursquare. Nanti bukak Facebook/Twitter penuh update Foursquare dari KLIA. Tambah sikit caption "ittewww kqt KLIA sqmbut Running Mqn. encemnyewwwww jong kook!!!" Pebenda mata sepet tu kau kata hensem.


7) Tweet, Status Facebook semua pasal Running Man. Sudahlah tadi penuh dengan updates dari Instagram dan Foursquare. Tak cukup lagi tu. Tweet dan status FB pulak. Mau slow internet speed nanti.

8) Golongan alim-alim dan ustaz selebriti bakal menghantar notes di FB berkenaan situasi ini. Mungkin kita akan melihat beberapa status atau notes daripada mereka ini seperti:

Hilal Asyraf
Aiman Azlan
Dan tak dilupakan juga ustaz kegemaran rakyat Malaysia:

Ustaz Azhar Idrus
Ustaz Don
Sekadar menyebut beberapa nama.

9) Anti-Korea, terutamanya anti-KPOP akan mengutuk gadis-gadis semasa yang tergedik-gedik dengan Running Man. Mereka memang sentiasa cari bahan untuk cari gaduh dengan gadis-gadis semasa ni. Macam apa yang aku buat hari tu. Sampai jadi hot entry. Kah kah kah... Kepada bloggers yang nak cepat up, buatlah entry kutuk KPOP ye. Macam aku buat tu. Tapi aku bukan anti-KPOP. Aku anti gadis-gadis semasa yang gedik tak ingat dunia sampai lupa bahasa Melayu lantaran asyik nak berbahasa Korea. Padahal tahu sepatah dua je. Dan apabila ini berlaku......


10) Maka gadis-gadis semasa mula melancarkan serangan balas. Perang siber dengan tema "protect KPOP" akan berlaku. Baik yang berbahasa rempit atau tak, semuanya akan melemparkan kata-kata kesat. Buat kaum lelaki, masa ni lah korang boleh rejek mana-mana gadis yang tak beradab daripada senarai bakal isteri korang.

Begitulah senarai 10 kejadian yang bakal berlaku. Pendapat peribadi aku sendiri, aku tak sanggup nak tengok kegedikan yang akan berlaku andai Running Man datang Malaysia. Terutamanya yang bertudung. Tak sanggup tengok masing-masing menjerit histeria dan terkinja-kinja di KLIA menyambut mereka. MAka secara tak langsung aku berdoa dalam hati, moga-moga aku tak perlu tengok perkara ini berlaku. Tak payahlah Running Man datang Malaysia. :P

Friday, September 14, 2012

Memori Kanak-Kanak: Binatang yang dibenci

Assalamualaikum...

Dalam keluarga aku, hanya aku sahaja yang gemar bermain dengan kucing. Meoww~


Yang lain tak suka. Sebab bulu dia mudah gugur. Mak aku tak suka. Nanti penat dia nak menyapu rumah kataya. Begitu jugak dengan kakak aku yang pertama. Tetapi kakak aku yang kedua begitu takut dengan kucing. Fobia la tu maksudnya. Pernah satu hari, kepoh rumah pada satu pagi hening selepas subuh gara-gara kakak aku ni ternampak anak kucing yang datang entah dari mana. Orang buang agaknya. Aku yang masih nyenyak dibuai mimpi dipaksa untuk membuangnya pada masa tu jugak. Tak menyempat aku nak subuh. Aku emo satu hari. Haha...

Tapi aku tak boleh lupa satu kejadian ni (bukan cerita pasal kucing) yang membuatkan aku sangat-sangat benci dengan binatang dari kelompok ini:



Share gambar ni je buat bulu-bulu di tengkuk aku berdiri tegak. Eiiii~

Teringat hari tu, semasa aku masih kecik. Di petang Sabtu. Mak aku baru balik dari rewang kenduri kahwin jiran. Masa dia mandi, aku sedang terbongkang depan TV sambil menonton Hindustan kat TV3. Masa tu lah binatang yang bernama mengkarong ni melingkar di dinding rumah aku. Aku rasa setiap rumah mesti ada batu bata berlubang kat dinding rumah. Terutamanya rumah kampung. Melalui lubang tu lah si mengkarung ni menjalar masuk. Aku ingatkan ular. Maka aku menjeritlah bagai terjumpa Ju-On depan mata. Panjang dan kuatnya aku menjerit sampai mak aku yang tengah mandi terkejut. Lepas tu kena marah sebab tak malu menjerit kuat-kuat. Lah aku takut, aku jerit lah. T_T

Cicak pulak aku benci sebab dia suka berak merata-rata.  Sungguh menyakitkan hati bila terpijak tahi cicak. Satu lagi, cicak ni suka menjatuhkan dirinya dari tempat tinggi. Sekali jatuh masuk dalam baju aku, memang aku akan menjerit tak ingat dunia. Aku geli.

Sampai sekarang aku tetap tak suka binatang-binantang dari kelompok itu. Biawak jugak termasuk dalam kategori ni. Selalu nampak belakang rumah aku.

Ular pun aku benci. Geli gila tengok sifat melingkar dia tu. Kalau naik motor, bila dia melintas, mau aku pulas minyak kuat2 sebab nak lenyek dia. Aku takut nanti ular tu melingkar naik motor. Aku takut kena patuk. T_T

Lately aku selalu mimpi ular. sangat menjijikkan. Kenapa ea? Jangan cakap pasal jodoh. Mimpi ular dengan kaitan jodoh adalah sangat mengarut. Aku benci ular. T_T

Wednesday, September 12, 2012

Meleis dan Gangnam Style

Assalamualaikum...

From my own definition, the word "Meleis" which is derive from the word "Malays" means something sinical. Dalam erti kata lain (amek terus bahasa melayu lepas tak mampu nak taip inggeris) perkataan "Meleis" itu memang bertujuan untuk menyindir segolongan orang Melayu yang...... cemana aku nak cakap ni... Aku tak jumpa perkataan yang sesuai untuk gambarkan sifat golongan Melayu yang Meleis ni.

Cuma dari pemerhatian seorang Iqbal Zarin yang tak terkenal, bukan tweetfamous, bukan top blogah, mahupun bukan seorang yang dekan setiap semester (motif kau sebut semua tu?), ciri-ciri Meleis ni macam ni la lebih kurang:

1) Cuba untuk menjadi lebih berilmu daripada orang lain
2) Cuba untuk menjadi lebih Islam daripada orang lain
3) Punya tendency untuk melihat orang lain sebagai jahiliah (cetek ilmu agama) daripada mereka
4) All is Freemason. All is Illuminati.
5) Semua benda ialah lagha dan membuang masa kecuali yang berkaitan agama (well of course hal agama bukan perkara lagha)

Move on to Oppa Gangnam Style. (sambil dengar lagu itu)

Kita pedulikan hal budak sekolah yang obses dengan KPOP sampai lupa PMR SPM. Ini bukan hal Big Bang, Beast, Super Junior dan sebagainya.

Sejak kepopularan lagu Oppa Gangnam Style dendangan PSY, video klip lagu ni jadi viral di Youtube. Banyak parodi diterbitkan. Kat Malaysia je dah banyak. Cuma rasa awkward la bila tengok org Malaysia terkinja-kinja dengan Gangnam Style Dance. Meremang bulu roma pun ada. Hehe...

Aku cuma tertanya-tanya kenapa Meleis buat benda ni. Ini memalukan.


Aku belajar bahasa korea. Walaupun tak habis tapi aku faham la maksudnya sikit-sikit. Sedikit pengetahuan bahasa korea. (Ehem.) Dalam bahasa Korea, perkataan "Nabi" bermaksud rama-rama. Jadi kalau ada lagu KPOP yang terselit perkataan "Nabi" dalam liriknya, adakah kita terus nak tuduh yang lagu itu hina Nabi? terutamanya Rasulullah S.A.W? Tak mustahil Meleis akan terus hukum begitu.

Silang tangan? Salib?


Ultraman ni apecer? Silang tangan jugak. Tak de pun orang nak kata Ultraman ni ejen Illuminati.

Mungkin jugak semua ni dicipta oleh kaki-kaki troll tegar. Kerjanya bangun pagi bukak lappy cari bahan lepastu troll. Tak de life betul. Kalau nak troll sekalipun, tak payahlah nak letak kalimat suci ALLAH. Tak payahlah nak troll sampai main-main hukum agama.

Apa pun, aku still tak faham kenapa Meleis suka buat kerja tak berfaedah macam ni. Ada yang kaji sampai ke Zaman Eropah abad ke-17 lagi pasal tarian ni. Ada jugak yang nak isukan benda ni. Kononnya nak sekat lagu ni la, suruh elakkan umat Islam kat Malaysia daripada ketagih lagu ni la, kononnya menyesatkan dan melalaikan, etc.

Dengan satu lagu je, yang liriknya ditafsirkan oleh Meleis yang tak pernah tahu bahasa Korea, kononnya iman boleh tergugat. Memang lah umat akhir zaman ni imannya senipis kulit bawang. Tapi takkan dengan satu lagu je iman kita tergugat?

Yang eager sangat nak suruh umat Malaysia berhenti dengar lagu ni. Apa iman korang tebal macam daging lembu ke?

Tarian lucah katanya. Kalau tarian lucah, tak payah ikut. Dengar lagu je. Isn't that simple?

Kat Malaysia je orang isukan lagu ni. Negara lain tak de. Indonesia pun setakat ni tak de pun nak kata Oppa Gangnam Style ni Yahudi ke apa. This is the "uniqueness" of Malaysia. Thanks to Meleis.

Banyak lagi perkara lain yang perlu diberi keutamaan. Tak berfaedah langsung nak berdebat pasal Oppa Gangnam Style ni. Pathetic tahu?


Sampai orang lain terpaksa "facepalm"kan aku.

Thursday, August 30, 2012

10 istilah yang tak diterjemah dalam bahasa Inggeris.

Assalamualaikum...

Bahasa Inggeris ni bolehlah dikatakan penting. Orang kata bahasa dunia. Satu dunia menggunakan bahasa Inggeris. Tapi Bahasa Inggeris ni tak lah hebat mana pun. Kita selalu ingat Bahasa Inggeris ni bahasa yang kalau bahasa lain di translate ke Bahasa Inggeris, konfem kita dapat maknanya. Tak jugak. Bukan semuanya sempurna kan.

Jom tengok antara 10 istilah dari bahasa lain di dunia yang tak de makna dalam bahasa Inggeris. Maksudnya istilah tu tak de Inggerisnya.

1) Pisan Zapra (Melayu)


Maksud: Masa yang diambil untuk memakan pisang.

*bila pulak orang Melayu guna istilah ni. Melayu Pulau Cocos ke hape??

2) Schadenfreude (Jerman)


Maksud: Suka tengok orang lain menderita

*tipu betul. Cari kat gugel, ade je istilahnya. =_=!

3) Gigil (Tagalog)


Maksud: Perasaan geram nak cubit-cubit benda yang comel

*Kita kalau gigil tu kesejukan. Kahkahkah

4) Bakku-shan (Jepun)


Maksud: Perempuan yang cantik dari belakang tapi hodoh dari depan.

*Gambar tu sesuai tak? Leulz~

5) Pena Ajena (Mexican Spanish)


Maksud: Malu tengok orang lain dapat malu.

*malu ai... :P

6) Waldeinsamkeit (Jerman)


Maksud: Perasaan keseorangan di dalam hutan.

*Foreveralone. Haha...

7)  Jayus (Indonesia)


Maksud: Lawak yang tak lawak langsung tiba-tiba jadi lawak.

*Indon memang pelik.

8) Age-otori (Jepun)


Maksud: Rupa yang makin hodoh lepas gunting rambut

*Make sure cakap kat barber tu nak gaya macam mana dulu. Haha~

9) L'esprit de l'escalier (Perancis)

Maksud: Benda yang korang baru rasa nak cakap lepas korang dah habis cakap. Contoh: rasa tak puas hati kat boss, dah luahkan tapi baru teringat ada benda lain nak cakap tapi terlupa.

*Amboi apa aku merepek ni. =_=!

10) Backpfeifengesicht (Jerman)


Maksud: Muka mintak penumbuk

*Ramai sangat gadis semasa yang backpfeifengesicht ni. Tambah-tambah lagi yang selalu buat duckface tu. Haha...

Selamat belajar istilah asing. Gtuh~

Wednesday, August 29, 2012

10 perisa aiskrim yang pelik.

Assalamualaikum...

Cuaca panas ni memang syurga dunialah kalau dapat baham aiskrim barang semangkuk dua. Pehhh... Aku suka strawberi. Dimana orang lain lebih sukakan coklat atau vanilla, aku prefer strawberi. Hipster sangat. Kahkahkah...

Kali ni jom tengok 10 perisa aiskrim yang pelik. Bila tengok, macam-macam perasaan. Loya, geli, tepuk dahi.

1) Perisa dakwat sotong - Jepun


Bukan je dibuat aiskrim. Tapi dah macam-macam makanan berasaskan dakwat sotong. =_=!

2) Perisa bakon (hirisan daging babi) -  Amerika


Sesungguhnya orang Amareka tak boleh meninggalkan babi dalam setiap makanannya. Berhati-hatilah... =_=!

3) Perisa kepak ayam goreng - Jepun *Gambar tidak wujud

Ayam goreng pun boleh.... =_=!

4) Perisa susu ibu - United Kingdom


Sekali tengok macam perisa vanilla. Sesuai untuk bayi baru lahir. *Tetibe je =_=!

5) Perisa foie gras (hati angsa) - Perancis


Foie gras ni makanan mewah kat Perancis. Tapi kenapa mesti dijadikan aiskrim... =_=!

6) Perisa Viagra - Itali


Warna dia nampak menarik. Aiskrim yang mampu menyetimkan lelaki. =_=!

7) Perisa Haggis (usus kambing biri-biri) - United Kingdom


Jadahnyaa.... =_=!

8) Perisa Akutaq (lemak haiwan, beri, gula, ikan rebus) - Alaska


Err.... no komen. =_=!

9) Perisa arang - Jepun


Ha'ah. Arang hak korang selalu buat BBQ tu. Adoii peliknya... =_=!

10) Perisa daging kuda - Jepun


Gambar atas tu bukan aiskrim tapi daging kuda. Cuba bayangkan aiskrim itu dengan warna yang sama. =_=!

Kalau makan aiskrim kat obersi, sila berhati-hati kang makan perisa yang pelik kang, muntah pulak. Haha...

10 tempat yang tak boleh dilawati di dunia.

Assalamualaikum...

Lama betul tak berblog. Sepanjang puasa lepas pun aku tak update satu entri pun. Hmm... Baiklah. Sebenarnya masa melayari Youtube, ada terjumpa satu channel yang memaparkan Top 10 pelbagai perkara yang menarik. So aku nak berkongsi kat dalam blog ni.

Untuk entri Top 10 pertama kali ni, aku nak berkongsi tentang tempat-tempat yang tak boleh dilawati di dunia. Selalunya tempat-tempat ni dilarang oleh kerajaan negara terbabit sebab ada sesuatu yang dirahsiakan dari pengetahuan rakyat marhaen. Orang biasa tak boleh tau apa rancangan kerajaan. *Sangat iluminati. Hew hew hew..

OK. Tengok tempat tempat ni:

10) RAF Menwith Hill, United Kingdom


Terletak berhampiran Harrogate, North Yorkshire di England, RAF tu singkatan untuk Royal Air Force. Dibina pada 1954, ia menyediakan perkhidmatan komunikasi dan perisikan ke UK dan Amerika. Kat sini jugak diorang memantau sebarang komunikasi luar biasa atau amaran tentang peluru berpandu. Kiranya kalau ada serangan, diorang tahu dulu. Memang tak boleh masuk kalau orang biasa nak melawat.

9) Club 33, Disneyland, California, Amerika.


Tak boleh lawat sebab Mickey Mouse tak bagi la! Haha... Ni tempat ekslusif hanya untuk VIP yang ada keahlian je. Keahlian untuk jadi VIP Club 33 ni bukan senang nak dapat. Ramai nak jadi member supaya dapat masuk kat sini tapi dah bertahun-tahun waiting list untuk jadi keahlian bertambah setiap tahun. Entah apa ada dalam tu sebab orang ramai tak boleh masuk.

8) Bohemian Grove, California, Amerika


Tempat ni hanya orang femes dan berkuasa je boleh masuk. Dikendalikan oleh Bohemian Club, antara orang yang boleh masuk ke tempat ni ialah artis dan orang-orang kerajaan Amerika. Orang lain jangan mimpi nak pijak kaki ke sini, walaupun kau tu top blogah. Ehh... Apa je diorang buat kat sini. Hehe

7) Vatican Secret Archive, Vatican City


Ini tempat hanya Pope je yang boleh masuk. Tak lah rahsia mana pun cuma ia dikhaskan untuk si Pope tu je.  Atau mungkin jugak ada kebenaran yang disembunyikan dalam ni. Mana tahu. :)

6) Gua Lascaux, Perancis


Gua ni dipelihara sebenarnya sebab ada tersimpan sejarah tentang bukti kehidupan pada zaman Paleolitik. banyak lukisan purba ada dalam gua ni. Kalau saja-saja nak masuk, memang tak dapat la. Lain la kalau korang tu saintis atau ahli arkeologi.

5) Pine Gap, Australia


Hmm... macam serupa dengan Nombor 10 kat atas tu. Ni tahap terlarangnya sampai ruang udara atas tempat ni pun dilarang lalu lalang. Buat apa la diorang dalam ni.

4) Metro 2, Moscow, Russia


Keretapi rahsia. Orang biasa tak boleh naik keretapi ni. Si Joseph Stalin bina untuk kegunaan rahsia kerajaan Russia.

3) Room 39, Pyongyang, Korea Utara


Ni tempat yang dikawal ketat keluarga Kim. Tempat ni jadi sarang segala kegiatan jahat dilakukan seperti penyeludupan dadah, duit palsu, dan sebagainya. Penting sebagai salah satu cara generasi Kim terus memerintah Korea Utara. Tapi fikir balik, seluruh negara Korea Utara ni rahsia sebenarnya. Leulz~

2) Mezhgorye, Russia


Dilarang masuk sebab dikatakan ini tempat pelancaran senjata nuklear. Omputeh cakap, Dead Hand Missile Site. Tak retilah nak trenslet. Ada 2 batalion askar Russia berkawal untuk melarang orang menyelinap masuk.

1) Area 51, Nevada, Amerika.


Tempat diorang kaji UFO dan segala apa tah rahsia Amerika.

Sekian untuk Top 10. Tunggu Top 10 yang lain ye. :D

Friday, July 20, 2012

Kebencian Di Pagi Hari

Assalamualaikum...

Dulu bangun pagi pun susah gila masa belajar dulu. Kuliah pukul 10 pagi pun merungut. Apetah lagi kuliah pukul 8. Dapat pahala free lecturer hari-hari. Tetiba aku teringat pasal lecturer subjek Etika Sains dan Teknologi (ah aku malas nak ingat nama rasmi subjek tu) lantaran style mengajar yang kuno (masih gigih dengan kapur dan papan hijau) dan nak segala butiran yang keluar dari mulutnya dicatit dan dijadikan report mingguan. Memang sepanjang masa itu dah banyak pahala dia tuai.

Sekarang pagi-pagi, bangun pukul 5 pun ok je. Rutin harian aku sejak kerja macam ni la. Mengejar bas Rapid yang tak Rapid langsung. Sakit hati.

Tapi, pagi-pagi ni yang boleh buat aku moody ibarat pompuan yang asyik emo then salahkan period yang datang padahal dia tak period pun haritu, hanya ada satu je sebabnya.

SAKIT PERUT.


Sakit perut nak terberak. Sangat menyakitkan hati. Sebab dia datang masa aku da siap-siap nak keluar pergi tunggu bas. Tak bagi peluang. Tak ke celaka tu. Da siap-siap pakai smart pergi kerja, dah nak kena tanggal balik.

Banyak implikasinya. Hari ni, sebab sakit perut, aku tertinggal pass masuk opis, aku lewat naik bas, aku tak sempat beli nasi lemak, aku kena makan kat kantin Felda yang mana makcik kaunter caj aku mahal gila hanya untuk nasi putih dengan lauk terung, dan sebagainya.

Semua sebab sakit perut.

Mesti semalam makan banyak gila. Semalam bos belanja makan kat restoran yang mahal. Itu nanti aku stori.

Ni kalau sakit perut lagi dalam opis ni pass mana aku nak rembat ni....

Degup Jantung

Related Posts with Thumbnails

Pengunjungku Dari Luar Negara

free counters
Web Analytics