expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

HeartBeat

Followers

Korang Yang Ke...

Saturday, November 26, 2011

Memori Kanak-Kanak: Muzik

Assalamualaikum...

Secara randomnya aku teringat dengan subjek muzik di sekolah rendah. Dan terus aku teringat buku teksnya. Ingat lagi tak? Gambar kulit depan buku tu ada bulat besar, dalam bulat tu ada simbol-simbol muzik.

Ah malas cakap. Tengok bawah.


*sumber: google*

Buku teks ni kekal digunakan sampai aku habis Darjah 6. Hebat jugak buku teks ni sebab silibus dia bertahan dari zaman aku belum lahir sampai aku habis UPSR. 

Banyak lagu-lagu kanak-kanak dalam buku ni. Tapi aku dah lupa lagu apa yang kitorang nyanyi dulu.

Korang ingat lagi buku teks ni?

Thursday, November 24, 2011

Spontaneous Thursday: Y U NO??!!



 Aku lupa shoutbox account aku so aku tak boleh delete.

Tuesday, November 22, 2011

Team Bola Sepak Malaysia Menang. Alhamdulillah.

Assalamualaikum...

Semalam sampai sekarang mesti ramai rakyat Malaysia yang bergembira atas kemenangan team bola sepak kita merangkul dan mempertahankan pingat emas dalam acara bola sepak Sukan Sea tahun ni. Tahniah diucapkan. Aku yang selama ni langsung tak pernah ambil tahu pasal bola sepak mahupun nak tengok live pun sanggup dibasahi hujan sebab nak tengok bola sepak semalam.

Suasana di kedai mamak Ameer Ali, Sek. 15 semalam...
Biarpun hujan, aku dengan member aku bertahan je. Kuyup jugak la. Tapi berbaloi bila Malaysia menang dengan sepakan penalti. Aku lupa skornya tapi kalau tak silap 5-4. Kalau salah, betulkan.

*update: Sepakan penalti 4-3. Terima kasih Lavender Harum Wangi. 

Sebenarnya, perlawanan ini bagi aku bukan setakat mempertahankan pingat emas semata-mata. Ia lebih dari itu. Mereka bermain untuk maruah negara setelah kita dihina dina oleh sakai-sakai dari Indonesia. Aku tak tahu apa yang boleh aku cerita untuk menggambarkan buruknya perangai mereka. Dari penyokong sampailah kepada penganjur, semuanya teruk. Mahu bukti? Jom aku paparkan video berikut:


Ni perlawanan silat antara Indonesia dan Thailand. Rasanya semua dah tengok. Macam ni, aku pun boleh dapat emas sukan Sea. Korang pun boleh.


Yang ni Vietnam lawan Indonesia. Aku belum lagi tengok. Tapi berdasarkan apa yang aku dengar dari kawan aku, ade seorang penyokong batak Indonesia masuk gelanggang dan tumbuk coach Vietnam. Kalau salah info, betulkan.


Ni kisah tak boleh terima kekalahan lepas Malaysia menang semalam. Habis je game terus player Malaysia dipaksa menjalani ujian doping (cek air kencing ada dadah ke tak kot). Aisehmen... Y U NO ACCEPT LAA???

Dalam website sendiri, sakai-sakai Indonesia tak habis-habis cerca maki hina Malaysia. Dari mak bapak kita sampailah kepada sultan kita. Apakah dendam kesumat mereka ni? Aku pun tak tahu.

Tapi aku pasti segala kesusahan yang dialami team bola sepak Malaysia semenjak berada di sana menjadi pembakar semangat untuk mereka berjuang habis-habisan. Tambah lagi dengan kata perangsang jurulatih team Malaysia, Ong Kim Swee (sekali lagi, kalau salah, betulkan)

"They don't respect you, they don't respect our flag, they don't respect our King and they don't respect your parents. If you allow this to happen, then you are cowards. You must teach them what being Malaysian is all about."

Maksud dalam bahasa Melayu:

"Mereka tak hormat kamu, mereka tak hormat bendera kita (Jalur Gemilang), mereka tak hormat Sultan kita dan mereka tak hormat ibubapa kamu. Kalau kamu benarkan semua ini terjadi, kamu memang pengecut. Ajar mereka apa erti sebenarnya menjadi orang Malaysia!"

Ternyata membuahkan hasil. Alhamdulillah...

Tak de apa lagi yang perlu dirisaukan. Malaysia dah menang "Ibu" segala pingat emas. Jadi biarkan Indonesia menang keseluruhan dengan pingat emas berjuta-juta sekalipun. Biarkan mereka dengan kata-kata dialek hina mereka. Warga Malaysia kan bertamadun. Lagupun anjing dah penat menyalak nanti diam la tu. Hehe...

p/s: Aku tak arif sangat pasal sukan ni. Jadi mungkin akan ada beberapa kesilapan fakta. Jadi kalau salah tu tegur-tegur la ye. :D

p/s/t: Blogger bersedia dengan kemungkinan blog atau website anda bakal diceroboh hackers dari seberang.

Friday, November 18, 2011

Hero, Kucing Berkaki Dua

Assalamualaikum...

Aku baru teringat nak taip entri pasal kucing berkaki dua ni. Aku dapat tahu cerita ni masa cuti raya haji baru-baru ni. Sedang enak terboseng (terlentang) depan TV menonton Berita Utama, tiba-tiba keluar cerita kucing ni.

Kucing berkaki dua. Nama dia Hero. Aku dah nak kagum dengar kisahnya. Ye lah. Kot-kot sejak lahir memang berkaki dua. Tapi aku silap. Lepas tu aku sedih. Kenapa?

SEBAB KAKI KUCING NI KENA POTONG OLEH SYAITAN BERTOPENG MANUSIA!!!!!

Aku rasa macam ni muka orang yang potong kaki kucing tu...

Aku tak boleh bayang betapa syaitannya manusia tu. Sanggup dia potong kaki kucing tu. Kalau tak silap sebab kucing ni curi ikan je pun. Mana hilang rasional manusia tu masa tu sampai tergamak dia mencincang kaki kucing tu... sedih woo....

Hari ni aku terjumpa pulak buku MASTIKA yang menceritakan kisah kucing berkaki dua ni. Aku pun terus ambik dan baca. Oh penyelamat kucing ni ada blog rupanya...  kalau nak tahu kisah lanjut, lawatlah blog dia ni:

http://kakimotong.blogspot.com/

Aku tak nak letak gambar kucing berkaki dua tu kat sini. Takut-takut nanti tuan blog marah. Korang lawat ajelah blog itu. Terus nampak header kucing berkaki dua tu.

Semoga Allah memberi ganjaran kepada penyelamat kucing ini...

Tuesday, November 15, 2011

Jawab Soalan Exam

Assalamualaikum...

Bila nak menduduki kertas exam untuk subjek yang susah...

Langsung tak tahu apa yang dipelajari, otak kosong...

Bila kertas soalan sampai, tenung dalam-dalam...

↓_↓

Lepas tu mulalah muka semacam je...
=_=

Bila mula menjawab, mulalah mata tu ke kanan...
→_→

Lepas tu ke kiri...
←_←

Bila pengawas datang, tenung kertas soalan balik...
↓_↓

Sudahnya tertidur sebab bosan dan tak dapat jawab langsung...
Z_Z

Bila masa dah tamat, mulalah cuak...

>_<

Akhirnya menangis tak sudah. KONFOM FAIL!!!

T_T

~marilah belajar... final dah dekat~

Monday, November 14, 2011

Kisah Pengesahan Exam










Nasib baik sudah dilanjutkan tempoh pengesahan exam itu. Haha~

~jenaka semata-mata~

Thursday, November 3, 2011

Memori Kanak-Kanak: Game Tape

Assalamualaikum...

Bila cerita pasal game, memang takkan habis. Sekarang ni game semua seronok dimainkan. Contoh paling hampir, Angry Birds. Siapa tak suka main game tu, memang pelik. Kok iye pun sakit hati dengan binatang hijau tu, janganlah sampai benci. Hahaha... Game lain yang seronok, Fruit Ninja. Memang takkan jemu mencincang buah sampai jus tepercik ke dinding. Best kan?




Tapi orang kata, kalau tak ada yang lama, takkan ada yang baru kan?

Tuesday, November 1, 2011

Degup Jantung

Related Posts with Thumbnails

Pengunjungku Dari Luar Negara

free counters
Web Analytics