expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

HeartBeat

Followers

Korang Yang Ke...

Sunday, October 30, 2011

Bila Dapat Gaji

Assalamualaikum...

*sapu habuk dan kuman sekejap lantaran lama tak update*

OKEY BERSIH!!!

Situasi kewangan aku tak stabil sekarang ni. Sebab tu tetiba aku dapat idea nak update blog pasal gaji. Keh keh keh...






Tengah kering ni. Hulur sikit boleh? *Motif menggemis di blog? Haha*

Okey. Lepas dah grad, dah dapat kerja, cukup bulan dapat gaji. Biasanya apa yang korang buat dengan duit gaji tu?

Macam-macam dah terbayang dalam kepala. Handphone, kereta, makan sedap, etc.

As for me, kalau sudah dapat gaji, selain wajib membayar kepada "penaja paling kejam" sepanjang hidup aku kat UKM, ini yang aku akan buat dulu:

1) Hulur kat mak sikit. Bergantung pada kerja dan gaji aku pada masa itu.
2) Bayar segala utiliti (sewa rumah, bil air, letrik, etc)
3) Peruntukkan RM20 sebulan untuk simpanan ASB
4) Bukak akaun Tabung Haji, simpan RM20 sebulan

Dan seterusnya akan difikirkan kemudian...

Kalau nak berjoli tu, taklah salah. Cuma dahulukan yang utama. Tak de lah nanti kita dibelenggu masalah kewangan yang teruk.

Memang semua orang nak hidup mewah. Yang gaji ciput pun tak mahu kalah. Itu hak korang. Cuma pandai-pandai seimbangkan la ye.

Dan paling penting. Bagi aku, jangan sekali-kali menggunakan kad kredit dalam urusan pembelian seharian. Aku sangat takut dengan bahana yang berlaku akibat penggunaan kad kredit ni. Bukan apa, dah ramai yang muflis masa muda. Umur baru 20-an, hutang dah keliling pinggang. Last-last, muflis. Sakit tau kalau muflis. Dan muflis tu kebanyakannya sebab kad kredit.

Kawan aku pernah kata:

"Nak tak nak nanti kau akan perlu jugak kad kredit tu..."

Hurm.. ye la tu. Aku cuma berdoa harap-harap aku tak memerlukan kad kredit tu.

~Kalau korang, apa yang korang buat dengan gaji pertama korang?~

Friday, October 28, 2011

Entri Pendek 5: Nak Tutup Blog

Bila seorang blogger mengatakan begitu,

Hanya ada dua kemungkinan:

1) Dia betul-betul nak mengundurkan diri

2) Dia ni traffic-SEO-statistic-Nuffnang seeker.

Kbai.

Saturday, October 22, 2011

Entri Pendek 4: Al-Quran Mobile

Al-Quran.

Sekarang dah jadi Apps dan boleh didownload ke dalam smartphones.

Lepas tu handphone tu simpan dalam kocek.

Sedar tak sedar kalau pergi tandas, dengan ayat-ayat Al-Quran sekali dibawak ke tandas.

Renung-renungkan.

Entri Pendek 3: UKMJaring Lembab

UKMJaring lembab cegampang

Nak update entri pun susah

Nak buat assignment pun susah

Kalau pengejar SEO mesti diorang dah risau blog dah lama tak di update

Nanti trafik jatuh

Tuesday, October 18, 2011

Entri Pendek 2: Subur

1 Januari, 14 Februari, 31 Ogos.

Tarikh dimana baik lelaki mahupun perempuan subur yang terlampau ketika itu.

Dan jika anda tiba-tiba mendengar kes bayi dibuang, mahupun DIKELAR secara banyak pada tempoh tertentu,

Itu bermakna barangkali itulah bayi hasil persenyawaan TAHUN BARU, VALENTINE, DAN MERDEKA.



p/s 1) Belum lagi seks yang berlaku pada hari-hari biasa...


p/s 2) Tak guna betei buat maksiat pada hari lahir aku. CISS!!! (rujuk entri dulu-dulu untuk mengetahui mana satu antara 3 tarikh itu adalah hari lahir aku. :P

Sunday, October 16, 2011

Entri Pendek 1: Artis

Artis

Bila kahwin, masuk Nona.

Bila cerai, masuk Melodi.

Renung-renungkan...

Thursday, October 13, 2011

Cara-cara nak hack untuk tambah topup...

Assalamualaikum...

Rasa nak jimat duit daripada asyik membeli topup? 

Klik link dibawah ni:


Cubalah. Tiada virus. Gerenti!!!

Pastinya anda akan dapat berjimat selepas ini.

Wednesday, October 12, 2011

Wordless Wednesday 2: Meoww~

Assalamualaikum.

Satu lagi Wordless Wednesday.


Senyum. Tak perlu kata apa-apa. :D

Wordless Wednesday 1: Kita tahu...

Assalamualaikum...

Ini pertama kali aku buat "Wordless Wednesday".

Tapi kita tahu dimana destinasi terakhir dia dan pastinya bukan di syurga. KBAI.

Tuesday, October 11, 2011

Diseksa 44 hari

Assalamualaikum...

INI BUKAN ENTRI GILA SEO!

Ada orang share kat Facebook. Hanya nak share dengan pembaca blog. Mari mengenal wanita ini. Junko Furuta.

************************



Junko Furuta. Wanita yang telah melalui penyeksaan selama 44 hari.

HARI KE 1: November 22, 1988: Diculik
Dijadikan tawanan dan menyamar sebagai salah seorang kekasih penculik
Dirogol (lebih 400 kali)
Dipaksa menelefon keluarganya dan menipu bahawa dia lari dari rumah
Kebuluran
Makan lipas dan minum air kencing
Dipaksa melancap
Dipaksa berbogel
Badan dibakar dengan pemetik api
Pelbagai benda disumbat ke dalam kemaluan dan lubang dubur

HARI KE 11: Disember 1, 1988: Dipukul banyak kali
Muka disembamkan ke lantai dan penculik itu melompat ke atas kepalanya
Tangannya diikat ke siling dan badannya dijadikan "punching bag"
Hidungnya sudah tersumbat dengan darah hingga dia hanya mampu bernafas melalui mulut
Dumbbell sengaja dijatuhkan ke atas perutnya
Muntah bila nak minum air (Perut dia tak boleh terima)
Cuba melepaskan diri. Kantoi dan lengannya dibakar.
Kaki dan tangannya dicurah dengan cecair mudah terbakar lalu api dinyalakan.
Lubang duburnya disumbat botol. Cedera.

HARI KE 20: Disember 10, 1989: Tak mampu untuk berjalan kerana kaki cedera dibakar
Dipukul dengan buluh
Mercun disumbat ke dalam lubang dubur dan dinyalakan
Tangannya dihancurkan dengan objek keras. Kukunya hancur.
Dipukul dengan kalu golf
Kemaluannya disumbat dengan rokok
dipukul dengan batang besi berulang kali
dipaksa tidur di luar ketika musim sejuk
Garfu besar (yang orang guna untuk panggang ayam) disumbatkan kedalam kemaluan dan lubang duburnya. Pendarahan berlaku.

HARI KE 30: Lilin panas dititikkan ke muka
Kelopak matanya dibakar dengan pemetik api
Dadanya dicucuk dengan jarum peniti
Puting payudara kirinya dipotong menggunakan playar
Mentol panas disumbatkan ke dalam kemaluannya
Pendarahan teruk di kemaluannya akibat disumbnat dengan gunting
Tak mampu untuk buang air kecil
Sejam diperlukan untuknya bergerak dari bilik tahanannya ke bilik air akibat kecederaan parah
Gegendang telinga hancur
Otaknya mengecil

HARI KE 40: Meminta penculik yang menyeksanya supaya bunuh sahaja dirinya.

Januari 1, 1989: Junko menyambut Tahun Baru sendirian
Lumpuh
Tak boleh bergerak

HARI KE 44: Januari 4, 1989: Keempat-empat penculik itu memukul badan Junko yang lumpuh itu dengan Barbell, sebagai bahan melepaskan geram akibat kalah Mahjong. Mulut dan hidungnya berdarah banyak. Lilin menyala diletakkan pada muka dan matanya.

Kaki, lengan, muka dan perutnya disimbah dengan cecair mudah terbakar dan dinyalakan. Ini adalah penyeksaan terakhir Junko dan ia berlarutan selama 2 jam.

Junko Furuta mati kemudiannya, keseorangan dan kesakitan.

Ibunya pengsan dan terpaksa menerima bantuan psikiatrik selepas mendapat tahu penyeksaan yang dialami anaknya.

Pembunuhnya masih bebas sehingga sekarang. Ini kisah benar.


**************************

Kejamnya manusia. 

Perasan tak berapa kali aku sebut DISUMBAT? 

Kes ni tak banyak bezanya dengan binatang bertopengkan manusia yang tergamak meliwat anaknya yang baru berusia 23 hari. Yang samanya, ada wujudnya SYAITAN di dalam diri mereka. 

Semoga Malaysia tidak mempunyai SYAITAN seperti mereka. Selisih malaikat 44.

~Adeh, ngilu dan sakit~


UPDATE: 1) Aku search kat wikipedia tadi. Khabarnya lepas je dia mati, penculik tu sumbatkan dia dalam tong dram lepas tu cecair konkrit dituang dalam tong dram tu. Super duper kejam. =_=


2) Korang search nama dia kat Youtube. Ada filem berdasarkan kisah dia. Kalau nak tahu kekejaman tu, boleh la tengok. Aku tak cukup berani nak tengok. Sadis.

Monday, October 10, 2011

The Amazing Race: Nak masuk... (=_=)

Assalamualaikum...

Kalau ada yang perasan, aku dah delete entri berkaitan respon aku pasal cara-cara nak up trafik tu. Bukan sebab owner dia mintak royalti ke apa. Cuma aku malas nak buat entri bersiri-siri ni. Nanti ada idea baru tak boleh nak taip. Lagipun, siapa peduli respon aku. Hahaha~

***********************

Okey. Sabtu dan Ahad lepas, tak stadi langsung gara-gara maraton dari petang sampai tengah malam maraton tengok The Amazing Race musim ke 18.



Dah lama aku minat tengok. Tapi sebagai seorang pelajar di SBP, bilalah masa aku nak tengok TV. Dan kat rumah pulak masa tu mana pasang ASTERUK lagi. Sekarang dah pasang. Nanti cuti kalau ada tayang boleh la aku melekat depan TV. Bahaha...

Dan sekarang tengah on-air musim ke 19. Tak ada apa yang menarik macam musim ke 18. Kalau musim ke 18 dia panggil semula contestant dari musim-musim lepas yang katanya "nyaris-nyaris nak menang tapi tak menang sebab ada masalah masa race" dan mereka ni diberi peluang kedua untuk merebut USD 1 juta itu. Seronoklah tengok. Sampai nangis aku tengok bila sampai part yang tacing gile. (T_T)

So sekarang ni latest season baru 2 leg berlangsung. Aku pun baru siap download dan belum tengok lagi. Aku nak siapkan kerja dulu. Lepas tu baru layan.

By the way, Nak jugak senaraikan peserta untuk latest season ni. Jom berkenalan.

Friday, October 7, 2011

Angry Birds Mangsa Konspirasi Terbaru Ciptaan Melayu

Assalamualaikum...

Adik-adik sekalian, inilah burung marah. Bahasa Inggerisnya "Angry Birds".


Adik-adik mesti suka bermain game ni kan? Abang tahulah. Budak-budak sekarang yang 6 tahun dah demand nak iPhone dari mak bapak kan. Adik-adik dapat iPhone, mak bapak adik-adik dapat iPaid. Ish ish ish~

Tapi adik-adik, Angry Birds ni dah tak boleh main tau. Pagi tadi abang terbaca kat Facebook. Tak tahulah MELAYU BANGANG mana yang buat cerita ni... cuba adik-adik baca:

PERHATIAN!!!!!!!!!!BERITE TERGEMPAR!!!!PERMAINAN GAME ANGRY BIRD ADALAH GAME YG TELAH MNGHINA ISLAM.....PERKATAAN ISLAM DISEBUT PADA BURUNG YG BERWARNA BIRU....KALAU KAMU DENGAR BETUL2 DIA MENYEBUT "ALHAMDULILLAH"....JADI ANDA AKAN TERUS BERMAIN.....??????ANDA AKAN TERUS UNTUK MNGHNA ISLAM...???????JADI RENUNG-RENUNGKANLAH....COPY AND PAST KEPADA UMAT ISLAM YG LAIN

Ehh... Aku pulak??

Kami tak bersalah!

Kalau adik-adik lastik burung biru ni, adik-adik cube dengar suara dia. Betul ke die sebut "Alhamdulillah"? Abang da 10++ cuba nak dengar tapi tak de pun.

Abang malulah dengan pencipta fitnah ni. Abang harap adik-adik bila dah besar nanti, buat sesuatu perkara tu selidik dulu ye. Jangan sesuka hati je sebar khabar angin. Memalukan MELAYU dan ISLAM je. Dengar ye pesan abang.

~Entri ini sangat MATA KE ATAS, TANGAN KE DADA~

Degup Jantung

Related Posts with Thumbnails

Pengunjungku Dari Luar Negara

free counters
Web Analytics