expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

HeartBeat

Followers

Korang Yang Ke...

Tuesday, August 9, 2011

Pak Abu hai...... (Mengeluh)

Assalamualaikum...

Dammit. Sejam aku mencari. Jumpa jugak akhirnya.

Kenal dengan Pak Abu? Kalau tak kenal, tengok video di bawah:


Baik TV1, TV2, TV3, TV9, NTV7, dan 8TV. Habis je rancangan, iklan ni mesti ada. Tak lupa juga kalau korang selalu naik bas Rapid KL, ada TV kat dalam bas tu. Tayang jugak.

Siapa Pak Abu? Mari aku kenalkan. Pak Abu ni:

1) Seorang Warganegara Malaysia.
2) Mempunyai seorang isteri dan 2 anak. Lelaki dan perempuan.
3) Tinggal di kawasan perumahan dimana jiran-jirannya terdiri daripada pelbagai kaum termasuklah kaum-kaum di Sabah dan Sarawak. Siap pakai baju tradisional lagi. (penyebaran dakyah 1Malaysia)
4) Seorang yang mempunyai semangat patriotik yang tinggi.
5) Bila pesan minuman, satu sudu gula je. (Kempen "Satu sudu gula dah cukup. Kurang lebih baik")
6) Seorang yang sentiasa memakai batik 1Malaysia.
7) Seorang yang sentiasa menjaga kesihatan dengan keluarga.
8) Seorang yang sentiasa melaporkan jenayah kepada polis tanpa rasa takut.
9) Menentang segala budaya Barat.
10) Status di Facebook miliknya tak pernah lari dari topik 1Malaysia.
11) Sentiasa menjaga sungai dengan baik.
12) Tidak rasis.

Dan sebagainya...

Itu dia gambaran keluarga yang maha sempurna. Mendokong segala usaha kerajaan. Paling penting, Penyokong kuat dakyah 1Malaysia.

Realitinya....

Ada ke manusia sebegitu??? Ada ke keluarga sebegitu???

Mungkin harapan kerajaan supaya mencontohi Pak Abu sekeluarga ni.

Mana yang baik, contohilah ye. :P

~merapu~

Monday, August 8, 2011

Salam Perantauan. Err...

Assalamualaikum...

Satu fenomena yang selalu muncul apabila Ramadhan menjelma. Surat khabar mesti menyediakan ruangan yang dipanggil "Salam Perantauan".

Masa ni lah warga-warga Malaysia di luar negara, Majoritinya berada di negara beriklim 4 musim akan menghantar gambar secara solo atau berkumpulan berlatar belakangkan pemandangan indah luar negara. Biasanya UK, US, Jepun mesti ada. Tak lupa juga disertai ucapan selamat berpuasa mahupun selamat hari raya.

Setahu aku, kalau mengikut ilmu-ilmu Geografi aku yang cetek ni, bahagian Hemisfera Utara sedang mengalami musim panas. Tak pun musim luruh.

KEJADAHNYA HANTAR GAMBAR KAU TENGAH MAIN SALJI???

Tiba-tiba sisi lain diri aku mengutuk menghanjeng diri ku. Dalam erti kata lain, monolog:

"Iqbal, tak payah kutuk lebih-lebih sangat. Kau tu jeles sebenarnya. Padan la muka kau. Suruh struggle SPM tak mahu. Tengok gambar diorang kat surat khabar, nak kutuk-kutuk pulak. Kau tu memang dengki sebenarnya. Tak payah nak meluat sangat la... "

Ekceli, ayat "bajet monolog" aku tu jugak mungkin akan digunakan mereka yang sedang belajar di oversea itu untuk memaku aku. 

Eleh, tak heran. Ada aku kesah? Belajar kat luar negara bukan pengukur pandai bodoh seseorang. Tambah-tambah sekarang yang fail SPM pun boleh belajar kat oversea asalkan dia ada mak bapak yang kaya ataupun pak sedara, mak sedara, ibu tiri, adik beradik kerja kat JPA, MARA, dan sebagainya. Kabel la tu. Lagi la tak heran.

Jatuh standard. Hehe...

~Alhamdulillah seminggu berpuasa~

Tuesday, August 2, 2011

Pesanan Bulan Ramadhan...

Assalamualaikum...

Sempena bulan Ramadhan yang diberkati ini, marilah kita semua, wahai rakan-rakan blogger:

1) Mengejar pahala puasa, bukan MENGEJAR TRAFIK ALEXA, RANKING BLOG, SEO, DAN SEBAGAINYA.
2) Mengawal 5 pancaindera kita sebaik-baiknya di bulan puasa ini. JANGAN ASYIK NAK BERGADUH SESAMA BLOGGER JE.
3) Sentiasa memikirkan nikmat berpuasa. bukan ASYIK MEMIKIRKAN IDEA UNTUK NEXT ENTRI BLOG JE.
4) Memenuhkan hari-hari di bulan Ramadhan dengan amalan-amalan yang diberkati ALLAH, bukan MEMENUHKAN HARI DENGAN UPDATE BLOG 13++ ENTRI SEHARI.
5) Kuatkan ibadah kita kepada ALLAH, bukan MENGUATKAN "IBADAH" KITA KEPADA "TUHAN BLOGGER"

Sekian entri pendek aku hari ini.


Selamat Berpuasa!!

Degup Jantung

Related Posts with Thumbnails

Pengunjungku Dari Luar Negara

free counters
Web Analytics