expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Followers

Korang Yang Ke...

Sunday, May 15, 2011

Selamat Hari Guru

Assalamualaikum...

Esok (16 Mei 2011) merupakan Hari Guru. Hari yang sangat seronok disambut masa aku sekolah dulu. Masa tu kita akan kasi hadiah kepada guru-guru kita sebagai tanda penghargaan dan kasih sayang kita. Seronok pulak menyambutnya masa masih menyarung uniform sekolah dulu.

Apa yang tipikal semasa Hari Guru? Dari pandangan aku, semasa Hari Guru mesti akan ada acara-acara ini:

1) Perhimpunan rasmi
2) Bacaan ucapan Perdana Menteri, Bik Mama, Menteri Pelajaran, bla bla bla...
3) Upacara pemberian hadiah dan kad ucapan
4) Sukaneka antara guru-guru dan murid-murid
5) Bacaan puisi yang bermula dengan ayat klise "Guru, Kau umpama lilin..."
6) Perlawanan bola sepak antara guru-guru dan murid-murid
7) Nyanyian lagu "Kami Guru Malaysia"

Ada lagi? Haha...

Jadi, di kesempatan ini saya mahu mengucapkan selamat hari guru kepada guru-guru saya yang pernah mengajar saya di:

Tadika Kemas (1996)

Sekolah Kebangsaan Felda Mayam (1997-2002)

Sekolah Dato' Abdul Razak (2003-2007)

Kolej Matrikulasi Pahang (2008-2009)

Jasamu takkan ku lupa. Tanpamu, aku takkan kenal ABC dan 123. Hehe...

By the way, di kesempatan ini juga, aku nak bagi sedikit peringatan.

Kepada yang berkenaan, aku tahu mungkin korang ni ilmu agama lebih sikit dari orang lain. Tapi ada kelebihan ilmu agama tu bukan bermakna korang boleh membuat hukum hakam sesuka hati. Jadi tak payah struggle nak kaji mana-mana kitab-kitab hadis mahupun Al-Quran semata-mata korang nak bagitahu kat seluruh dunia bahawa Hari Guru haram disambut atas alasan ia berkaitan dengan upacara agama selain dari agama Islam.

Saja kasi highlight. Haha... Sekian untuk entri kali ini.

2 comments:

Hakeem Yusof said...

aku rindu sambutan hari guru kat skolah

IQBAL ZARIN said...

samelah. haha

Degup Jantung

Related Posts with Thumbnails

Pengunjungku Dari Luar Negara

free counters
Web Analytics