expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

HeartBeat

Followers

Korang Yang Ke...

Tuesday, May 31, 2011

Science: From Love to Hate

Assalamualaikum...

Masa sekolah rendah dulu, aku kena tunggu sampai umur aku 10 tahun ataupun Darjah Empat barulah boleh belajar Sains. Pebendelah Sains tu? Itu dalam fikiran aku. Macam seronok je. Sekarang ni masuk sekolah Darjah 1 terus belajar Sains. Beruntung anak sedara aku. Haha...

Belajar Sains masa sekolah rendah mungkin seronok bagi budak sekolah bandar. Maksud aku, mungkin diorang banyak buat eksperimen. Aku? Sekolah aku hanya ajar teori sahaja. Tak pernah ada eksperimen langsung. Walaupun masa belajar Sains kena pergi lab. Serius. Tak pernah ada eksperimen. Faham-fahamlah sekolah kampung. Mana nak ada kelengkapan yang cukup even nak buat eksperimen benda tenggelam timbul pun.

Dalam sains lab sekolah rendah aku, semua barang didalamnya tak boleh sentuh. Nanti rosak siapa nak ganti? Haha... Mungkin sebab itulah tak pernah buat eksperimen. Aku pernah kena marah dengan cikgu sebab aku bermain dengan bikar yang pada pandangan aku semasa itu bikar sains ialah benda yang menakjubkan. Kononnyalah kalau pecahlah satu bikar tu, gaji FELDA abah aku pun takkan mampu bayar ganti rugi tu. Begitu mudah seorang cikgu menakutkan anak muridnya ini.

Bila aku dah masuk SDAR, barulah merasa bereksperimen. Dan masa itu jugalah segala benda yang pantang disentuh semasa sekolah rendah bebas untuk disentuh. Even semasa eksperimen ada je test tube yang pecah dek reaksi kimia yang terlampau atau terlepas dari genggaman. Tak payah ganti. Damn. Kena tipu masa kecik. Lahanat. Masa tu belajar Sains untuk PMR seronok jugak. walaupun jarang skor A, tapi tak pernahlah fail. Hehe...

Naik Tingkatan 4, Sains pecah jadi 3. Fizik, Kimia, Biologi. Start ni feeling seronok tu dah hilang. Aku da tak de rasa apa-apa pun. Fizik selalu buat aku tertidur. Biologi dengan kejamnya selalu menyusahkan aku. Kimia je yang seronok lite-lite. Masa ni baru tau susahnya semua subjek ni. Aku pun dah mula rasa muak dengan eksperimen. Kena buat lab repot. Annoying. Tu yang dapat B3 semua tu masa SPM.

Masuk matrikulasi. Aliran sains Fizikal. Maknanya aku belajar Math, Kimia dan Fizik. Belajar tu seronok. Lab repot yang annoyingnya. Every week ada je eksperimen dan lab repot yang perlu dihantar. Muntah aku nak buat repot je. Masuk sem dua, semua tak seronok. Kimia kena belajar organik, part yang bagi aku masalah sebab relate sangat dengan biologi. I HATE BIOLOGY. Lupa pulak nak bagitau. Haha... Fizik semakin buat aku tak faham. Sebab tu masa isi UPU, aku tekad takkan ambik subjek sains lagi. Aku da tak nak susah-susah diri dengan segala eksperimen dan lab repot yang annoying ni.

Masuk UKM, aku ambil kos aktuari. Makanya semua lab repot dan eksperimen aku takkan jumpa lagi. Bahagia. Tapi sekejap je. Prestasi aku kat UKM ni teruk. Malas nak cerita panjang-panjang.

So begitulah kisah rindu dan dendam aku terhadap Sains. Hehe~

Wednesday, May 25, 2011

Babi memang haram. Tapi...

Kau begitu concern pasal halal haram.

Secret Recipe haram, terus kau tak berani sentuh.

KFC haram, kau tak berani singgah.

Pasal makanan memang kau betul-betul jaga.

Tahniah...

TAPI...

Rambut kau terdedah. Itu haram. Kau tak ambik kisah.

Lutut kau terdedah. Itu haram. Kau tak ambil kisah.

Legging kau pakai menampakkan susuk tubuh badan. Itu haram. Kau tak ambil kisah.

Kau letak profile picture sedang berpelukan dengan boyfriend/girlfriend kau penuh ghairah. Itu haram. Kau tak ambil kisah.

Kau pakai mini skirt dan singlet ala-ala SNSD. Itu haram. Kau tak ambil kisah.

Kau comolot dengan couple kau depan public. Itu haram. Kau tak ambil kisah.

Kau buat seks luar nikah. Itu haram. Kau tak kisah...

*********************************

Ohh...halal haram itu hanya pada makanan dan minuman je...


  


Sumber inspirasi. Jangan marah ea bro joe. Kalau tak suka gua remove. Hehe~

2000: Angan-angan millenium

Assalamualaikum...

Siapa pernah tengok filem Back To The Future?






Ok. Aku tak pernah tengok. Bahaha... Tapi kalau tak silap la kan, filem ni pasal dunia di masa hadapan. Dunia teknologi lah katakan. Semua benda dah canggih. Kereta pun tak beroda. Semua kereta terbang je. Punya gempak imaginasi Seven Spielberg ni.

Tahun 2000 tu merupakan peralihan abad baru. Abad ke-21. Aku masa tu budak-budak lagi. Masa 2000, aku baru Darjah 4. Tapi masa tu aku ingat ada berita hangat. Kononnya ada virus bernama "Y2K" akan menyerang komputer melalui internet dan akan mengakibatkan komputer mengalami kekeliruan. Sebab apa entah. Gempar semua pengguna komputer dan berebut-rebutlah mereka membeli antivirus untuk menghalang Y2K ni. Tapi tak ada pun. Hanya propaganda pengeluar antivirus untuk mengaut keuntungan. Pandai diorang ni.

Oleh kerana 2000 tu adalah tahun millenium bak kata omputeh, aku pernah berangan yang dunia ni akan berubah secara total. Maksud aku, terus berubah. Antara perubahan yang pernah terlintas di kepala aku masa aku kecik:

1) Pakaian semua berubah kepada warna perak. Macam robot
2) Robot akan muncul sendiri memudahkan kerja-kerja rumah
3) Semua benda akan berfungsi secara automatik
4) Kereta, motor terbang dan tak guna tayar.

Aku dah lupa. Ni antara yang aku ingat la. Dan semua ni aku harapkan terjadi lepas aku bangun tidur. Last day of 1999, aku dah tak sabar-sabar nak tunggu hari esoknya. Bukan sebab esok tu besday aku. Haha... Tapi sebab nak tunggu perubahan tu. Tidur pun tak lena. Haha.

Esoknya, aku kecewa. Sebab semuanya masih dalam keadaan asal. Tak de robot. Motor dan kereta masih bertayar. TV masih memerlukan tenaga manusia untuk dihidupkan. Terus tak de mood sambut besday. LOL

Fikir balik, tah hape-hape aku angankan ni. Merepek je. Haha... Punyalah hebat angan-angan aku ni. Gelak sorang-sorang bila fikir balik.

Korang ada fikir macam aku tak masa kecik-kecik dulu?

Monday, May 23, 2011

Apa salah Nabi Muhammad dan Islam kepada mereka?

Assalamualaikum...

Mari berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

Aku tak faham. Saban hari mereka, yakni kafir laknatullah menghina Nabi kita. Macam-macam perkara mereka lakukan untuk menguji kesabaran umat Islam. Lukis kartun, kutuk Baginda, dan macam-macam lagi.

Apakah salah Nabi kita kepada mereka? Apakah dosa Baginda sampai tergamak mereka menghina sebegitu rupa?

Tak cukup lagi tu. Agama Islam pun dijadikan modal membahan diorang. Ada je hukum hakam Islam yang diorang permainkan. Ada je percubaan nak bakar Al-Quran. Ada je cubaan nak letupkan Kaabah (mungkin ada).

Aku terjumpa satu blog. Blog ni sangat kurang ajar. Nak ke tak nak aku bagi link? Tak payahlah. Tapi terkejut jugaklah. Azan dikatakan seindah lagu Lady Gaga? Astaghfirullah...

Kami tak pernah nak buat segala perkara offensive terhadap agama kamu. Kenapa kamu bertindak sedemikian?

Moga Allah turunkan hidayah kepada manusia yang tersesat itu. :(

Haters

Assalamualaikum...

Iklan. 100 Plus ada buat contest. RM 50 setiap 10 minit. Kalau berminat sila ke halaman ini. Tak minat pun takpe. Aku tak paksa. Hehe...

************************************

Ni soalan mudah. Sila jawab dalam konteks seorang blogger.

Siapa ada haters?


Haters? Kata akarnya 'Hate'. Benci. Ni istilah femes dalam dunia blogger mahupun Facebook. Haters ni sekelompok manusia yang kerjanya tak de lain selain dari nak membenci perkara atau orang. Benda simple pun nak benci.

"Gedik betul awek penjaga gol Malaysia tu. Aku nak buat page anti dia lah"

"Artis ni pakai bikini kat Bali. Sundal betul! Kejap lagi aku nak buat page benci dia"

"Blogger ni sombong gile! Dah la entri sampah. Aku nak post entri kutuk dia"

Aiyoo... apa pasal sampai jadi ini macam??

Kenapa suka jadi haters?

Aku pun tak tahu. Ada je ketidakpuasan hati dalam diri seorang hater ni. Apa problemnya? Nak jugak aku jumpa beberapa haters ni. Tanya apa masalahnya. Hurm~

Apakah ciri-ciri seorang haters?

1) Kurang kasih sayang

Kesian mereka. Meh aku kasi kasih sayang sikit. Merana gamaknya. Macam orang haus tengah gurun Sahara. LOL.

2) Perlukan perhatian

Relate jugak dengan poin atas ni. Bila kurang kasih sayang, mereka perlukan perhatian untuk dapatkan kasih sayang. Saling berkaitan.

3) Allergik bila tengok orang lain famous.

Sikap Meleis. Oh. Ni pemahaman aku. Malays dengan Meleis berbeza. Malays tu orang Melayu dan Meleis tu orang Melayu dengan perangai lazim mereka. Tipikal. Contohnya suka dengki dengan bangsa sendiri, tak boleh tengok orang lain senang dan lain lain. Daa~ kelaut semua tu.

4) Pengecut
Ye. Pengecut. Hanya nampak ganas dengan carutan melalui laptop. Dikenali dengan gelaran "Keyboard Warrior" atau "Anonymous". Merupakan manusia paling hina dalam dunia blogger kerana bacul dan suka berselindung. Kalau kasarnya, sekiranya haters ni lelaki, orang akan cakap : tak de ko**k. Haha...

Untuk blogger, seharusnya korang bangga bila mempunyai haters. Banyak faedahnya. Apa dia? Antaranya:

1) Dapat trafik free
2) Korang lebih dikenali. Tambah-tambah lagi bila apa yang haters kutuk-kutuk pasal blog korang tu tak betul dan hanya bertujuan untuk menjatuhkan maruah dan hanya berunsur serangan peribadi. 
3) Dapat tengok lawak free. Sebab haters ni macam budak tak sekolah. Tah apa nak dikutuknya. Tak lebih dari carutan semata-mata. Kalau ayat tu ada 10 perkataan, adalah 7-8 perkataan mencarut. Kelakar
4) Dapat belajar mengenali jenis-jenis manusia di muka Bumi ni.
5) Paling penting, pahala free lah. Haha...

Bila aku nak ada haters ni? Haha... teringin nak tengok telatah manusia kurang kasih sayang ni. LOL.

Sunday, May 22, 2011

Al-Fatihah untuk mereka...

Assalamualaikum...

Minggu ni bagi aku minggu yang sangat muram. Kenapa? Minggu ni je aku dengar 3 berita berkaitan kematian. Memang muram. Al-Fatihah untuk mereka yang telah kembali ke Rahmatullah.

1) Pemilik blog Telordibasuh.blogspot (Abdul Hakim Bin Mohd Kamal)



(gambar diambil dari blog Telordibasuh.blogspot)

Inilah owner blog tersebut. Beliau telah meninggal pada 19 Mei 2011. Aku tak ingat pernah ke atau tak aku singgah ke blog beliau. Tapi aku sempat baca blognya sebelum semua entri dipadam secara kekal. Memang kelakar. Tapi siapa tahu ajalnya cepat sampai. Salam takziah dari aku untuk keluarganya.

*Jika pihak keluarganya terjumpa blog ni dan kurang senang sekiranya aku menggunakan gambar di atas, sila maklumkan. Aku akan buang. :)

2) Seniwati Mahyon Ismail


Aku suka tengok lakonan beliau. Selalu bawa watak ibu. Sejuk mata melihat lakonannya. Kalau tak silap dulu dia selalu jadi isteri A.Galak kalau berlakon. Sekarang ni jarang dah tengok dia di mana-mana drama. Tup tap semalam dengar berita dia dah kembali ke Rahmatullah. Oh, lupa. Beliau ni ibu kepada Faizal Hussein. Takziah.

3) Anak yatim tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Hulu Langat.

Ni pun berita yang menyedihkan. Seramai 24 orang termasuk anak yatim, warden dan kakitangan di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa tertimbus dalam kejadian tanah runtuh. Agak sadis berita ni. Dalam berita melaporkan ada 3 mangsa yang telah terkorban.

Memang minggu yang menyedihkan. Mari sama-sama sedekahkan Al-Fatihah moga-moga mereka yang telah kembali ke Rahmatullah aman dan tenang di alam barzakh.

~segera bertaubat sementara nyawa masih ada~

Saturday, May 21, 2011

Pasukan bola sepak Indonesia digantung FIFA

Assalamualaikum...

Sari berita Buletin Malam Buta bersama saya, Iqbal Zarin. (chewah...)

Seperti yang kita sedia maklum, pasukan bola sepak Indonesia teramatlah ganas. Mungkin terhadap Malaysia sahaja keganasannya. Lihat sahajalah apa yang berlaku semasa Piala AFF Suzuki 2010 yang berlangsung akhir 2010. Keganasan dan kebodohan penyokong-penyokong mereka yang sangat radikal (terutamanya bimbo terkenal, Julia Perez yang kononnya mahu pakai coli laser) mengancam nyawa pemain bola sepak Malaysia, terutamanya Safee Sali dan Khairul Fahmi Che Mat. Sampai terpaksa naik kereta kebal khabarnya. Namun semua itu terbalas apabila Malaysia berjaya menewaskan Indonesia dan membawa pulang piala itu. Khabar yang menyakitkan untuk Indonesia.

Info yang baru kami (?) terima ini bakal mengoyakkan lagi luka dalam Indonesia terhadap Malaysia khususnya. Khabarnya, pasukan bola sepak Indonesia bakal digantung dan dilarang menyertai sebarang perlawanan bertaraf antarabangsa selama 3 tahun. Walaubagaimanapun, pencarian teliti di internet tidak mengaitkan penggantungan itu dengan kes disiplin penyokong Indonesia. Isu sebenarnya mengenai tindakan Persatuan Bola Sepak Indonesia (PSSI) menghalang 4 calon daripada bertanding untuk pemilihan jawatan dalam persatuan itu pada 20 Mei nanti. (Agaknyalah)

Jika penggantungan itu bakal terjadi, maka mungkin ia satu khabar gembira buat penyokong Malaysia. Tiada lagi perlawanan yang bakal mengorbankan nyawa gara-gara sikap tidak profesional penyokong mereka. Dikhabarkan juga andainya perkara itu berlaku, maka kelibat mereka tidak akan kelihatan dalam perlawanan antarabangsa, termasuklah Piala AFF Suzuki 2012 dan Sukan Sea 2011 (yang kebetulan Indonesia jadi tuan rumah)

Sekian untuk Buletin Malam Buta.

Sumber: http://mforum1.cari.com.my/viewthread.php?tid=534449

~Padan muka. Buat jahat lagi~

Thursday, May 19, 2011

Misteri Spongebob Squarepants

Assalamualaikum...

Aku suka menonton Spongebob. Bila dah dialih bahasa ke bahasa Melayu, lagilah aku suka menontonnya. Haha...


Hari tu ada terbaca satu lawak mengenai kartun ni. Walaupun ianya sekadar jenaka ringan je, tapi kadang-kadang kita akan terfikir akan logiknya soalan itu. Jom cek apa soalan-soalan yang orang tanya:

Lelaki

Assalamualaikum...

Soalan ni bagi lelaki. Adakah anda cukup "jantan"?

Menurut pandangan aku, orang-orang akan memandang kelelakian seseorang berdasarkan perkara berikut. Ni pendapat peribadi aku je.

1) Tak boleh menangis.


Pantang kalau lelaki menangis. Sedih mana pun kau, jangan sesekali nak menitikkan air mata. Well, malulah kalau lelaki menangis. Tu kata orang. Salah ke? Menangis tu kan salah satu ciptaan ALLAH jugak. Nak menunjukkan bahawa lelaki pun ada perasaan.

2) Tak takut cedera.


Bring it on bebeh! Patah tulang ke, luka ke, perut kena rodok dengan pisau ke, leher kena sembelih dengan Mat Rempit ke, jangan takut! Tak "jantan" la kalau tak de luka-luka kat badan!! KEPALA HOTAK KAU. Nyawa nak melayang pun tak payah takut ke? Pahala kau dah banyak ke?

3) Payung adalah barang terlarang untuk lelaki.






Seorang lelaki tak memerlukan payung seumur hidupnya. Dan aku sebenarnya hidup di dalam dunia dimana payung itu adalah barang yang terlarang bagi seorang lelaki. Kalau cuaca panas terik, seorang lelaki dilarang menggunakannya kerana nanti akan timbul gosip-gosip liar yang mengatakan lelaki itu tak cukup "jantan" sebab tak tahan panas. Even hujan lebat sekali pun, payung masih menjadi barang larangan. Gosip-gosip liar tetap akan timbul. Pendek kata, kalau nak nampak "jantan", payung tidak seharusnya wujud dalam kamus hidup seorang lelaki.

4) Mesti simpan janggut

Kau tak de janggut. Jadi kau pondan!!! (Eh, kau kan gay. =_=!)
Tak tau sama ada ini trend atau lelaki sekarang mengikut sunnah Nabi. Ada ke sunnah Nabi pasal janggut ni? Tell me. Apapun, menyimpan janggut seciput ataupun janggut kambing kat dagu tu juga merupakan simbol kelelakian seorang lelaki. Tak de janggut, dapatlah gelaran "Adik-Adik", "Jambu", dan sebagainya walaupun muka tu tak lah sejambu mamat K-Pop. (Max 24/7 tak jambu hokay???)

5) Pandai main bola sepak atau ragbi.



Ni dua sukan yang seharusnya seorang lelaki tahu main dan tahu apa sahaja berita mengenainya. Seorang lelaki yang tak tahu apa-apa tentang sukan ni bukan sahaja berpotensi untuk digelar "lelaki lembut" bahkan bakal disisihkan rakan. Ni jadi kat aku. Siapa yang nak berborak pasal bola sepak dengan orang yang tak tahu apa-apapun pasal bola sepak? Bosan kan? Dan dulu masa kecik-kecik, musuh dunia akhirat aku kat kampung pun panggil aku pondan sebab aku kaki bangku dan tak meminati bola sepak. Tak pe la. Otak budak kecik memang retard. As for rugby, ada quote mengatakan "Rugby is a tough game played by gentlemen". Orang tough je lah main rugby ni. Aku tak cukup gentlemen. Zzzz...

As a conclusion, apa yang aku nak sampaikan sebenarnya simple je:

Kenapa perlu nak judge semua benda dan perkara di dunia ni sedangkan kita memang tak layak nak menilainya? Sama ada lelaki tu cukup "jantan" atau tak, apa hak kita nak menilainya? Kita hidup di Bumi yang sama. Hak milik ALLAH. Bukan hak milik kita pun. Siapa yang tentukan jika lelaki tu guna payung tengah panas maka dia dilabelkan sebagai lelaki lembut? Siapa yang cakap kalau lelaki menangis tu pondan? Hukum manakah yang kamu gunakan ni? Tuhankah kita ni?
~Aku muak dengan perangai manusia sebegini~

Wednesday, May 18, 2011

K-Pop tu berhantu tau tak?

Assalamualaikum...

Kepada peminat K-pop dan juga untuk Gula-Gula dan Max 24/7, hentikanlah mengagung-agungkan K-pop tu. Bukan apa. Aku risau kalau nyawa korang melayang sebab minat sangat. Tau tak setiap lagu K-pop tu berhantu? Cuba bayangkan kalau-kalau tengah dok melayan lagu SNSD tu tetiba je leher korang kena cekik dengan hantu. Tak ke kojol sia-sia je? Yang Gula-Gula pulak, fikir banyak kali sebelum nak debut. Tolonglah.

Tak nak percaya? Kata aku mengarut? Tengok sendirilah video kat bawah ni.

Sunday, May 15, 2011

Selamat Hari Guru

Assalamualaikum...

Esok (16 Mei 2011) merupakan Hari Guru. Hari yang sangat seronok disambut masa aku sekolah dulu. Masa tu kita akan kasi hadiah kepada guru-guru kita sebagai tanda penghargaan dan kasih sayang kita. Seronok pulak menyambutnya masa masih menyarung uniform sekolah dulu.

Apa yang tipikal semasa Hari Guru? Dari pandangan aku, semasa Hari Guru mesti akan ada acara-acara ini:

1) Perhimpunan rasmi
2) Bacaan ucapan Perdana Menteri, Bik Mama, Menteri Pelajaran, bla bla bla...
3) Upacara pemberian hadiah dan kad ucapan
4) Sukaneka antara guru-guru dan murid-murid
5) Bacaan puisi yang bermula dengan ayat klise "Guru, Kau umpama lilin..."
6) Perlawanan bola sepak antara guru-guru dan murid-murid
7) Nyanyian lagu "Kami Guru Malaysia"

Ada lagi? Haha...

Jadi, di kesempatan ini saya mahu mengucapkan selamat hari guru kepada guru-guru saya yang pernah mengajar saya di:

Tadika Kemas (1996)

Sekolah Kebangsaan Felda Mayam (1997-2002)

Sekolah Dato' Abdul Razak (2003-2007)

Kolej Matrikulasi Pahang (2008-2009)

Jasamu takkan ku lupa. Tanpamu, aku takkan kenal ABC dan 123. Hehe...

By the way, di kesempatan ini juga, aku nak bagi sedikit peringatan.

Kepada yang berkenaan, aku tahu mungkin korang ni ilmu agama lebih sikit dari orang lain. Tapi ada kelebihan ilmu agama tu bukan bermakna korang boleh membuat hukum hakam sesuka hati. Jadi tak payah struggle nak kaji mana-mana kitab-kitab hadis mahupun Al-Quran semata-mata korang nak bagitahu kat seluruh dunia bahawa Hari Guru haram disambut atas alasan ia berkaitan dengan upacara agama selain dari agama Islam.

Saja kasi highlight. Haha... Sekian untuk entri kali ini.

Orang famous yang tak pernah aku dengar berbahasa Melayu

Assalamualaikum...

Bahasa rasmi Malaysia ialah Bahasa Melayu. Kiranya semua rakyat Malaysia kena tahu berbahasa Melayu. Senang sikit nak berurusan nanti. Ataupun nanti korang join khidmat masyarakat kat kampung dimana kebanyakan makcik pakcik tak reti berbahasa Inggeris, jadi nak tak nak kena jugak berbahasa Melayu. Tak yah nak Amerika sangat la ye. Haha...

Ada jugak sesetengah tu yang tak pernah menggunakan bahasa Melayu dalam setiap perkara yang dia lalui. Ni yang bajet Amerika la tu padahal muka tu memang sah-sah Melayu tulen. Kalau kacuk tak pe jugak. LOL.

Sepanjang aku hidup ni, ada 3 orang famous kat Malaysia ni yang aku tak pernah dengar pun ayat-ayat bahasa Melayu keluar dari mulutnya. Siapa? Tengok bawah.

Tuesday, May 10, 2011

Penampilan pertama 24/7

Assalamualaikum...

K-Pop Malaysian version atau M-Pop terus menjadi hangat seketika ini dengan tertubuhnya grup ala-ala Super Junior dan SNSD di Malaysia. Yang lelaki namanya 24/7 tapi dah tukar nama jadi Max 24/7. Yang perempuan namanya Gula-Gula. Baru je nak menapak kat industri seni Malaysia tapi dah kena caci maki. Macam-macam la tohmahan yang dilemparkan sedangkan suara dan tarian pun kita belum tengok lagi. Bagus ke tak diorang ni? Entahlah.

Kalau nak tahu bagus ke tak, jom la kita ushar penampilan pertama 24/7 dengan menonton video di bawah:


Best tak? Hehe...

My komen? Video ni bakal mengulangi apa yang terjadi pada video lagu 'Friday' nyanyian Rebecca Black. Sila tengok kat Youtube. Berapa ramai yang dislike. Haha...

~Sebab diorang, aku terus loya tengok SNSD...~

Monday, May 9, 2011

"Infinity Downline Tipu" keyword popular di My Precious Blog

Assalamualaikum...

Saban hari aku cek Nuffnang. Bukan sebab duit. Gi mam la dengan duit. Malas aku peduli. Aku hanya cek berapa orang masuk lepas tu cek keyword popular.

Sepanjang bulan lepas, ni keyword popular di blog aku.



Damn. Gay mana pergi cari Arja Lee tu? Ciss...

Yang atas sekali tu. Infinity Downline Tipu. Femes rupanya. Aku pun cuba mencari kat Google.


Top search rupanya. Patutlah... Bangga kejap. Hehe...

Pendek kata, janganlah join mana-mana benda alah ni semua ye. Tak de guna pun. Lebih Baik usaha sendiri dapatkan duit tu. :)

Bizzare Food Slot 1

Assalamualaikum...

Seperti dijanjikan, aku mahu borak-borak pasal makanan pelik di serata dunia. Peringatan ye. Kalau rasa loya lepas baca ni, jangan salahkan aku. Pangkah awal-awal ye. Hehe...

Jom tengok.

1) Belalang goreng





Boleh dijumpai di Thailand. Actually, bukan belalang je. Banyak lagi serangga goreng yang boleh korang jumpa. Eh, kejap. Bukan ke belalang halal dimakan? So tak la bizzare sangat. Hehe...

2) Mata Tuna

Tuna Eyes. Photo credit - Altons Images & chloeandliah.

Boleh dijumpai kat Jepun. Terus aku teringat anime Yakitate Japan. Ok. Yang ni pelik. Orang suka makan mata ni mentah-mentah ataupun cicah kicap dengan bawang putih. Geli pulak aku tengok. Haha.

3) Otak kambing

Lamb's brains. Photo credit - The Rocketeer & QueenKv.

Dijual di India. Kembang tekak aku tengok. Makan otak-otak je yang aku mampu. Haha... Kalau tengok hidangan kat atas tu, diorang masak macam masak daging biasa. Sedap cicah dengan capati. (Mata ke atas. tangan ke dada)

4) Sup telur semut

White Ants Eggs Soup. Photo credit - Xose Castro & Marshall Astor.

Ada kat Thailand. Orang cakap jangan makan semut. Nanti jadi bengap. Haha...

5) Balut
Balut. Photo credit - Marshall Astor & Kerolic.


Dijumpai kat Filipina. Telur Itik yang hampir nak jadi anak itik. Ewww... muntah aku tengok. Camnalah orang Filipina boleh lalu makan benda ni.

Sumber: http://unearthingasia.com/feature-highlights/10-unusual-asian-delicacies/

Sikit-sikit dulu. Banyak lagi makanan pelik kat dunia ni. Selamat menjamu selera!!! (muntah sebaldi)

Slot My Precious Blog: Bizzare Food

Assalamualaikum...

Terasa nak bercerita mengenai sesuatu. Jadi aku rasa aku nak buat slot kat blog aku ni. Aku namakan slot sebab....... entah. Takkan nak panggil segmen pulak. Hehe...

So untuk minggu ni aku mahu bercerita mengenai makanan yang pelik. Yes. Pelik, jijik, yang akan membuatkan korang muntah-muntah bila melihat gambarnya. Haha!! So sila baca dengan penuh berhati-hati.

Banyak kan makanan pelik-pelik kat dunia ni. Contohnya kat Filipina, diorang ada Balut (if im not mistaken) iaitu telur yang lebih kurang 50% isinya ialah embrio anak ayam atau itik. Kat Indonesia, ada Tikus Goreng dengan Burger Ular. Yummy!! (Mata ke atas, Tangan ke dada). Sekadar contoh sahaja.


So aku mahu mulakan slot ni petang nanti, insyaALLAH.

~tidur sekejap~

Penghukum

Assalamualaikum...

Situasi: Budak Form 4 bawak bayi kecik pergi kedai.
Orang kita: Dasar betina sundal. Macam ni lah remaja sekarang. Tau nak beromen je.
Sebenarnya: Dia kena rogol dengan bapak tiri dia dan dia tak repot polis sebab dia takut rahsia dia terbongkar.

Situasi: Pak cik tua mengacau anak dara tengah jalan.
Orang kita: Gatalnya orang tua tu! Tak sedar diri!
Sebenarnya: Dia baru lepas kehilangan cucu yang dia sayang sangat-sangat akibat kemalangan jalan raya.

Situasi: Terlihat orang gemuk yang super duper gemuk.
Orang kita: Kalau tak jaga makan, jadilah gemuk macam tu.
Sebenarnya: Dia jadi macam tu sebab dia berpenyakit yang mengakibatkan berat badan dia naik mendadak.

Situasi: Budak-budak berkumpul depan Pavillion.
Orang kita: Lepak depan Pavillion konon. Nak orang cakap kau high class la tu.
Sebenanya: Tengah tunggu member kat situ nak pergi tempat lain.

Situasi: Blogger buat segmen.
Orang kita: Nak up trafik blog sendiri la tu. Gila publisiti punya orang.
Sebanarnya: Nak kenal rapat dengan blogger je.


...
...
...
...
...

Boleh tak jangan main cakap je? 
Boleh tak selidik dulu sebelum berkata-kata? 
Boleh tak jangan jadi Tuhan? 
Boleh tak jangan nak melabelkan orang? 
Boleh tak jangan jadi penghukum?

Tak boleh bro... tak menganjing orang sehari aku rasa gian la. Haha...

Situasi: Berhadapan dengan manusia kuat menganjing
Orang kita: Longkang betul mulut dia. Mak bapak tak ajar ke?
Sebenarnya: Mulut dia memang longkang pun!!

~Kalau menganjing orang lain tu dah jadi habit anda, jadi tak payah nak sentap sangat la kalau tiba-tiba orang lain menganjing anda ye. What you give, you get back.~

Thursday, May 5, 2011

Finale Wind Orchestra 2011: Tak dapat pergi... :(

Assalamualaikum...

Niat di hati dah berkobar-kobar nak tengok Finale Wind Orchestra tahun ni.

Namun apakan daya, diri ini terpaksa menjadi wali untuk majlis kahwin kakak aku di Johor. 

Jadi untuk tahun ni aku terpaksalah meninggalkan event gilang gemilang itu...

Hanya doa jelah aku kirimkan

Moga-moga SDAR juara tahun ini. Aminn...

Enjoy this video...



~sobs sobs sobs~

Wednesday, May 4, 2011

Duck Face

Assalamualaikum…

Duck face?

duck

Bukan ini. Tapi gambar bawah ni.

demotivational-poster-0kfwppgomy-DUCK-FACE

Bak kata gambar tu, now everybody can pull it off. Haha…

Comel sangat ke buat macam tu?

Alah, shayerw manerw chumel pown.. besew2 jewww

Palahot kau. Muntah aku tengok.Thumbs down

Tak payah perasan comel sangatlah ye. Terutama awek-awek kat luar sana tu ye. Anda hanya mengundang penyepak pelempang orang je nanti.

Snapshot_20110504

Ni sorang lagi ni. Bajet comel la buat duck face tu?? Korang kenal tak siapa ni? Kalau kenal habaq mai kat aku. Aku nak lempang beliau. Grr~

~jangan serang aku. haha~

Tuesday, May 3, 2011

Tuah hari ini: Menang rice cooker

Assalamualaikum...

Aku pergi ke Pusat Pengajian Umum (PPU) untuk cek jadual subjek shortsem aku. Tak tau pulak hari ni kebetulan PPU ada buat ekspo. Apa tah namanya. Aku dah lupa. Tapi ada banyak program yang dijalankan pada waktu tu. So lepas aku cek jadual, aku pun ushar apa yang berlaku di tempat tu.

Eh, lupa. Aku ke sana dengan kawan aku, juga seorang blogger yang semakin dikenali ramai. Rozuan a.k.a Pak Cek Biola. Hehe...

Monday, May 2, 2011

Kegilaan baru: English Series dan TVB drama

Assalamualaikum...

Merajuk dengan segala benda dari Korea. Semuanya sebab exam aritu susah. Grr... Merajuk sampai aku decide nak continue level 2. Hahaha~

Sekarang aku suka tengok English series. Aku layan semua. Tapi lebih kepada yang bercorak investigation. Err.. tolak tepi CSI walaupun ia jugak best. Haha...

Nak download direct macam susah je. Jadi nak tak nak kenalah aku mencari torrent. Lembab pun lembab lah. Janji dapat tengok. Haha...

My waiting list:

1) Bones


2) NCIS

3) Criminal Minds

Dalam 2 bulan shortsem ni memang takkan sempat la nak download semua. Haha... Jadi tengok yang mana sempat je.

Dan sekarang aku kembali minat tengok drama Hong Kong. Kat rumah hari tu aku tengok cerita ni:

Rosy Business

Dulu kat Astro On Demand. Kena beli kalau nak tengok. Lepas tu 8TV pulak tayangkan. Maka melekatlah aku depan TV tengok cerita ni.

Bila dah tak boleh nak online 24 jam, TV jadi pengganti. Hehe...

Degup Jantung

Related Posts with Thumbnails

Pengunjungku Dari Luar Negara

free counters
Web Analytics