expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Followers

Korang Yang Ke...

Wednesday, April 27, 2011

Reply comment blog

Assalamualaikum...

Aku bercuti seminggu. Ahad ni (1 Mei) nak check in semula untuk shortsem. Sekarang ni nak online atau update blog kenalah buat di waktu pagi. Petang-petang mahu berehat. Hehe...

Nak bercakap pasal reply comment kat blog. Ada yang menjadikan ia kayu pengukur untuk menilai sama ada blogger itu sombong atau tak. Maknanya kalau komen korang kat entri blog dia tu di'reply', maka dia dikatakan peramah. Sebaliknya berlaku kalau komen tak ada balasan.

Aku sombong. Haha~

Berharap sangat ye komen di'reply'. Tak reply, mulalah nak kata orang tu sombonglah, kekwatlah, etc. Haih..

Aku bagi analogi mudah untuk korang faham.

Blog yang tak berapa nak femes (macam aku.. :P) ni bolehlah disamakan situasinya macam kawan-kawan rapat datang beraya kat rumah korang. Dalam 3-4 orang macam tu. Jadi haruslah korang melayan mereka dengan baik sekali. Berbual-bual, soal jawab, dan sebagainya. Sebab nanti kalau tak layan, tak elok pulak.

Blog yang femes (Tak de contoh. Nanti ada yang butthurt) pulak macam korang mengadakan open house masa hari raya. Ramai orang datang. Tak terlayan korang. Nak jaga itu ini. Nak layan tetamu lagi. Penat.

Ada faham? Tetamu-tetamu itu samalah macam komen-komen korang dalam blog orang tu. Blog macam rumah. Tuan rumah macam tuan blog tu.

Kadang-kadang kena faham kenapa sesetengah blogger tak reply komen korang kat entri dia tu. Mungkin sebab dia femes sampai satu entri kadangkala 50++ komen masuk. Tak terlayan nak respon semua. Dan tak bermakna bila tak de respon maknanya dia tak baca komen korang. Kena faham sikit keadaan orang.

Kalau aku, aku akan reply semua komen-komen yang masuk. Sebab sikit je komen kadang-kadang. satu entri aku adalah 4-5 orang komen. So aku mampu lagi merespon komen tu. Kalau banyak sangat aku pun tak larat. Aku ni manusia, bukan robot. Boleh diprogramkan untuk respon semua komen.

Lagi satu, manusia ni lain-lain perangai. Susah dijangka. Sebab kita diberi akal fikiran. Sebab tu eloklah kita jangan buruk sangka dengan orang lain. Tak baik. Kalau tuan blog tak respon komen, tak payah nak cop dia sombong. Lainlah kalau memang korang tahu yang blogger tu sombongnya mengalahkan Fasha Sandha sampai gambar dia tak kasi orang lain guna. (Fasha Sandha tak melenting pun orang guna gambar dia sesuka hati. Luv u lah!! )

Pendek kata, tak perlu mengharap sangat yang komen korang tu direspon. Cukuplah sekadar letak komen tanda korang dah singgah blog dia. Kalau untung, dia masuk blog korang pulak. Hehe...

My 2 cent opinion. What's your opinion?

~kat rumah susah nak online.~

6 comments:

SiR FaiZaL SiR-raBut said...

sorry la uolsz tak reply ur komen.. non tahu reply ape uolsz~!

IQBAL ZARIN said...

x pe. i faham. hahaha

Anonymous said...

oh patutlah aku tak reply sangat komen orang. aku ni faymes rupanya.

hai mengantuknya la.

IQBAL ZARIN said...

lol lol lol

Unknown said...

setuju,ada org kata sy sombong,matilah nak reply setiap komen org,nak balas blogwalking semua yg post kat shoutbox,nak pergi semua blog kan,i ni student uols,bukan blogger full time,bek study untuk exam esok..haha..

themissingikmal said...

mcm mane nak reply kalo xde org komen? hahahaha

Degup Jantung

Related Posts with Thumbnails

Pengunjungku Dari Luar Negara

free counters
Web Analytics