expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

HeartBeat

Followers

Korang Yang Ke...

Friday, April 29, 2011

Keldai Dadah: Rakyat Malaysia Lurus Bendul

Assalamualaikum...

Tau tak apa tu keldai dadah?

Alah... Orang Malaysia yang kena tangkap kat luar negara pasal tuduhan seludup dadah. Tu la maksud keldai dadah ikut kefahaman aku.

Hari tu aku tengok Malaysia Hari Ini (MHI). Pagi-pagi tu adalah dia baca berita pasal 10 orang Malaysia kena tangkap kat New Zealand atas tuduhan seludup syabu. Lepas tu ada dia baca lagi ulasan pasal kes tu. Siapa tah cakap. Katanya orang Malaysia ni terlalu mudah percayakan orang luar. Tu punca ramainya keldai dadah kena tangkap.

Rakyat Malaysia ni memang baik. Tapi sesetengah tu terlebih baik sampai merana diri. Kalau kena tangkap kat Malaysia tak pe lagi. Sekurang-kurangnya diadili dengan undang-undang Malaysia. Kalau kena tangkap kat luar negara? Undang-undang Malaysia tak valid oi.

Kadangkala kesian bila tengok orang yang tak bersalah jadi mangsa. Kebanyakannya kena aniaya dengan setan. Manalah tau. So lain kali waspada ya bila berada kat negara orang lain. Kena berjaga-jaga. Manalah tau kot-kot ada je sesapa tah mintak korang bawak beg dia lalu kat tempat cek barang tu. Dangg.... Kantoi nanti, habislah. Dan kalau berjalan tengah-tengah orang ramai tu, poket baju, seluar, beg, dan apa-apa je barang yang terbuka kepunyaan korang tu tutup baik-baik. Nanti ada je orang selit barang-barang terlarang.

~Manusia ni lagi bahaya dari singa~

Wednesday, April 27, 2011

Reply comment blog

Assalamualaikum...

Aku bercuti seminggu. Ahad ni (1 Mei) nak check in semula untuk shortsem. Sekarang ni nak online atau update blog kenalah buat di waktu pagi. Petang-petang mahu berehat. Hehe...

Nak bercakap pasal reply comment kat blog. Ada yang menjadikan ia kayu pengukur untuk menilai sama ada blogger itu sombong atau tak. Maknanya kalau komen korang kat entri blog dia tu di'reply', maka dia dikatakan peramah. Sebaliknya berlaku kalau komen tak ada balasan.

Aku sombong. Haha~

Berharap sangat ye komen di'reply'. Tak reply, mulalah nak kata orang tu sombonglah, kekwatlah, etc. Haih..

Aku bagi analogi mudah untuk korang faham.

Blog yang tak berapa nak femes (macam aku.. :P) ni bolehlah disamakan situasinya macam kawan-kawan rapat datang beraya kat rumah korang. Dalam 3-4 orang macam tu. Jadi haruslah korang melayan mereka dengan baik sekali. Berbual-bual, soal jawab, dan sebagainya. Sebab nanti kalau tak layan, tak elok pulak.

Blog yang femes (Tak de contoh. Nanti ada yang butthurt) pulak macam korang mengadakan open house masa hari raya. Ramai orang datang. Tak terlayan korang. Nak jaga itu ini. Nak layan tetamu lagi. Penat.

Ada faham? Tetamu-tetamu itu samalah macam komen-komen korang dalam blog orang tu. Blog macam rumah. Tuan rumah macam tuan blog tu.

Kadang-kadang kena faham kenapa sesetengah blogger tak reply komen korang kat entri dia tu. Mungkin sebab dia femes sampai satu entri kadangkala 50++ komen masuk. Tak terlayan nak respon semua. Dan tak bermakna bila tak de respon maknanya dia tak baca komen korang. Kena faham sikit keadaan orang.

Kalau aku, aku akan reply semua komen-komen yang masuk. Sebab sikit je komen kadang-kadang. satu entri aku adalah 4-5 orang komen. So aku mampu lagi merespon komen tu. Kalau banyak sangat aku pun tak larat. Aku ni manusia, bukan robot. Boleh diprogramkan untuk respon semua komen.

Lagi satu, manusia ni lain-lain perangai. Susah dijangka. Sebab kita diberi akal fikiran. Sebab tu eloklah kita jangan buruk sangka dengan orang lain. Tak baik. Kalau tuan blog tak respon komen, tak payah nak cop dia sombong. Lainlah kalau memang korang tahu yang blogger tu sombongnya mengalahkan Fasha Sandha sampai gambar dia tak kasi orang lain guna. (Fasha Sandha tak melenting pun orang guna gambar dia sesuka hati. Luv u lah!! )

Pendek kata, tak perlu mengharap sangat yang komen korang tu direspon. Cukuplah sekadar letak komen tanda korang dah singgah blog dia. Kalau untung, dia masuk blog korang pulak. Hehe...

My 2 cent opinion. What's your opinion?

~kat rumah susah nak online.~

Saturday, April 23, 2011

Download dan upload speed: Malaysia lembab!!

Assalamualaikum…

Tak yah cakap banyak. Sila lihat gambar.

donlod uplod
LEMBABBB!!!

Tengok Malaysia nombor berapa?

Dan aku tak faham kenapa gov Malaysia ni masih sibuk dengan Menara Warisan, bangunkan industri kelab malam dan perjudian, dan yang terbaru, emel 1 Malaysia. Cubalah upgrade sikit kasi speed untuk download dan upload ni laju sikit. Emel 1Malaysia dan Menara Warisan memang membazir duit.

Aku selalu berharap Malaysia akan ada line internet macam line handphone. Maksud aku, kita tak perlukan berukband mahupun pemasangan modem macam WIMAX tu. Just on your laptop. Tu je. Tak de siapa yang nak bangunkan lagi. Aku rasa lagi berfaedah daripada emel 1Malaysia yang konfem orang tak suka.

~Nak pindah Korea lah macam ni. Download movie mesti 1 minit je kat sana~

Friday, April 22, 2011

Bila dah popular

Bila dah popular,
Baru cakap sepatah ramai yang melolong histeria gilakan kau

Bila dah popular,
Kau pakai baju koyak kat ketiak pun orang cakap itu trend terkini

Bila dah popular,
Jerawat tumbuh sebijik kat muka pun orang cakap kau hensem/cantik

Bila dah popular,
Kau derma seposen pun orang dah puji kau

Bila dah popular,
Hari ni buat akaun Twitter esok dah 5000++ follower kau

Bila dah popular,
Status Facebook : “hai…” ade 1000++ like dan 700++ komen

Bila dah popular,
Semua kau buat orang nak ikut… Open-mouthed smile

~Merepek je ni. Tak de maksud apa-apa pun~

Update blog dengan Windows Live Writer

Assalamualaikum…

Aku baru je habis jawab paper terakhir aku. Tengah susah hati ni. Huhu~ Moga Allah permudahkan pengembaraan aku kat UKM ni. Penat dah dapat pointer rendah. Crying face

Eh, ada smiley cute! Camne buat tu?

Semalam aku blogwalking. Singgah di blog Zamir. Ternampaklah entri beliau berkenaan menatang alah ni. Dia pun update dengan software ni. (Software ke apps?) Aku pulak suka download benda-benda menarik ni. Aku pun mencubanya.

So ni kiranya entri pertama aku dengan Windows Live Writer. So far aku belum nampak lagi kelebihannya berbanding update secara direct kat blogspot. Tapi aku jamin kerja update entri korang akan lebih mudah. Hehe…

Plus, boleh masukkan smiley comel. Macam ni: SmileOpen-mouthed smileSmile with tongue out dan sebagainya. Hehe… Aku kan suka benda comel.

Untuk sesiapa yang nak mencuba, bolehlah download kat sini –-> [LINK]

~Jeles betol masuk blog dia. Banyak sangat makanan. Haha~

Tuesday, April 19, 2011

Harga sebenar software

Assalamualaikum

Blogger sekalian, anda ada Photoshop kan? Tipulah kalau tak de. Haha... Software penting ni! Tak de Photoshop tak de la wujud banner yang lawa cantik ni. Aku jua ada photoshop tapi hanya mampu buat banner huduh macam kat atas ni ha. Huk huk~

Korang beli kat mana ea Photoshop?

HAHAHAHAHAHAHAHAHAHA!!
  
Sah-sah kena gelak kalau aku tanya macam ni. =_=!

Well, dunia dah canggih. Sekarang tak payah beli semua software ni. Dengan kewujudan crack, keygen dan patch, senang-senang je kita boleh guna software secara full version without time limit. Kan?

Tapi kalau korang ni pecinta barang-barang ori, dan tak mau guna semua tu secara haram, boleh lah beli yang ori punya. Tapi memang mahal. Nak tau mahalnya berapa ringgit? 

Cek gambar-gambar kat bawah ni ya. Harga sebenar software:

Rules di sekolah yang tak dipraktikkan di luar

Assalamualaikum...

Rules are made to be broken. Haha... Aku suka ayat ni even aku bukanlah jenis rulebreaker. Aku skema. Huk huk...

Banyak peraturan di sekolah menengah yang kita kena patuh. Kalau tinggal kat asrama lagilah banyak peraturan kena patuh. Orang yang mencipta peraturan tu berfikir dengan peraturan ni maka bebudak akan menjadi lenih baik bila dah besar. Ye ke? Teett... tak semestinya.

Dah berada di luar kawalan warden ni, memang tak ada satu pun yang kita akan buat. Even 5 tahun berasrama. Jom cek list peraturan yang digariskan kat sekolah aku dulu. Aku bagi contoh diri aku je.
  • All the time kena "tuck in" baju ke dalam seluar tak kira dimana berada.
    • Pergi kuliah pun selebet je sekarang ni.
  • Pergi masjid wajib berbaju Melayu dan berkain pelekat. Selain itu tidak dibenarkan
    • Ceh. Janji sopan dah lee.. Sekarang pakai t-shirt dengan jean je pergi solat Jumaat. 
  • Wajib berjemaah. Tidak dibenarkan solat didalam dorm.
    • Semua aku buat dalam bilik je sekarang ni.
  • Tidak dibenarkan berseluar pendek.
    • Balik rumah pun aku pakai short je. Panas tau?
  • Cadar kena tegang sentiasa
    • Cadar aku tak pernah tegang pun sekarang. Bangun je tidur, mandi, solat, keluar. Haha...
Apa lagi ha? Aku lupa dah. Tapi satu je yang aku sure. Bila kita di luar kawalan seseorang, suka hati lah nak buat apa pun kan?

Rules kat UKM tak ketat sangat. So far, enjoy jugak. Aku tak pernah lagi ada masalah dengan pakgad. Sebab aku tak de transport kot. Aku cuma kesian bila mendengarkan ada universiti yang peraturannya macam cilake.


Just imagine. Kau kena saman dengan pakgad sebab tak mematuhi etika berpakaian mahasiswa. Waktu kau kena saman, kau tengah sidai baju yang baru kau cuci kat ampaian. Hanya bersinglet dan bertuala. Logik tak?


Jadahnya nak sidai baju pun kena berkot berblazer dan berkasut kulit??? Palotak ang!!


Aku terinspirasi nak buat entri pasal rules ni dari blog ni. Buka mata, buka minda bila membacanya.

Monday, April 18, 2011

Cecah 200 akhirnya

Assalamualaikum...

Sila tengok gambar ni:


Cam kabur sikit. Kalau sudi klik la ye.

Akhirnya blog aku ada 200+ follower. Eh, bunyi macam aku ni pengamal ajaran sesat je. 200+ sahabat. Lagi elok maknanya. Terima kasih kepada yang sudi mengikuti perkembangan My Precious Blog. Dan kalau perasan, tengok pageviews tu. Cantik je nombornya. 11111. Haha~ Lagi sekali, terima kasih banyak-banyak.

Siapakah pengunjung blog aku ni yang menggenapkan bilangan 200 tu? Jom berkenalan dengan dia.


TADAA!!!

Nama dia kalau ikut link blog dia tu, namanya Dya Yusof. Nama penuh tak tau lagi. Sila-sila menjenguk blog dia. Klik je banner dia tu. Sama macam aku, banyak jugak cerita pasal minat dia, kisah dia, dan macam-macam lagi.

Jangan lupa follow dia kalau mahu. ^^

Ok. Mahu berehat. Malam ni aku akan update lagi.

Sunday, April 17, 2011

Khazinatul Asrar

Assalamualaikum...

Siapakah beliau?

Sesiapa yang pernah belajar kat Kolej Matrikulasi Pahang (KMPh) sesi 2008/2009 mesti kenal siapa dia. Seorang perempuan yang sangat menjaga kesucian dirinya sebagai wanita muslimah. Hehe...



By the way, Khazinatul Asrar merupakan watak fiksyen sahaja. Watak dalam novel Seindah Mawar Berduri karya Fatimah Syarha Mohd Noordin. Novel ni diedarkan secara bersiri setiap jumaat dalam buletin kat Surau Al-Muttaqin. Surau matrix aku la.

 Surau Al-Muttaqin, KMPh

Sebagai salah seorang ahli jawatankuasa surau tersebut (Padahal berapa kali je jemaah kat surau tu. LOL) dan aku dalam biro penerbitan, maka aku mendapat tiket untuk membaca novel tu sampai habis walaupun ia masih diterbitkan di surau. Targetnya bila pelajar sesi 2008/2009 habis belajar, novel tu pun habis la. Tapi aku dah habis baca sebelum tu. Haha..

Nak memperkenalkan sedikit sebanyak tentang Khazinatul Asrar. Dalam novel tu, dia merupakan student dari Fakulti Pengajian Islam, UKM. Degree apa aku dah lupa. Syariah kot. Juga salah seorang ahli perwakilan mahasiswa. (PMUKM lettewwwww). Ada seorang kawan bernama Hijriah. Ceritanya berkisar tentang seorang lelaki yang cuba nak memikat Khazinatul Asrar ni tapi oleh sebab kecintaan dia kepada ALLAH begitu kuat, tambah pulak dengan dia tak mau mengabaikan pelajarannya, maka dia tak melayan langsung lelaki tu. Dalam masa yang sama, kawan kepada Hijriah, seorang student medik, lelaki juga menaruh perasaan kat Asrar. Keluarga Asrar pula ada berjanji dengan keluarga kenalan rapat walidnya untuk mengahwinkan Asrar dengan anak lelakinya yang belajar di Jepun. Sebenarnya hati Asrar telah dipikat oleh Presiden Persatuan Mahasiswa UKM itu namun mereka akur bahawa couple itu perkara sia-sia. Apa yang berlaku seterusnya? *jeng jeng jeng~

Aigoo... 4 lelaki nak kat dia. Hot stuff... Tapi apa boleh buat. Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik.

Alang-alang kebetulan pulak aku dapat masuk UKM, ada jugak tercari-cari adakah wanita sesuci Khazinatul Asrar ni. Tak ada. Sebab watak Khazinatul Asrar ni terlalu perfect bagi aku. Penulis cerita ni buat watak dia seolah-olah Asrar seorang yang maksum. Tak pernah bercakap dengan lelaki kecuali bila perlu. Ada ke kat UKM ni wanita sebegitu? Tak jumpa lagi.

Kat manalah aku nak cari novel tu semula ye? Teringin nak baca. Hehe...

Rindunya nak menjenguk matrix...

Siapa yang teringin nak baca, pergilah Google. Aku baru cari dan jumpa novel tu. Boleh download. :D

Saturday, April 16, 2011

Astro? Tak berminat...

Assalamualaikum...

Maharaja Lawak tengah hot sekarang ni. By the way, i dont give a damn on it. Ada aku kesah? Muahaha.... Tapi ramai yang merungut bila Maharaja Lawak nak ditukarkan dari Astro Prima ke Astro Warna. Astro Warna tu kalau nak kenalah beli pakej Mustika. Pandai Astro cari duit.


Masa belajar Kemahiran Hidup dulu, ada belajar pasal keperluan dan kehendak.

 Nostalgik sungguh buku teks hitam ni...

Keperluan ialah benda yang kalau tak de memang tak boleh hidup macam rumah, pakaian, makanan, dan sebagainya. Kehendak ialah benda yang tak de pun tak pe. Ia bergantung pada situasi. kalau dulu handphone ialah kehendak. Tapi sekarang jadi keperluan. Tapi ia menjadi kehendak kalau korang menggatal nak beli Blackberry instead of CSL. Bahaha~

Astro? Bagi aku ia kehendak. Dan sampai bila-bilapun ia akan menjadi kehendak bagi aku. Tapi bagi orang lain, dah jadi keperluan. Boleh bayangkan kat kawasan kejiranan aku, semua jiran aku ada Astro. Rumah aku je tak de. Rumah dah besar gedabak tapi Astro pun tak de. Haha...

Siapa tak nak kan kalau kita boleh tengok 70++ channel instead of 6. Best gila. Tapi aku tak berminat. Kenapa?
  1. Bila hujan tak de siaran. Grr~
  2. Sekarang Astro Ria dan Astro Prima dah jadi macam Astro Aruna yang dah cancel tu. It was like 9 hours for Kejora dan Bintang yang ciplak bulat2 dari Brilliant Legacy (drama Korea). Aku tak bayar bil untuk melihat ulangan drama dari negara pendatang.
  3. Kegedikan melampau peserta-peserta Akademi FantaSIAL. Perempuan terutamanya.
  4. Suka ulang rancangan yang sama dari pagi sampai petang. Bila kau dah tengok rancangan waktu pagi, tak payah bukak TV petang hari.
  5. Kes Maharaja Lawak alih siaran ke Warna. Aku benci strategi tarik duit untuk orang beli pakej Mustika tu.
  6. Anything from Astro can be downloaded. Cakap kat aku apa point nak beli Astro kalau cerita-cerita yang ada kat Astro tu boleh didownload? Leverage season 3 tengah on air lagi kat AXN. Aku dah habis tengok.
  7. Of kos bil bulanan mahal. My emak tak mampu. Even aku kalau dah duduk sorang nanti pun fikir 2 kali nak beli piring Astro ke tak.
Pokoknya, Astro akan sentiasa menjadi kehendak untuk aku. Tapi sekarang piring Astro tu hanya sekadar lambang status kekayaan seseorang je. Astro hanyalah keperluan bagi Chinese and Indians sebab 6 channel yang boleh ditonton semua orang tu kurang program untuk mereka. Aku yang Melayu ni? Tengok 6 channel tu je jadilah.

Siapa yang tak ada Astro lagi? Sah-sah semua ada. Aku je tak de. Lalalala~

Friday, April 15, 2011

Menangis

Assalamualaikum...

Bila sakit, nangis. Bila kena maki, nangis. Bila sedih, nangis. Biasalah tu. Kurniaan agung ALLAH kepada makhlukNya. Terutama manusia. Kalau tak menangis, maknanya takde perasaan. Mustahil manusia tak ada perasaan. Tipu.

Ada khasiatnya bila menangis ni. Dulu aku ada terbaca dalam buku yang aku dah lupa tajuknya. Kebiasaannya bila menangis, lepas tu kita rasa lega kan? Itu sebab apabila kita mengalami sesuatu yang buruk, contohnya kematian seseorang, kita akan diselubungi dengan aura kesedihan. Aura ni buruk dan tak bagus untuk kesihatan. Jadi bila menangis, aura tu dikatakan keluar bersama dengan air mata tersebut. Sebab tu rasa lega.

Tapi kenapa aku tetiba cakap pasal menangis ni? Sebabnya....

AKU DAH TAK BOLEH MENANGIS

Pelik tak? Pelik laa... Tolonglaa kata pelik. Pleaseeee..... *gedik*

Orang "Normal" selalu berpujangga: "Nangis-nangis ni tak jantan la bro...". Wakluu... Well, itu namanya EGO. Dan aku dah tak boleh menangis bukan sebab ego. Aku tak tau kenapa. Mungkin sebab masa aku kanak-kanak lagi, aku selalu sangat menangis.

Budak ejek aku, nangis. Budak tak nak kawan dengan aku, nangis. Jadi "budak lengit" masa main cuit duduk, nangis. Banyak gila perkara yang buat aku nangis masa kecik. Boleh kata aku ni cengeng sebenarnya. Last aku menangis masa darjah 6. Malas nak ingat pasal apa. Yang pasti, bodohnya peristiwa tu. =_=!

Lepas last time tu, aku dah lama gila tak menangis. Even dalam kesakitan yang melampau pun aku tak nangis. Itu biasanya simbol kelakian la kan. Orang "Normal" pun ada cakap: "Kalau tergeliat tu biasalah. Tak laki la kalau tak tahan sakit". Blerghh~

Tapi kekadang tak best kalau tak nangis. Macam perasaan sedih tu mati dan tak wujud dalam diri. Feeling sedih tu ada sikit-sikit tapi tidak sampai nak menangis. Arwah abah aku dulu meninggal masa aku Form 5. Langsung aku tak menangis. Apatah lagi sedih. Ye aku tahu tak elok menangis untuk orang yang meninggal. Tapi tu abah aku. Aku pun tak tau kenapa aku tak rasa sedih langsung.

Sebab dulu aku dah banyak nangis jadi air mata aku dah kering?

Hell no! Menguap boleh pulak berjurai-jurai air mata. Aku tak suka betul menguap. Mesti keluar air mata. Keluar dalam keadaan yang tak sesuai. Grr~

Adakah nikmat menangis dah hilang dalam diri aku? Huwaaa.... (tak nangis pun...)

Peliklah. Pelik pelik pelik...

p/s: sebenarnya esok ulangtahun arwah abah aku pergi meninggalkan kami. Al-Fatihah untuk arwah Abah... :|

Wednesday, April 13, 2011

Perangai Arabians yang aku tak berkenan

Assalamualaikum...

Update khas dari Perpustakaan Tun Sri Lanang (PTSL) UKM. (Eceh). Tengah rest kepala otak yang baru je pulih dari dijahanamkan soalan statistik semalam. Ni nak kena digest bahasa Korea dengan grammar sekali. Harap-harap esok senang soalannya. Amin~

 Library terchenta... :P

Melainkan UiTM yang mana ia dikhaskan untuk bumiputera sahaja, universiti lain di Malaysia ni menerima pelajar asing untuk menyambung pelajaran di peringkat masing-masing. Jadi aku kadang-kadang ada feeling oversea sekejap. Haha~

(Update: Che Azuha cakap UiTM pun ada foreigners... o.0)

Manusia pelusuk dunia ni lain-lain perangai dan budayanya. Ada yang kita boleh terima dan ada yang kita tak boleh terima. Banyak sangat yang aku tak boleh terima bila aku bercakap pasal foreigners ni. Especially PAK ARAB dengan MAK ARAB. Sabar je lah.

Kalau ikut pengalaman aku, ada 3 perkara tentang mereka yang aku sangat-sangat benci. Kebanyakannya berlaku kat PTSL ni. Jom tengok:

(Update: Baru perasan ada 4 perkara sebenarnya. LOL)

1) Lepas guna toilet tak flush

Tak de siapa suka nak guna toilet yang tak flush ni. Tak guna betul. Ada berapa kali aku terkena dengan situasi ni. Kebanyakannya berlaku waktu aku solat kat surau PTSL ni. Bila waktu puncak, Zohor dan Asar kebiasaannya, toilet memang penuh digunakan. Kang tak buang habis tak khusyuk solat. Kenalah tunggu turn sekejap. Lepas guna toilet, wajiblah flush. Kes aku ni, Aku tunggu turn. Memang kebetulan Pak Arab yang guna dalam tu. Dia keluar, lepas tu biarkan toilet tu tak flush dengan air kencing die yang maha hancing tu. Aku ingatkan tangki flush tak berfungsi. Kalau tak berfungsi pun siram jelah. Tapi tangki flush tu elok. Tak guna punya Pak Arab. Ingat aku janitor kau ke? Kot-kot lah kat negara dia memang tugas orang yang menunggu turn guna toilet tu untuk flush. Tapi ni bukan negara kau. Nasib baik aku jenis tak suka kecoh.

Kalau tinggalkan Blackberry kat lubang jamban tu takpelah gak....

2) Bawak kereta macam samseng

Impak maksima uolsss

Basic knowledge of driving. Semua tahu kereta kat dunia ni ada 2 jenis. Yang driver seat belah kiri dengan driver seat belah kanan. Malaysia punya kereta driver seat belah kanan (ikut view dalam kereta). Pelik sikit lah sebab kebanyakan negara guna kereta driver seat belah kiri dan memandu kat lane belah kanan jalan. Kita memandu lane kiri. Oh, cukup explaination. Tak de kaitan pun dengan pengalaman aku. Pernah berlaku kat aku suatu hari masa nak ke kuliah. Fakulti aku dekat dengan PTSL ni, jadi aku sentiasa guna jalan dibawah PTSL ni dimana ia merupakan tempat parking. Aku nyaris dilanggar kereta yang dipandu Pak Arab ni. Aku tak faham. Tempat parking kereta tu boleh pulak dia pecut macam bawak kereta kat highway. Sipi-sipi je. Macam sempit sangat ruang untuk kereta lalu. Rasanya aku dah cukup ketepi dah untuk beri laluan kereta nak lalu. Grrr~

3) Buat bising kat library

Kena letak signboard Parsi baru faham gamaknya

PTSL memang sentiasa digunakan oleh mereka untuk study dan study group. Baguslah tu. Tapi mereka ni macam tak tahu yang PTSL (dan mana-mana library kat dunia ni) merupakan kawasan larangan untuk berbuat bising. Sangat terganggu okay. Aku study kat library sebab nak ketenangan tapi diorang bising macam tengah berdebat tapi slow sikit dari suara berdebat. Geram!!! Dan satu lagi insiden. Kat PTSL ni, handphone kena silent. Kalau tak nanti kena denda kalau berbunyi. Well, kalau kes terlupa nak silent tu tak kisah. Mak Arab yang duduk berhampiran dengan meja aku study ni tak reti-reti nak silent handphone dia. Bingit pulak tu. Annoying. Adakah tak tahu peraturan? Tau kot. Tapi library bukan tempat nak buat bising kan?

4) Suka rampas tempat duduk yang dah direserve.

Lobi PTSL merupakan tempat yang sangat hot. Bukan panas. Faham-faham la ye. Kalau nak dapat meja untuk study kat luar tu sangat susah. Belum lagi kes orang yang dah berumah kat situ. Longgok semua buku dia sampai berminggu-minggu tanda dia reserve meja tu. (Yang tu bukan Arabians punya kerja kot). Kalau dapat meja kosong bagaikan mendapat tuah. Aku pernah dapat beberapa kali meja kosong. Kalau nak guna lagi meja tu tapi kena tinggalkan sekejap, kita tinggalkan barang-barang kita. Pernah jadi kat aku, aku tinggalkan beg kat meja kosong sebab nak solat Zohor. Siap je solat, aku tengok meja aku reserve dah penuh diduduki mereka, the Arabians. Bengang. Aku terpaksa ambik beg aku dan blah. Mereka ni kadang-kadang tak faham langsung. Ada satu lagi kes lain, perkara yang sama jadi lagi. Sebab geram tapi masih terkawal, aku cakap baik-baik, "I reserve this table first. Could you find another table please?" . Finally aku dapat duduk. Grrr~

Habis sudah mengumpat. Finally, mereka harus diajar menghormati masyarakat tempatan. Ni bukan negara mereka.

~sambung stadi~

Tuesday, April 12, 2011

Masalah Blog

Assalamualaikum...

I love to hear other thoughts and opinion. So aku nak berbicara pasal masalah dengan blog. Well, kalau ada blog, mesti kita ada masalah kan.

Tapi aku tak nak cakap pasal HTML, templates, banners, or whatsoever. Sebab aku tak retilah nak cakap pasal menda-menda tu. Masalah blog yang aku nak habaq mai ni berkenaan dengan sikap seseorang terhadap blog.

Blog kita, adalah hak kita untuk 'memperkosa' rupa blog kita. (chewah ayat lucah!) kita nak letak apa pun suka hati kita lah. Nak letak lagu ke, nak letak widget banyak-banyak ke, nak letak iklan banyak-banyak ke, itu hak masing-masing. Kononnya nak meriah lagi blog tu. Biasanya blogger baru yang buat macam tu.

Kalau aku, tak kisah sangat pun. Dulu ya. Benci gila masuk blog ada lagu otomatik pastu tak boleh nak stop. Haha~ Apa susah. Mute je sound tu. So boleh je baca blog berkenaan dengan senyap.

Aku cukup tak faham bila ada je yang tak suka apa yang kita nak buat dengan blog kita, lepas tu buat satu entri mengutuk kat blog dia sendiri. Itu salah, ini salah. Semuanya tak senang kat mata dia. Cabut je lah mata tu.

Siapakah ANDA (yang rasa besar sangat kat dunia blog ni) untuk melarang mereka buat perkara tu? 

Kalau masuk blog orang tu lepas tu sakit hati, close je lah. Tak payah kot nak kutuk bagai nak rak. Taulah anda mungkin juara mengutuk membahan orang masa kat sekolah dulu. Dalam ni pun nak membahan jugak.

Cuba fikir sikit. Anda suatu ketika dulu pun blogger baru jugak. Semuanya bermula dengan zero dalam blog ni. And of course dalam benda lain pun kita semuanya bermula dengan kosong. Kita bukannya superhuman. Lahir je terus ada blog gempak, terus pandai photoshop. Adatlah kalau ada yang galak nak letak lagu ke, iklan ke, apa ke. Nak mencuba je. Life is a process of learning. (betul ke ayat aku ni??? lol)

Mempunyai sedikit kepandaian atau kerengsaan terhadap sesuatu perkara bukan lesen untuk kita mengeji. Apatah lagi untuk kita merasa sempurna. Mungkin ada yang tau manusia memang tak sempurna, tapi jangan nak jadi sempurna sangat dalam blog. Paling tepat, DALAM DUNIA SIBER.

Depan laptop korang, boleh la nak maki orang sesuka hati. Ye lah. Yang di maki tu pun bukannya depan mata korang pun.

Here is a guideline. Untuk orang yang suka mengutuk.
  1. Kalau korang masuk blog yang pasang lagu automatik lepas tu tak boleh stop, mute je.
  2. Kalau blog yang korang jengah tu berat nak loading, kalau ada kesabaran, tunggu. Kalau tak de, klik butang pangkah warna merah kat atas kiri tu. 
  3. Jangan nak jadi TUHAN sangat kat dunia siber ni. Ingat. Kita semua manusia. Tak ada yang sempurna.
  4. Jangan nak jadi KEYBOARD WARRIOR. Kalau rasa anu kau besar, pergi sound direct depan muka. Nak gaduh-depan laptop. BAPOK je buat macam tu. (Eh, bapok pun tak buat. Hina lagi keyboard warrior ni ye. Haha)
  5. Kalau mulut tu dah gatal sangat nak mengutuk, 
    • mengucap banyak-banyak
    • belajar bahasa Melayu semula untuk mengutuk cara berhemah dan sopan (tegur baik-baik kan boleh. Bukan tak boleh. Korang yang cabul sangat mulut tu)
Tiba-tiba aku fikir balik. Masalah blog ni, kat Malaysia je ada kan. Kes kutuk-kutuk sesama blogger ni belum pernah ada kat negara lain. Kalau ada cakap kat aku ye. Hehe~

Banyak je alternatif lain untuk tak buat dosa kering. Tak guna solat 5 waktu + solat sunat tapi masuk blog orang caci maki. Dosa kering terus cash in.

~sori emo. exam stat tadi menjahanamkan otak aku~

Saturday, April 9, 2011

Lokcing

Assalamualaikum...

Dalam blog semua sibuk nak bercerita pasal telur tiruan. Tak taulah sama ada niat mereka itu betul-betul nak beri kesedaran dekat warga Malaysia ataupun sekadar nak upkan trafik. Wallahua'lam. Tapi kalau dah hampir semua nak cerita pasal telur tiruan tu, apa maknanya? Sah-sah kau nak upkan trafik blog kau kan? Keji! Ahahaha....

Okeh. Berbalik pada tajuk entri aku.

Lokcing. Apekebenda tah aku pun tak tau. Maka aku mulakan pencarian google. Dan aku menemuinya. Blogwalking banyak blog yang stori pasal lokcing. Lokcing tu rupa-rupanya sejenis satay dari bebola ikan.

Kredit kat tulisblog.com

Famous kat Kelantan katanya. 

Tapi kenapa aku sibuk nak mencari pasal lokcing ni? Begini ceritanya.

Menurut page Makanan Dan Minuman Yang Dicemari Kesucian Untuk Umat Islam kat Facebook, bahan utama untuk membuat lokcing ni bukanlah ikan sebenarnya. Kalau bukan ikan, apa?

Kenapa namanya lokCING????

Menurut page tu jugak, katanya ramuan utama untuk menghasilkan lokcing ialah daging kucing.

kucing
Kucing
KUCING
KUCING
KUCING??? 

Miaooo~

Takkanlah. Rakyat Malaysia ni bukannya macam Indonesia tu. Tikus pun dia goreng. Ular pun buat jadi burger. 

Atau juga sebenarnya betul lokcing yang dari Kelantan tu memang dibuat dari ikan. Tak tahulah.

Ataupun info dari page tu (klik link tu untuk maklumat lanjut) tipu je?

Entahlah. Sesiapa yang tau tu bolehlah share ye. Food lovers macam aku ni nak jugak try makan tapi kalau dah eksotik sangat bahannya, muntahlah aku. Hehehe~

~Damn, tak stadi lagi~

Friday, April 8, 2011

Rhymes

Assalamualaikum...

A B C
Cekodok basi
Bangun pagi tak gosok gigi
Pergi sekolah cikgu benci
Balik rumah bunuh diri
Pergi hosiptal
Hospital tutup
Panggil bomoh
Bomoh kentut!

*Hidup orang yang malas gosok gigi memang malang...*

Ola Oli
Kuberi nama
Saudara saudari
Cikebung cikebung

Putih putih melati Ali Baba
Merah-Merah menyala riau-riau
Rambut kusut 
Perut buncit
Siapa lambat jadi anak patung!

*ni lagu masa main cuit patung*

Tu tuu tuuu tuuuu.... TUNANG~
Ka Kaa Kaaa Kaaaa.... KAWEN~

*ni gunanya masa nak tunjuk sesuatu yang tak de pun kat situ*

Apa boleh buat
Tahi kambing bulat
Boleh buat ubat/cokelat
Seposen empat

*sekarang gula-gula nak dapat seposen dua pun susah*

Tak nak kawan sudah
Bini kau Doyah Gayah
Teteknya sebelah!

*Tak nak kawan tu dah la. Pahal nak main bini-bini pulak?*


Ni merupakan contoh-contoh lagu masa zaman kecik dulu. Selalu kami nyanyi masa main permainan atau dalam situasi lain. Best je masa tu.

Korang ada favourite and famous rhymes tak masa masih jadi budak hingusan??

Miserable life

Kaki krem 20 minit masa tidur

Laptop rosak

Duit tak de

Assignment tak buat langsung




Terasa hari ni jahanam je hidup aku.

Nak nanges. Sila jangan pelik. Aku nak lepas tension.

HUWAAAAAA!!!!!!

Degup Jantung

Related Posts with Thumbnails

Pengunjungku Dari Luar Negara

free counters
Web Analytics