expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

HeartBeat

Followers

Korang Yang Ke...

Thursday, March 31, 2011

Isu hari ini ialah..... tengok kat belah kiri ruangan about.

Assalamualaikum...

Stress la. Aku kena buang kolej sebab tak aktif kolej. Wat de hel? Ah, malas nak komen panjang. Nanti kena hentam. Mencik!!!

Ok. Berbalik pada isu hari ini. Dah tengok ruangan about tu? Tapi oleh sebab ia bakal bertukar nanti, meh aku copy paste supaya korg memahami apa yang aku nak sampaikan.

"Seorang yang sukakan Korea namun masih tidak melupakan asal usul dirinya yang masih Melayu. Buktinya, tidak mengharap dan berhajat supaya dapat isteri dari korea sepertimana awek2 gedickksss mengharap dapat suami dari Korea. HAHAHAHA LOL."

Ada faham makcik-makcik semua?

Yes. Aku memang gila dengan Korea. Suka tengok drama, suka dengar kpop, suka makan kimchi (padahal baru sekali rasa), even belajar bahasa korea lagi kat UKM ni.

 Sebab nak pikat Yuri. LOL

Tapi sejauh mana pun aku minat negara orang, budaya orang, aku tak lupa yang aku ni Melayu. Aku tak pernah nak cuba transform diri aku ni jadi macam mamat Korea. Sampai susah payah nak berhabis duit beli outfit, aksesori, buat rambut, sebab nak jadi macam orang Korea. Ohhh.... that's not Iqbal Zarin.

Alahh... kau tu miskin sebenarnya. Kalau kau kaya mesti kau pun nak try buat kan?

Bongok.

Ok. Kita beri penekanan kat ayat yang aku highlited tu.

Tak salah kita nak berangan. Aku pun ada berangan nak pikat Yuri tu. Hehe... ^^ tapi kita kenalah pijak di bumi yang nyata ni ye MAKCIK-MAKCIK sekalian. Eh, kenapa caps lock?

Ohh... Saja. Ni khas untuk awek-awek gedik kat luar sana yang gelabah nak cari laki dari Korea tu.

Yes. Aku ada berangan jugak. Tapi angan-angan tu hanya angan-angan je lah. Sebab memang takkan dapat pun. Kalau dapat pun, tanggungjawab besar pulak nak bawak dia masuk ISLAM. Kan? *Yuri ni suke makan babi. Kalau aku jd suami dia, agak-agak dia nak tinggalkan makan babi tak? :P

Masalah kat sini bila ada orang (awek especially) yang aku tak tau nak cakap macammana dah. Fanatik gila kat Korea, sampai profile picture nak letak artis lelaki Kpop Super Junior, MBLAQ, 2PM, (yang aku kenal je.) Siap caption gambar "suami idamanku...". Bak kata AnwarHadi, EWWWWWW....

Sampai satu tahap, eager sangat nak cari laki dari Korea sampai sanggup memandang rendah kat lelaki bangsa sendiri. Try tengok sket gambar ni. Ambik dari blog Faiz Tapit.








Ni lah tulisan bitch2 gedik. Eh, taipan. Bukan Taipan USJ. Lalala~

Beragak sikit kau nak kutuk-kutuk lelaki Melayu ni. Orang Korea pun tak hadap nak tengok bitch macam mereka ni.

Aku dah tak tau nak kata apa dah kat golongan bitch-gedik-gelabah-nak-laki-Korea-jadi-suami ni. Cuma ingat sikit. Jangan nak benci-benci sangatlah. Last-last kau kahwin dengan lelaki Melayu jugak. Yang keparat, yang pendek, yang tak gentle tu jugak jadi suami korang nanti. So pandai-pandai la fikir.


Apa pandapat anda?

Saturday, March 26, 2011

Ranking SPM SBP dan MRSM 2010

Assalamualaikum...

Saja nak share. Jom tengok ranking SPM 2010 untuk kategori SBP.

1 SM SAINS TUANKU MUNAWIR           0.8931
2 SBP INTEGRASI GOMBAK                   1.1425
3 KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH     1.1450
4 SM SAINS ALAM SHAH                       1.2403
5 SEKOLAH TUN FATIMAH                     1.2837
6 SBP INTEGRASI RAWANG                 1.3408
7 SM SAINS KUALA TERENGGANU         1.3638
8 SM SAINS SERI PUTERI   1.4223
9 SM SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA   1.4415
10 SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH   1.5026
11 SM SAINS SULTAN ISKANDAR   1.5322
12 SM SAINS MUAR   1.5361
13 SBP INTEGRASI JEMPOL   1.5429
14 SM SAINS KUALA SELANGOR   1.5612
15 SBP INTEGRASI SABAK BERNAM   1.6081
16 THE MALAY COLLEGE KUALA KANGSAR   1.6257
17 SEKOLAH DATO` ABDUL RAZAK 1.6884
18 SM SAINS HULU SELANGOR 1.6907
19 SBP INTEGRASI TEMERLOH 1.7073
20 SM SAINS MUZAFFAR SYAH   1.7079
21 SM SAINS JOHOR 1.7483
22 SM AGAMA PERSEKUTUAN LABU 1.7595
23 SM SAINS TENGKU ABDULLAH 1.7656
24 SM SAINS SELANGOR 1.8433
25 KOLEJ TUNKU KURSHIAH 1.8439
26 SEKOLAH SERI PUTERI 1.8475
27 SM SAINS KUCHING   1.8585
28 SM AGAMA PERSEKUTUAN KAJANG 1.8662
29 SBP INTEGRASI KUBANG PASU 1.8702
30 SBP INTEGRASI TUN ABDUL RAZAK 1.881
31 SBP INTEGRASI SELANDAR 1.9021
32 SBP INTEGRASI GOPENG 1.9412
33 SM SAINS KOTA TINGGI 1.9496
34 SM SAINS TUANKU SYED PUTRA 1.9625
35 SEKOLAH TUANKU ABDUL RAHMAN  2.0082
36 SM SULTAN ABDUL HALIM 2.0381
37 SM SAINS DUNGUN 2.1042
38 SM SAINS BAGAN DATOH 2.1256
39 SBP INTEGRASI KUANTAN 2.1612
40 SM SAINS SABAH 2.1704
41 SM SAINS KEPALA BATAS 2.1892
42 SEKOLAH SAINS SULTAN HAJI AHMAD SHAH 2.2107
43 SM SAINS RAJA TUN AZLAN SHAH 2.213
44 SM SAINS TUANKU JA`AFAR 2.231
45 SM SAINS TELUK INTAN 2.249
46 SM SAINS SULTAN MAHMUD 2.2513
47 SM SAINS SULTAN HJ AHMAD SHAH 2.254
48 SM SAINS SULTAN MOHAMMAD JIWA 2.291
49 SM SAINS POKOK SENA 2.3001
50 SM SAINS TUN SYED SHEH SHAHABUDIN 2.3114
51 SM SAINS LABUAN 2.3266
52 SM SAINS MIRI 2.3266
53 SM SAINS MACHANG 2.3315
54 SM SAINS KUBANG PASU 2.4137
55 SM SAINS LAHAD DATU 2.4497
56 SM SAINS PASIR PUTEH 2.4997 

Sekolahku ranking no 17. Menaik. Alhamdulillah.... Tahniah.

Ni untuk MRSM. Tak de gred purata sekolah. Ranking je.
  1. Pengkalan Chepa
  2. Tun Ghafar Baba
  3. Taiping
  4. Langkawi
  5. Kuala Kubu Bharu
  6. Kubang Pasu
  7. Kuala Berang
  8. Alor Gajah
  9. Kuala Terengganu
  10. Serting
  11. Pengkalan Hulu
  12. Tawau
  13. Kuching
  14. Kepala Batas
  15. Muadzam Shah
  16. Merbok
  17. Kota Putra
  18. Pasir Salak
  19. Pontian
  20. Kuala Lipis
  21. Terendak
  22. Kota kinabalu
  23. PDRM Kulim
  24. Kuantan
  25. Lenggong
  26. Batu Pahat
  27. Besut
  28. Gemencheh
  29. Jeli
  30. Beseri
  31. Bentong
  32. Balik Pulau
  33. Pendang
  34. Mersing
  35. Muar
  36. Kuala krai
  37. Betong
  38. Transkrian
sumber ranking MRSM: http://beliamuda.com/2011/03/ranking-mrsm-untuk-keputusan-spm-2010/

Durian

Assalamualaikum...






Aku assume sekarang ni musim durian. Sebab kat news feed facebook aku ni ramai sangat yang nak balik rumah sebab nak melantak durian sampai panas badan. Hahaha~

Setahu aku, sebagai seorang anak Malaysia, dan anak jati Pahang pulak tu, durian adalah satu kemestian. Maksudnya, kenalah suka makan durian. Ye dok?

TAPI AKU TAK SUKA DURIAN!!!!!!!!!!!!!

Jangan marah ye peminat durian... Dah aku tak suka nak buat lagu mana....

Aku tak tau dari bahagian mana aku mewarisi kebencian terhadap durian ni. Adakah dari bahagian arwah abah aku atau mak aku. Tapi famili aku semuanya suka durian. Aku je yang tak suka. Bila musim, selalu abah aku pungut durian belakang rumah. Selalu ada lah dapat dalam 5-6 biji. Dan berfiesta durianlah seluruh famili aku. Aku dok depan tv tengok hindustan sambil menutup hidung sebab baunya sangat meloyakan tekak aku. (konon-kononnya fiesta tu berlangsung hari sabtu petang..)

Orang yang makan durian ni aku layan macam orang hisap rokok. Aku tak suka bau mulut orang hisap rokok. Dan aku tak suka juga orang mulut bau durian. Muntah. Tangan pun dah tengik bau durian. Kakak aku yang tau aku tak suka durian lagi mau tonyoh tangan yang pekat bau durian tu kat muke aku. Damn...

ko bajet omputeh abess.... omputeh pun suka durian...

Diamlah!

Aku juga tak boleh nak makan makanan yang ada unsur durian. Lempuk, bubur jagung atau kacang tambah isi durian, dan sebagainya akan aku tolak tepi.

Bukannya tak boleh makan langsung. Aku cuba nak jadi hantu durian. Haha~ tapi perkara macam ni bukannya boleh dipaksa-paksa kan. Terpaksa aku terima hakikat yang aku tak suka durian.

Tapi, sedar tak sedar durian memang masuk dalam mulut aku melalui ini:


 
 
Patin masak tempoyak. Pergh.... See? I'm still anak jati Pahang. Hehe~ Tak boleh tahan woo.... Mau 5 pinggan nasi aku melantak. Haha~

Korang ada yang tak suka durian? Mesti sikit je yang tak suka. Rare betullah manusia yang tak suka durian ni kan? Hehe~

Wednesday, March 23, 2011

Tahniah bebudak SPM 2010

Assalamualaikum...

Hari ni (23/03/2011) keluar result...


Mesti ramai yang dah ambik...


Masa tengok tu, mesti macam-reaksi ada.

Ada yang...



Ada juga yang...


Yang tak boleh blah, ada juga yang...


Haha~

Yang berjaya, teruskan kecemerlangan dang jangan nak hanyut sangat dengan result SPM. Berbelas-belas A itu bukan bermakna korang dah pandai. Mungkin jugak sebab korang hanyut dengan kemanisan ni, korang lingkup masa kat universiti. Tak kiralah kat Malaysia atau oversea pun.

Yang hancuss result SPM dia, ni quote dari beliau yang mungkin boleh jadi pemangkin semangat...


I failed in some subjects in exam, but my friend passed in all. Now he is an engineer in Microsoft and I am the owner of Microsoft.
-Bill Gates- 

Apa-apapun result korang, yang penting jangan lupa...


Lepas ni pandai-pandai la korang plan nak ambik course ape kat universiti nanti. NI ingatan ikhlas dari aku:

Kat dunia ni banyak dah course ditawarkan. Jadi jangan limitkan kepala hotak korang seolah-olah kat dunia ni hanya ada course ini je yang ditawarkan...


Lepas tu tak dapat 2 course tu terus nak motong getah belakang rumah (tau la getah mahal sekarang. chait!)

Rezeki ada di mana-mana. Itu je nak cakap. Hehe~

Tahniah kepada semua, terutamanya adik-adik kat SDAR. Hopefully ranking SDAR naik tahun ni ye! :D

~alamak... da lewat nak pergi kelas~

Monday, March 21, 2011

Nikmat yang ditarik

Suka sangat tengok porn
Kalau buta nanti
Baru gelabah nak baca Quran



Suka sangat dengar lagu syaitan System Of A Down
Dah pekak nanti
Baru nak dengar nasyid



Suka sangat mencarut
Bila bisu nanti
Nak cakap Assalamualaikum pun susah


Suka sangat tunjuk jari tengah kat orang
Kalau kudung nanti
Nak pegang pensel pun susah


Suka sangat pijak kucing sampai mampus
Kalau kudung nanti
Nak pergi masjid pun menyusahkan orang



Suka sangat melancap
Bila mandul nanti
Padan muka bini kau mintak cerai



Suka sangat fikir benda jahat
Bila dah tak berfungsi lagi
Dah tak guna hidup

Sekian untuk peringatan bersama dan juga peringatan untuk diri sendiri. Assalamualaikum~

~mata satu tu bukan freemason~

Wednesday, March 16, 2011

Rest in peace, my Nokia 5800

Assalamualaikum...

Apa rasanya bila korang tak guna handphone? Ataupun pada zaman canggih ni korang tak memiliki handphone? even Nokia 3310 pun tak de.

Haru biru kan life korang?

Adehh~ Senang cakap, Nokia 5800 aku rosak. Skrin crack. Berjalur-jalur jadinya.




Lebih kurang macam tu lah keadaannya.

Lose contact sekarang. Dah la tengah tak de duit. Nak call orang pun susah. *nanges.

Wahai pembaca blog aku (kalau ada). Aku nak tanya korang la. Boleh repair tak hpon aku kalau dah jadi macam tu? Berapa range harganya kalau repair? Do help me pleasee....

Lepas ni aku nak cari 3310 je. Baling kat anjing pun mati anjing tu.

Friday, March 11, 2011

Erti nombor 2 di Google

Assalamualaikum...

Kembali update. Sewel sebab assignment membuatkan aku nak mencoretkan sesuatu di blog ni. Janji nak update lepas final aku mungkiri. Ciss~

Serabut seyh.

Sekarang aku tengah menyiapkan assignment investment aku. Aku perlukan data tentang cuti umum Malaysia dari tahun 2008 sampai 2010. Berzaman tu. Nak cari senang je sekarang ni. Pak Cik Google kan ada. Jadi aku pun mulalah menaip keyword.

"2100 malaysia holiday"

Damn. Typo.

Butang 'Backspace' ditekan sampai no 2. Sampai nombor 2 tu, aku perasan sesuatu dan terus terkeluar ayat WTF.

Apekahhh???

Sunday, March 6, 2011

Berhenti seketika

Assalamualaikum...

Sekarang dah bulan Mac. Sebulan lagi nak mula dah final exam untuk sesi ni. Rasa macam baru semalam 2011 menjenguk kita.

Oleh sebab itu, buat masa ni aku nak berhenti seketika dari berblogging (dan facebook, insyaALLAH). Aku perlu up kan semula pointer yang dah sipi2 je menghampiri syarat untuk di buang universiti. Dan juga untuk mengelakkan segala perbuatan aku dirumah yang tidak menyenangkan mak aku dikaitkan dengan pointer aku. ARGH~

So, lepas final,insyaALLAH aku kembali. Annyeonggi gashipshiyo~

Tuesday, March 1, 2011

Anjing yang hanjing

Assalamualaikum...

Kembali untuk mencoret sedikit kisah hidup di blog yang biasa-biasa ni. Sedikit tips. Kalau nak dikenali sebagai blogger, rajin-rajinlah join any segmen ye. Boleh kumpul kawan. Err, jika anda taraf blogger sampah, bukan je aku tak galakkan join, malah KAU LEBIH BAIK JANGAN BERBLOGGING! Ahaha...

Dah merepek. Back to the topic.

Degup Jantung

Related Posts with Thumbnails

Pengunjungku Dari Luar Negara

free counters
Web Analytics