expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Followers

Korang Yang Ke...

Tuesday, February 15, 2011

Zaman sekolah menengah..

Assalamualaikum...

Meroyan nak hapdet blog malam ni. Hehe...

Sekarang ni aku aktif bertwitter. (nak follow, sila cari nama EKEBAL). Seronok pulak. Hehe~ Dalam twitter ada status dengan hashtag. Tak tau apakah itu. Sila google sendiri. Paling menarik perhatian, status dengan hashtag #MemoriAsrama. Seronok membacanya.

Tetiba terkenang memori asrama aku. Hehe~


Ehem. Sedikit pengenalan. Start Tingkatan Satu sampai Tingkatan Lima, aku melanjutkan pelajaran di sebuah sekolah berasrama penuh yang sangat gah binaannya. Diberi nama Sekolah Dato Abdul Razak (SDAR). Sekolah semua budak laki. Juga memberi banyak kenangan manis. Hehe.


Hampir 4 tahun meninggalkan sekolah ni. Rindu dengan banyak perkara. Perkara yang paling diingati aku sampai sekarang. Sila-silalah lihat dibawah apa yang aku rindu sangat tu...

1) Caklempong

Ini ialah aktiviti pertama yang aku involve sejak mula pijak kaki kat tanah Sungai Gadut tu. Menghilangkan homesick di dada. Memang tak sangka penglibatan suka-suka semasa orientasi ni berkekalan sampai aku habis Tingkatan 5. Seronok. Macam-macam aktiviti aku join. Dapat invitation main masa kenduri kahwin orang pun ada. Kadang-kadang, kalau ada lawatan dari mana-mana sekolah lain atau delegasi luar, kamilah yang sambut. Berkolaborasi dengan geng silat gayung. Lagi best, dapat skip kelas pagi. Seronok bila dapat masuk kelas lambat sikit. Event paling besar ialah membuat persembahan semasa Debat Piala Perdana Menteri tahun 2006. Most enjoyable moment ever.

Masa dinner akhir tahun 2007. Tahun persaraan aku. Sobs~ 

2) Nasi Goreng Warden

Ini juga adalah perkara yang amat aku rindui. Ini juga aku kenal masa Tingkatan Satu. Masa dulu, aku join orkestra sekolah. Oleh sebab kami berlatih kadangkala sampai 2 pagi, maka masa tu bekalan nasi goreng warden ini boleh dikatakan berterusan setiap hari, dan free. Masa tu masih dalam pengenalan jadi harganya amat murah. RM 1.50 kalau tak silap. Isinya, nasi goreng dengan ayam goreng seketul beserta sambal. Yang kasi kick kepada kesedapan nasi goreng ni ialah sambalnya. Oh, nama menu ni sebegitu rupa kerana isteri warden yang memasaknya dan dijual. Oleh kerana kesedapannya dan permintaan yang makin tinggi, maka harga juga semakin meningkat by the time aku meningkat umur. Masa Tingkatan 5, harganya ialah RM3.50 (aku dah lupa). Tapi berbaloi kerana kuantiti juga meningkat seiring dengan harga. Bila menu di dining (kalau sekolah lain sebut DM) tak menepati selera aku, aku belilah sebungkus. 

3) Suka Add Math, Benci Biologi

Orang yang terpaksa mengambil Add Math oleh kerana ia default, bukan option pasti membenci subjek ini. Susah katanya. Tapi inilah yang aku minat gila masa belajar. Soalan yang challenging, ibarat menyelesaikan puzzle. 

Mimpi indah aku

Hey. Aku belajar dalam English. Bukan Bahasa Melayu. Aku antara batch Tikus Putih dalam lab tu. Demyu PPSMI.

Boleh dikatakan Add Math akan aku siapkan dahulu sebelum kerja lain. Hehe

Oh, kalau itu mimpi indah, ni pulak mimpi ngeri aku. Biology. 

Tak suka!! >.

Orang lain suka, aku pulak tak suka. Aku sangat bebal dalam subjek ni. Seriously. Aku tak pernah dapat atas dari gred C6 setiap kali exam. Fail tak pernah pulak. Subjek yang perlukan penghafalan. Aku tak suka menghafal. Adeh. Plus aku bukan nak jadi doktor pun. Sebab tu aku tak minat langsung dengan Biology. (cikgu-cikgu biologi jangan sentap ea...)

4) Prep Malam

Suasana prep malam juga mampu membuatkan aku rindu. Biasanya semua tak dibenarkan berada di blok asrama pada waktu malam selepas maghrib. Waktu prep ni biasanya digunakan untuk membuat ulangkaji mahupun kerja sekolah yang banyak. Tak ketinggalan juga aktiviti-aktiviti lain seperti borak-borak, main sesuatu macam main kad ke (ada ke? lupa) baca novel, dan sebagainya. Miss that moment!

5) Outing time

Siapa yang tak suka outing, aku sula dia. Haha~ Outing ni kira macam kita beru je dibebaskan dari penjara. Eh, duduk SBP memang macam penjara pun. Hehe~ Tempat tumpuan untuk outing. Mana lagi.

Miss that DIGI ads..

Sini jugak tempat aku nak balik rumah. Tapi nak cerita pasal outing dulu. Sinilah tempat nak online. Masa tu gila main friendster. Dah la outing jarang-jarang. Kadang-kadang 2 bulan sekali je. Friendster memang lama tak bukak. Jadi sekali sekala outing dapat jugak online. Sini juga tempat aku main game. Dulu gila main game Naruto. Dapat peluang, main sampai 2 jam. Masyuk. Sampai sakit jari. Sini juga tempat beli stok makun (istilah budak SDAR untuk makanan). Terminal One ni memang kenangan terbesar jugak buat aku. Rindu nak pergi sana. 

Begitulah sedikit sebanyak memori pelajar SBP macam aku. Eh, jangan pulak expect aku nak cerita pasal main kejar-kejar dengan warden la, ponteng kelas la, panjat tangki air la, atau sebagainya. Aku tak tergolong dalam kalangan itu. Hehehe~ aku ni baik. Tak langgar peraturan sekolah.

Dah lewat malam. Akun da mengantuk. kot-kot boleh mimpi balik SDAR ni masyuk jugak. Hahaha~

No comments:

Degup Jantung

Related Posts with Thumbnails

Pengunjungku Dari Luar Negara

free counters
Web Analytics