expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

HeartBeat

Followers

Korang Yang Ke...

Wednesday, September 29, 2010

Aku dapat RM300 sehari? Betul! Ini cerita tipu!

Assalamualaikum.

Sentap seketika. Rasa nak gelak pun ada. Mintak izin gelak terbahak-bahak kejap.

HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA!!!!

Nak tau kenapa?

Meh aku stori.

Awal tahun ni, aku nak beranakkan duit aku. So aku join lah bisnes yang dipanggil INFINITY DOWNLINE. Juga dikenali sebagai BUKAK FACEBOOK DAPAT RM100. Dengan harapan dapat lah pulangan yang lumayan macam orang lain dapat. Tapi dah lama aku join, haram aku tak dapat duit langsung. Huh. sudahnya aku stop. Biarkan je. Dengan fatwa lagi yang mengatakan infinity downline tu haram sebab banyak keraguan, terus aku stop. Tak buat dah.

Dan hari ni, aku terjumpa blog yang masih promote bisnes ni. Sebenarnya saja bosan-bosan aku taip la nama aku kat google. Dan aku sangat terkejutlah bila dapat tau search resultnya.


Kalau nak lagi besar klik gambar tu.


Wah. Try baca ayat tu.

"Iqbal Zarin, Pelajar UKM telah dapat RM300 pada hari pertama dia sertai..."

Kejadahnye? Kalau nak tau, awal tahun ni jugak aku hilang RM300 lepas join amende tah masa ada event kat DECTAR. Hahahaha... sakit perut aku nak gelak weh. Serius. Aku tak dapat pun RM300 masa 1st aku join. Tipu ni.

"...Dia telah dapat RM800 dalam masa 5 hari sahaja..."

Auta semua ni! Haha... Ya Allah... Kok ye pon kau nak tipu orang lain janganlah guna nama aku hoi. Faktanya, 5 hari aku join langsung aku tak dapat apa-apa pun. Haa...


Suka hati kau ye ambik gambar aku tanpa kebenaran. Aku nak saman kau boleh tak?


Haish. Semua yang dia gebang dalam blog dia tu tipu belaka. Aku join tak ada untung. Habis cerita. Yang lagi tambah tak berkenannya, Boleh pulak publish gambar aku. Wei. Aku tak suke tipu orang wei. Beragak lah aku dapat RM300 sekali join. kalau ye, aku dah pos kat mak aku dah duit untung aku tu. Apadaa~

Kalau admin blog itu ada baca blog ni, so ini aku tujukan khas untuk dia:

TOLONG KELUARKAN SEGALA FAKTA TIPU BERKENAAN INFINITY DOWNLINE NI DARI BLOG ANDA YA. SAYA TAK SUKA AWAK AMBIL GAMBAR SAYA TANPA KEBENARAN SAYA LEPAS TU AWAK REKA CERITA YANG SAYA DAPAT RM800 DALAM 5 HARI. KALAU AWAK NAK MAKAN REZEKI HALAL, TOLONG BERHENTI MENIPU ORANG LAIN DAN JANGAN LIBATKAN SAYA DALAM TAKTIK BUSUK AWAK NI. DAN SAYA DAH LAMA STOP BISNES LOGON DAPAT DUIT NI. PLEASE BUAT SECEPAT MUNGKIN SEBELUM SAYA AMBIL TINDAKAN UNDANG-UNDANG TERHADAP AWAK. MUNGKIN SAYA AKAN ADUKAN KEPADA SKMM ATAS SEBAB AWAK MENCABULI HAK PERIBADI SAYA.

Marah pun marah jugak. tapi kelakar jugak bila nak menipu orang lain untuk join bisnes dia. Haha...

ni blog propa penipu dari dia: http://duitdarifb.blogspot.com

~nak duit, usaha lah bhai. bukan join benda syubhah macam ni~

Wednesday, September 22, 2010

SOA

Assalamualaikum dan selamat hari raya aidilfitri untuk semua.

Apa tu SOA? SOA tu akronim untuk SOCIETY OF ACTUARY. Tapi kat UKM ni, aku mengenalinya sbg special exam yang perlu diambil oleh student aktuari untuk bergelar Qualified Actuary (Q.A). Sebelum tu, since aku terlihat ade yang masuk blog aku sebab nak tengok pasal aktuari tapi blog aku ni pasal hidup aku je. So aku sharelah sikit apa itu aktuari. Untuk lebih info, klik sini.

What is an Actuary?

An actuary is a business professional who analyzes the financial consequences of risk. Actuaries use mathematics, statistics and financial theory to study uncertain future events, especially those of concern to insurance and pension programs. They evaluate the likelihood of those events, design creative ways to reduce the likelihood and decrease the impact of adverse events that actually do occur.

Actuaries are an important part of the management team of the companies that employ them. Their work requires a combination of strong analytical skills, business knowledge and understanding of human behavior to design and manage programs that control risk.

SOA members work in life insurance, retirement systems, health benefit systems, financial and investment management and other emerging areas of practice. The majority of actuaries work within the insurance industry, although a growing number of actuaries work in other fields.

Ada faham? Ini bukan kos marine biology ok? Ingat. Aktuari bukan akuarium, ikan, laut, dan sebagainya. Dush!!

Berbalik kepada exam, dari official website ni kata ada 5 exam yang perlu diambil. Cuma tak taulah perlu ambil semua exam tu untuk jadi Q.A. Ni listnya:
  1. P (Probability)
  2. FM (Finance Mathematics)
  3. M (Models). Ada 2: MFE (Financial Economics) dan MLC (Life Contigencies)
  4. C (Construction and Evaluations of Actuarial Models)
Nak diikutkan, aku perlu ambil at least P dan FM sebelum habis tempoh 3 tahun aku belajar. But money is the problem now. Untuk Exam P sahaja, RM500 (Selepas diskaun. Diskaun sebab masih belajar lagi. Kalau dah kerja mungkin lebih mahal lagi ). Tak mampu. Dah lah PTPTN aku sikit je dapat. Nanti-nanti lah aku ambil.

Ada orang yang dah pass kelima-lima exam diatas. Dan dia hanya mengambil masa 2 tahun je untuk dia pass semua itu. And that person is not Malay. My Malay batch, baru ada sorang yang baru je pass exam P dan seorang fail. While the other Malays (termasuk aku) tak pernah ambil lagi.

Exam ni sangat-sangat susah. So preparation awal adalah sangat penting. Lagipun yuran dah mahal. So kalau fail sebab tak study, memang sia-sia duit ko terbang macam tu je.

Oh, lupa. Setahu aku, hanya ada 4 IPTA di Malaysia yang ada kos aktuari. UKM (tempat aku), UM, UITM, dan USIM. IPTS aku tak tau lagi.

Harap-harap info aku ni berguna untuk org yg jenguk blog aku ni.

~petang ni midsem~

Monday, September 6, 2010

Ramadhan 2 zaman

Assalamualaikum.

Sempat update kejap. Beberapa jam lagi nak mid sem. Harap hayatinya.


Ramadhan satu nasib tak serupa
Peluangnya sama natijah berbeza

Ramadhan mereka gemilang cemerlang
Mukmin berjasa di awal zaman
Ramadhan kami malam terbuang
Muslim berdosa di akhir zaman

Mereka gembira kerana kedatanganmu
Kami gembira dengan pemergianmu
Malam mereka meriah disimbah nur Al-Quran
Tapi malam kami muram bertemu dengkur

Mereka berlumba mengejar makrufat
Tapi kami lesu diburu nafsu
Hati mereka bercahaya digilap takwa
Jiwa kami gelap didera dosa

Takbir mereka takbir kemenangan
Hadiah mujahadah sebulan Ramadhan
Takbir kami lesu tak bermaya
Tanda kalah lemah tak berdaya
Puasa sekadar lapar dan dahaga

Harap hayati dan fikirkan bersama.

~selamat hari raya~

Degup Jantung

Related Posts with Thumbnails

Pengunjungku Dari Luar Negara

free counters
Web Analytics