expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Followers

Korang Yang Ke...

Wednesday, September 3, 2008

Blog aku ni bukan blog ilmiah

Rujuk kembali post aku yg bertajuk "Nak balik dah!!".

Aku mendapat komen dari seorang hamba Allah yang mengupas tentang tajuk yang aku utarakan. Menarik katenye. I don' know. Tapi ape yang dikomennye langsung x berkaitan dengan ape yang aku taipkn kat post tu. Die menceritakan kepada aku pasal kematian. Sblum lebih lanjut, terima kasih kerana tazkirah ringkas itu wahai hamba Allah. Tapi aku lebih tertarik dengan ayat lastnye yang berbunyi seperti berikut:

"dalam merapu pun mesti ade hikmah..."

Actually, memang aku saje-saje merapu kerana aku bukanlah nak menjadikan blog aku ini blog ilmiah. Aku hanye mahu berkongsi cerita sahaja. Dan aku x mahu serius sangat jika nak dibandingkan dengan hamba Allah punye blog ini yang terlalu serius. Ya, hidup ini pun kadangkala kene serius. Aku tau. tapi di dalam blog aku ni aku x mau la nak jadi serius. Dan merapu aku itu memang tak ade hikmah pun melainkan aku nakkan ade hikmah dalam merapu itu. Terus terang aku agak kecik hati bile bace komen itu. Tapi aku x boleh nak marah lebih lanjut memandangkan ilmu agamanya yang lebih tinggi berbanding aku. Ajak berdebat pun memang aku kalah. Lagipun Imam Hassan Al-Banna pernah cakap (kalau aku x silap) berdebat hanya membawa banyak keburukan dari kebaikan. Jadi aku mengalah aje la.

Bagi hamba Allah itu, sekali lagi saya berterima kasih atas komentar bernas anda itu. Minta maaf sekiranya saya telah menghalang anda daripada menuai pahala dengan memberi tazkirah secara percuma. Cuma saya mahu memberi penjelasan tentang tema blog saya. Selamat berpuasa

Wassalam...

4 comments:

kembara_1990 said...

hahahaha lek sudah... kate hamba allah tu bdk BADAR biasela... hahahaha aku (anti-BADAR) jahat sial...

Wak Dol said...

As-salamu 'alaykum warahmatullahi wabarakatuh saudara Iqbal. Sebenarnya walaupun perkara yang terdahulu saya sebutkan melalui komentar itu kedengaran serius, sebenarnya saya cuma berbicara dengan spontan. Atas kelemahan diri saya, tak sedar pula saudara mengambil serius akan komentar tersebut. Al-hamdu lillahilladi anzala 'ala 'abdiHil-kitaba walam yaj'al lahu 'iwaja. Syukur rasanya kerana saudara telah mengambil pedoman daripada kata-kata tersebut. Tetapi, saya berasa khuatir pula di sini kerana saudara menyatakan peri kecilnya hati saudara akan komentar saya itu. Maklumlah, saya ini sudahlah kurang 'ilmu dan da'if pula iman, tetapi berkata itu-ini berkenaan hal orang lain. Subhanallahi wabihamdiHi nashadu an la ilaha illa Huwa nastaghfiruHu wanatubu ilayH. Saya memohon kemaafan daripada saudara. Semoga Allah memberi Petunjuk kepada saya, saudara, dan kita semua. Dirgahayu cinta mengusap roh kita.

IQBAL ZARIN said...

Maaf la kalau komen saya agak kasar sedikit. Memang agak kecil hati sebenarnya tapi x lame pun. Tapi x mengapa. Lagipun manusia memang kene selalu diingatkan sebelum mereka menyimpang jauh. Saya maafkan.

xy bundle said...

hahaha... mcm2 hal..

Degup Jantung

Related Posts with Thumbnails

Pengunjungku Dari Luar Negara

free counters
Web Analytics