expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

HeartBeat

Followers

Korang Yang Ke...

Wednesday, December 17, 2008

Surat dari penjaga makam Nabi Muhammad (S.A.W) tu betul ke???

Assalamualaikum...

Gosh!! Aku terlalu sibuk semenjak 2 menjak ni sampai x de mase nak update blog aku. Post pasal dinner aku pon tergantung g2 je. Ni aku mencuri masa sikit. Lagipun kelas BI x de tyme ni. Hehehe...

Btw, aku nak serius sket lah. Kalau korang tgh baca post aku ni kan, korang pernah x dpt forward msg kat friendster @ myspace @ etc pasal surat dari penjaga makam Nabi Muhammad (S.A.W) ? Kalau pernah, ade something yang menarik untuk dikongsikan. Paper pn, korang bace dlu msg itu:

ini adalah benar...
sila baca sehingga habis...
dan tlg sebarkan kepada seberapa byk org Islamyg boleh...

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh ini adalah surat wasiat daripenjaga makam Nabi Muhammad SAW iaitu Sheikh Ahmad Maeine (Saudi Arabia).pada suatu malam ketika membaca Al-Quran di makam Rasulullah SAW. selepasmembaca lalu hamba tertidur, dalam tidur hamba bermimpi didatangi Rasulullah SAWlalu bersabda kepada hamba, dalam 60 000 orang yang meninggal dunia di zaman initiada seorang pun yang matinya dalam keadaan beriman.

(a)isteri tidak mendengar kata suami.
(b)orang kaya tidak lagi bertimbang rasa.
(c)orang tidak lagi berzakat dan tidak membuat kebajikan.

Oleh itu wahai Sheikh Ahmad, hendaklah kamu menyedarkan kepada orang Islamini supaya membuat kebajikan,kerana hari penghabisan(Qiamat) akan tiba di manabintang akan terbit dari langit, sesudah itu matahari akan turun di atas kepala.

PESANAN HAMBA INI

(a) berselawat - untuk junjungan Nabi kita Muhammad SAW.
(b) bertaubatlah - dengan segera sementara Pintu Taubat masih terbuka.
(c) Bersembahyanglah
(d) berzakat - jangan ditinggalkan.
(e) Menunaikan Fardhu haji - bila berkemampuan.
(f) Jangan menderhaka kepada kedua ibu bapa.

UNTUK MAKLUMAN

1. seorang saudagar dari bombay telah menerima surat ini danbeliau telah mencatak sebanyak 20 salinan dan mengirimkan kepada orang lain, diakemudiannya dianugerahi Allah dengan mendapat keuntungan yang besar dalamperniagaannya.
2. seorang hamba Allah telah menerima surat ini tetapi tidakmengendahkannya dan menganggap wasiat ini palsu, maka selang beberapa hari kemudian anaknya meninggal dunia.
3.Pada tahun 1977 Tun Dato Mustapha bekas Ketua Menteri Sabah menerimawasiat ini kemudian mengarahkan setiausahanya mencetak sebanyak 20 salinan danmenghantarnya kepada orang lain, maka selang beberapa hari kemudian dia telahmendapat hadiah dari kebajikan masyarakat di malaysia timur.
4. tan sri ghazali jawi, bekas menteri besar perak secara tidak langsungdipecat dari jawatannya kerana apabila beliau menerima wasiat ini beliau terlupamencetak 20 salinan untuk disebarkan kepada orang lain tetapi beliau telahmenyedari kesilapannya lalu beliau mencetak semula wasiat ini dan mengirimkannyakepada orang lain, beberapa hari kemudian beliau telah dilantik menteri KabinetPerdana Menteri.
5. Zulfikar Ali Bhuno telah menerima surat wasiat ini dan tidak percayaakan kebenarannya juga menganggap palsu lalu membuangnya ke dalam tong sampah.seminggu kemudian beliau telah dijatuhkan hukuman pancung sampai mati.
6. di Terengganu, seorang pekerja bengkel kenderaan telah menerima wasiatini dari pengirim yang tidak dikenali yang datangnya dari Perak lalu beliaumembuat sebanyak 20 salinan seperti yang dituntut. Alhamdulillah diadianugerahkan oleh Allah seorang gadis berakhlak mulia seperti yang dituntutoleh Islam. baginya anugerah ini paling agung dan tidak ada tandingannya.
7. Di Terengganu juga, seorang hamba Allah telah menerima surat ini dariorang yang tidak dikenali tetapi beliau tidak mengendahkannya dengan mengatakanianya bohong belaka dan sengaja mengada-adakan untuk menakutkan orang yangmembacanya. Beberapa hari kemudian dia telah mendapat penyakit ganjil danpenderitaanya amat menyedihkan. setelah tiga minggu mendapat rawatan rapi dihospital, penyatkitnya sukar juga diubati oleh doktor. Akhirnya beliau teringatakan wasiat ini dan mengedarkannya kepada orang lain. Semingu kemudian barulahbeliau beransur sembuh sehingga sekarang.

Banyak lagi contoh-contoh orang yang menerima wasiat ini tetapi tidakmempercayainya dan tidak mengedarkannya atau menyampaikan kepada orang lain.dimana mereka mendapat malapetaka. setelah kejadian yang menggembirakan danmenyakinkan ini anda jangan lupa menyampaikan 20 salinan wasiat dalam masa 96jam dari masa anda menerimanya. InsyaAllah anda akan memperolehi sesuatu dariYANG MAHA KUASA dengan penuh keyakinan pasti ia akan menerangi hidup anda dengannikmat kebahagiaan hidup. INSYAALLAH.PERHATIAN setelah membaca wasiat ini hendaklah ditulis atau dicetakdan disampaikan kepda orang lain sebanyak 20 salinan. sekiranya telah dilakukan anda akan dianugerahkan sesuatu nikmat atau hajat anda akan dikabulkan olehALLah.kata sheikh ahmad lagi. jika apa yang hamba katakan ini tidak benar,biarlah hamba mati dalam kekufuran dan hamba tidak mendapat perlindungan dansyafaat Rasulullah SAW naaauzubillah. oleh itu hendaklah ditulis atau dicetakdan disampaikan kepada orang lain. insyaAllah dalam masa 2 minggu andaakan berolah kebahagiaan dan ingatlah lakukan ini dengan hati yang ikhlas danjanganlah diabaikan atau dibiarkan TLG SEBAR KAN KPD UMAT ISLAM....SEBAR KAN 20WASIAT NI KPD UMAT ISLAM... "TOLONGLAH BERTAUBAT WAHAI UMAT ISLAM DISELURUHDUNIA...

Hm...

Sekali tengok mcm betul kan? Tapi percaya x kalau aku cakap yang msg berantai nie sbnrnye paderi kristian yang tulis??? X caye??? Bace fakta dibawah:

Majlis Fatwa Kebangsaan 1978 mengesahkan surat ini ditulis oleh paderi-paderi biara Blessings of St Antonio, Texas, USA pada tahun 1974/75 untuk mengelirukan umat Islam. Penulis asal surat ini ialah mendiang Father Francis Jose de Villa, seorang paderi Katolik dari Argentina berketurunan Arab-Syria (bekas penganut Islam, nama asalnya Mohamed Elias Skanbeg). Dia pernah bertugas di Instituto Sacristo Convocione Reliogioso di Brindisi, Itali sebagai mubaligh Katolik antara tahun 1966-1968di bawah Cardinal Agostino Casaroli. Father de Villa meninggal dunia pada tahun 1980 di Texas dalam usia 54 tahun.

X nak caye lagi?? Terpulanglah. Ni sedikit sahaja facts yang aku peroleh. Aku taip post ni pun sebab aku dapat lagi msg ni untuk kesekian kalinya (banyak kali gak la). Yang latest drpd Hadi bezict. Mungkin die x tau. X pe la. Aku harap die bace post aku ni. Pada sesiapa yang dah tau, bleh abaikan post aku ni.

Nak tau lebih lanjut, jenguk2lah blog ni : http://intersaberbadar.blogspot.com

~Allah Maha Kuasa. X perlu surat berantai kalau Allah nakkan sesuatu terjadi~

Thursday, December 11, 2008

My Dinner

Seperti yg dijanjikan, aku nk stori pasal dinner aku pada hari Ahad, 30 November 2008. (Lusanya dpt result exam...)


Dinner ni sebenarnya lebih kpd exam dimana kami pelajar sains fizikal yang dah amek Dinamika Kemahiran semester lepas akan diuji sejauh mana adab kami ketika di meja makan. Aku menanti saat ini kerana aku bleh la makan puas2. Tapi 1 je yg aku pikir.


Kenyang ke kalau terlalu menjaga adab sangat???


Hahaha...


Jadi pada malam itu aku bersiap sehensem mungkin walaupun aku x hensem mane. Kakaka... Tapi bergaya jugak la ngan kasut baru, jam baru, hpon baru... Eh. Hpon pinjam org punye. Nk amek gambar. Mekasih Syaafiq, penaja hpon aku untuk 1 malam.


Malam tu aku diberitahu menu makakan kami pd malam 2 ialah menu masakan cina. Aku dah berangan dapat makan dim sum, sarang burung, bakuteh... Eh. Bakuteh 2 haram la. Sori2... Sampai je dewan, agak kechiwa bila tgk menunya...



  • Nasi goreng cina
  • Sayur sawi (masak ape tah)
  • Udang masak masam manis
  • Bergedel
  • Wantan goreng
  • Sagu gula melaka
  • Jus oren

Paper pun, bukan x bersyukur. Haha.. aku kenyang gile malam tu. Yg penting, aku pakai chopstick. Kakaka.... x la pandai sgt.

~nanti aku sambung~

Saturday, December 6, 2008

Selamat Hari Raya Haji!!!

Terkejut tatkala musuh aku (dulu kwn baik) view page friendster aku. Ape die nak?? Buat aku sakit hati?? Wei... jgn mimpi lah.

Kembali ke niat asal...

Semalam baru pulang ke rumah. Cuti aku sampai selasa je. Esok kakakku pula pulang. Meriahnye rumah!! Aku rindu anak2 buah aku yg comel tp quite nakal. Hahaha.... byk tgk shin chan la ni. Danish da umur 4 thn skrg. N sorang lg bru lahir. Rayyan namenye. Kakak aku ni terpengaruh tgk cter Bella la ni. Hahaha... Comel!!! X sabar tgu anda sumer balik esok.

Cuti ni bercadang untuk menghabiskan cerita ini:



Sassy Girl Chun Hyang
Gokusen

Chun Hyang n Yankumi. Diorang COMEL!!!! Mesti habiskan tgk cter ni kalau ade mase.

Next Target:

Hello My Lady

Yoo Rin (true name - Lee Da Hae) berlakon cter ni!!! Mesti tgk!!!

Aku dah jadi cam un. Addicted to korean drama. Tapi yg lawak2 je. Serius2 aku x suke. Byk lagi cter2 korea yg aku blom tgk. Akan ku cari hingga ke lobang chaching!!! (bm lame la plak...)

Nak wish jugak...

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA!!!

~dulu pnah berangan nk stdi kat Korea~

Wednesday, December 3, 2008

Perkara penting

X penting mane pun. Saje nak gabrakan anda. Hahaha....

Neway, I have sumthin 2 tell you guyz...

Menjawab Soalan Un

Tq Un sebab komen post aku pasal result PSPM aku. Pasal soalan ko berkenaan tendang menendang ni, memang ada. Takkan ko da lupe kot? Cikgu Norliza pernah cakap maybe. Seingat aku la. Cara tendang budak ni camni, ia mengikut pointer yang kita dapat selepas exam. Sesudah pointer diperoleh, student mtrx dibahagikn kpd 3 kategori:

  • LULUS (pointer 2.00 - 4.00)
  • LULUS BERSYARAT (pointer 1.50 - 1.99)
  • GAGAL BERHENTI (pointer 0.00 - 1.49)

Yg lulus HEP (hal ehwal pelajar) x usik. Hahaha... Student yg lulus bersyarat dinasihatkan supaya berhenti. Tapi kalau nak stay jugak, study harder. For me, x de istilah study smart bg diorang. Kene struggle jugak. Yang gagal ni la kene kick. Petang semalam jugak diorang kene berambus dari kolej. So, mengikut pointer aku, aku selamat. Hehehe...

Any komen???

To Achan

Tq also 4 you 4 always tagged me. (Btol ke grammar aku ni???) But 4 this tagged question, aku rase aku x kan bwat la chan. Sori sesangat. Bcoz i'm not sexy n I do not want to be sexy. Or even I have that pics, its 4 my privacy not public. So,

GOMENASAI!!! DESOLEE!!!

To someone...

Aku x sebut nama dia. Juz nk luahkan perasaan je. Aku harap ko tolong la respek sikit dgn aku. Aku tau la ko pandai. Aku ni student mtrx je. Ko kt UTP. Fine la kalau ko nk sgt merendahkan aku tapi pahal lak ko nk wat kt friendster??? Memang ko pandai. Kalau aku lwn ko pun aku kalah x kire la gune badan atau mulut coz ko pun debater kan. Tp pliz la. Tolong la respek sikit perasaan orang lain. X de sape nk hormat ko kalau ko x pernah nk respek org lain. Kepandaian ko pun pinjaman ALLAH je. Jangan suke sangat pandang aku mcm pandang ngan x de mata. Punye la DOUBLE STANDARD ko ni.

Nak tau sape??? Tye aku sndiri la. SMS aku ke, emel ke,...

~sometimes being immatured is my special defence~

Sekian...

Tuesday, December 2, 2008

PSPM result da kluar!!!!

Berikut ialah kronologi sepanjang aku menunggu result...

7 November (Jumaat)

Kene balik awal sebab ade test MUET. Huhuhu... Susahnye test ini. X tau la resultnye brape nti. Target Band 3 je...

10 November (Isnin)

Mula dengan semangat baru. Sem baru bermula. Dapat lecturer baru setiap kuliah and tutoran. Tertanya2 result PSPM. Tapi x berdebar lagi sebab x tau bile keluar result 2

Kita skip hari...

30 November (Ahad)

Malam 2 ada dinner. Unit Dinamika Kemahiran anjurkan. Makan sedap. Kenyang. Tapi da stat risau. Kerana lusa result dah keluar. Hati mula berdebar2...

*post berkaitan dinner ni akan aku stori nxt tyme

1 Disember (Isnin)

Dada aku sakit. x tahan debaran. Pergi lecture stakat sign attendance je. Semua yg diajar x masuk. Huhuhu... Tapi sempat jugak buat chemistry report sebab nak kene hantar esok. Dug dag... dada aku makin sakit. Takut kene tendang. Tidur je la...

2 Disember (selasa a.k.a hari ini)

9.00 pg

Pergi kuliah dengan degupan dada yang makin kencang. Kaki aku mula lemah, perut mula kecut. Lambatnye masa berlalu...

12.00 tgh

Masa yg ditunggu dah tiba. OMG... Dewan Datuk Bahaman is packed with all KMPh students waiting 4 da result. Aku pergi ke kaunter aku. Queue up untuk ambil slip. Sesudah dapat... syukur tapi agak sdey...

(T_T)
Ni la result aku...
  • Chemistry = A-
  • Physics = B+
  • Mathematics = A-
  • English = B
  • Pengajian Islam = LULUS
  • Dinamika Kemahiran = LULUS

Overall pointer aku = 3.55

Improvement in Mathematics but Physics, a little drop. Difference of pointer in UPS is only 0.02.

Paper pun, syukur x kene buang. Aku diberi peluang untuk meneruskan lagi pengajian di matrikulasi.

~moga2 lepas ni dapat 4.00. amin...~

Tuesday, November 11, 2008

Sori...

Maaflah lame x update blog. Wireless byk problem la. Huhuhu...

Alhamdulillah semester dua ni byk perkara baru aku belajar. Dpt lecturer baru. Ha! Aku nk stori pasal lecturer tutor math aku. Huhuhu.... sangat garang. Aku pun x tau la nape garang sangat. 1st hour ngan die, 3 classmate aku kene halau sbab x dpt wat completing da square. Diorang dpt bwat sbnrnye. Just careless je. Salah sign. Bese la tu. Hehehe... Maybe on the negative side aku, aku rase x patut wat gitu. X bleh terang leklok ke??? But on my positive side, its for their own good. For me too. Nanti x la diorang n aku wat mistakes yg same. N maybe nak kami respect die je. Baiklah cikgu... saye sentiase respect cikgu. Garang2 die pun ade baiknye untuk aku. Beze dgn salah seorang cikgu yang aku kenal mase sekolah rendah. Same garang juz aku x nmpk ape kebaikannye untuk aku. Mujur die x pernah ajar aku. Cume aku x paham, nape aku je mesti kene target??? baik die n suami die, same je membenci aku. Bukan aku je, my sis also slalu kene marah ngn dietyme die masih skola rendah. My sis pon benci die. Suami die plak x habis2 memalukan aku. Selalu meeting prefek, aku dimalukan. Katenye, aku x layak jadi prefek, perangai mengalahkan murid biase, suke buat bising dlm kelas, x menunjukkan tauladan kpd budak, n many more. Till now aku masih benci mereka berdue. Adekah mereka memang membenci anak2 arwah Zarin??? Aku x tau la. Moga dosa mereka terhadap kami diampunkan Allah even aku masih benci diorang

Tengah semangat je nak bukak new book di semester 2 ni, dapat plak bad news. My classmate ckp, PSPM semester 1 baru2 ni, resultnye agak teruk. Menurut ape yg kwn aku ckp, hanye 8 org drpd about 2000+++ dpt 4flat. Of course bukan aku. Bapak teruknye!!!! N ade dlm 150+++ akan ditendang drpd mtrx sbab dpt pointer 1.5---. Serius ini men"DOWN"kan aku. Cuak la. Kalau yg kene tendang tu aku, malu la aku. Haiyo... ape nk bwat ni??? Byk2 la aku berdoa moge2 aku x kene buang. Aku x mau kene tendang. Pasal exam ni, td baru je terbace blog my fwens, Faidzal. Die pown baru lps exam n menanti rslt. Katenye susah. But, bleh caye ke ckp die ni??? Kalau sesape kenal die memang ckp die ni x bleh pcaye. Hehehe.... sori faidzal. Maybe u talking da truth. But still aku x ley caye. This is what people said, psychology. Saje je 2. Nanti dpt rslt pown gempak gak. mcm member dpn bilik aku ni. Gebang je kate x bleh stdi la, x phm la, last2 4flat. Rase nk pukul je mamat ni. Tapi, bende ni jadi gak kat aku. Sumer xpect aku dpt rslt gmpk gle nti. Adoi... aku x pandai mane pon. Pas exam, classmate aku tye aku dpt jwb ke x. Sejujur2nye aku ckp aku x dpt jwb. Pastu ckp aku tipu. Pulak... ape ni wey??? aku x dpt jwb la. Nape mst xpect aku ni dewa??? Itu prasaan faidzal kowt. Hehehe...

Byk plak aku membebel ni. X maghrib lagi ni. Maybe bile wireless ok sket aku stori lagi. Aku nk Maghrib dlu. Jap gie kt msjd ade usrah. G2G. Bye!!!

Jawapan Kepada Soalan

Achan beria2 nak tau plan wedding aku. Pagi tadi tengok blog die. Jumpe plak soalan yang die dapat daripada Faidzal. Agak terharu apabila Achan sentiasa mengingati aku. He's really a good friend. Hahaha.... Seandainya orang lain yang tanye soalan berikut, dalam 35 soalan agaknye, my answer for all da questions will be...


SUKE ATI AKU LA NAK KAWEN BILE KE, HANTARAN BERAPE KE, NAK WAT CAMNE KE, APE KO SIBOK???!!! NAK TAJA AKU KE???!!!

Tapi sebab achan yang tanye, aku suke hati nak menjawab. Hehehe....

Ni plak jawapan aku.

1.How old are you?
18. 2 bulan lagi nak dekat 19. New year boy la katekan...
2. Are you single?
????
3. In what age do you think you’ll get married?
Definately about 28 to 35
4. Do you think you’ll be marrying the person you are with now??
I will not comment anything bout diz question.
5. If not, who do you want to marry?
Please mind your own biznez k???
6. Do you want a garden/beach wedding, or the traditional wedding?
Traditional. Kene berpegang teguh pada adat Melayu. Modern wedding? sorry...
7. Your ideal motif?
X terpikir lagi...
8. Where do you plan to go on a honeymoon?
Banyak duit nak pergi Paris. Sikit duit pegi je la Singapore ke, Bali ke, ...
9. How many guests do you think you’ll invite?
Everyone that kind 2 me except 2 pasangan kekasih yang celaka yang bergado ngan aku. Family n relatives adalah wajib
10. Do you want an extravagant wedding or a simple wedding?
Xtravaganza adalah satu pembaziran...
11. Do you want the traditional vows or something you’d make up on your own??
Ko ingat aku kristian ke??? Islam way la... ape punye soalan ni...
12. How many layers of cake do you want to have?
Kek wajib family n relatives aku dapat. So, pikir sendiri brape layer yang dperlukan
13. Do you prefer having your reception at a hotel or at a simple place?
Kat rumah je. Gotong royong. Rewang. Lagi bez...
14. When do you want to get married, evening or morning?
Afternoon, seperti kebiasaan perkahwinan melayu
15. You’d rather have your reception outdoors or indoors?
Da kat umah aku, outdoor la...
16. Do you like a grand entrance for your groom?
R u mean bride??? simple je...
18. Name the song/tune you’d like played at your wedding?
Bunga rampai ditabur2...
20. Do you want a solemn ceremony or a light one?
X paham soalan
21. What age do you want to get married?
Nape ko tye balik soalan ni???
22. Describe your ideal husband/wife
Please refer to Question no 5
23. Do you prefer fine dining or just the normal spoon & fork/knife?
Pakai tangan sudah... watpe pakai sudu???
24. champagne or red wine?
Haram la bodoh!!!
25. Honeymoon right after the wedding or days after the wedding?
lepas kawen
26. money or household item?
Ha???
27. Who will pay for the bills?
Lumrah la laki kene tanggung keluarga...
28. Are you ready for married life?
Refer to question no 5
29. Do u think you will still be a virgin until u get married?
Tah pape soalan ni. Dah kawen bleh virgin lg ke???
30. Will u always be true to your wife/husband
Layaknya seorang pria kucuba untuk setia
31. How many kids do u like?
Sikit2 sudah... 3 kot
32. A new house for a newly wed or an old one?
Nak rumah baru!!!!
33. Will u celebrate silver wedding, gold wedding, or diamond wedding?
Aku x paham soalan ni
34. What kind of cuisine would u like for ur wedding?
Rewang mesti la masak masakan melayu.
35. Will u record ur honeymoon in a cd or dvd?
Perlu ke??? Hahaha.... dvd la.
36. Whose wedding plans would you like to know next??? Choose 5 person....
Sape ek???
-Haji Shazrizil
-Bona Hafifi
-Bob Effendy
(3 teratas ni budak SDAR. Bwh ni member KMPh aku)
-Marzuki ( kawan kuliahku...)
-Ku Azila ( member kelasku...)
~jodoh pertemuan ALLAH tentukan~

Camne hidup???

Sume keje kene cepat. Kalau lambat terima la akibatnye.

Smalam aku nak pinjam buku untuk sem baru ni. Pegi je lib sume da abes. Tensen aku. Nak download nota plak. Penuh plak Cyberremaja. Lagi tensen. Nak print nota. Pun ramai. Esoknye kene print. Bertambah2 tensen.

Dugaan sem baru ke???

~sabar itu separuh daripada iman~

Friday, November 7, 2008

Sem 2 Bermula!!!

Bangun pagi pada pukul 6. Nak balik dah. Esok ade MUET test. Sangat penat dalam bus tadi. Sampai je kolej aku pergi InfoCentre nak tengok jadual baru. Hahaha... pdn muke budak Hayat ngn akaun. Kene amek dinamika ngn agama. Jadual aku agak x padat nak banding ngan sem 1. Hari Isnin ngan Selasa stat pukul 9 pagi. Means, aku sambung tdo pas Subuh. Hehehe...

Thursday, November 6, 2008

Hebat...

Baru lepas tengok drama live depan mate aku

Mamat celake (aku knal die) pukul adik die. Pompuan.

DIULANGI, PEREMPUAN!!!!!

DAYUS pukul pompuan ni. BODOH. Dah la pegi sekolah jadi bodoh. Perangai pun bodoh. Aku harap dia dapat balasan ALLAH nanti.

~x berani nak campur hal orang lain. Baik kesahkan hal sendiri...~

Tebal dan Cantik



Sejak bila aku minat cter ni aku pun tak tau. Hahaha... Tapi agak layan. Kalau x silap ade kat channel STAR WORLD. Tapi aritu baru tau ade tayang kat TV2. Tak jadi aku nak tido. hehehe... Layan lagu opening citer ni. Pelakon pun cantik n ensem.

~x de ape nk dibualkan. Esok ade la kot. Nge...~

Monday, November 3, 2008

Teringat Ku Teringat...

Aritu, ade kenduri depan umah aku. Aku kat umah studi. Malas nk pegi. Hehehe... Balik je mak aku citer...

Mak: Kenal anak Sudin??
Aku: Kenal. Firdaus. Napenye???
Mak: Die dtg td. Tye mak "Iqbal ade kat rumah??"
Aku: Ingat lagi die kat kebal..
Mak: Die ckp "Iqbal dah sombong ye. X kenal sye dah..."

Hahaha... Sori la kawan. Aku ingat lg kat ko. Bukan tak menegur maknenye aku sombong. Ko kene pikir cmne idup aku dulu tyme skola rendah...

Dah la sume bdk laki jahat ngan aku. Aku kenal lagi diorang. Hamzani, Isa, n geng2 diorang. Sampai sekarang aku x paham nape la jahat sgt diorang ngan aku. Teringat lagi tyme skola agama. Hamzani punye cerita. Dalam kelas, aku duduk tepi tingkap. Pantang lalu tepi kelas aku, die ketuk kepale aku. sekuat hati plak tu. Celake.

Cerita si Isa. Die byk kwn n cekgu sgt syg kat die. Sume berkaitan sukan, mesti die yg cikgu pilih. Dari olahraga, hoki, bola sepak, sume die bolot la. Aku mendak sukan. N myb sbab 2 la die rmi kwn n agak berpengaruh. Selalu memperbodoh2kan aku even aku antara orang yg pandai kat skola n aku plak ketua pengawas kat skola. Selalu ejek aku. Geramnye...

Biar lah. Tu cerita zaman dulu2. diorang pun aku dengar cerite tah jadi ape entah. Rokok tersepit je kat jari. Isa 2 aku dengar SPM die x de A langsung. X mau gelakkan die. Riak namenye. Mungkin balasan Tuhan agaknye. Tapi 1 bende yang aku sure, kalau la ditakdirkan aku kene tendang matrix nanti, (mintak2 la x...) mesti diorang gelakkan aku.

Jangan mimpi nak gelakkan aku. Aku akan bertahan.

Saturday, November 1, 2008

Cter Best...

Wa.... Lame aku x update blog aku. Bak kate Achan, dah berkulat blog aku. Wahahaha.... bukan ape, aku baru abes final exam. Smlm killer paper. Pyhsics. Alamak... mati gue...

Sepanjang aku x update blog aku ni, mcm2 perkara berlaku. Huhuhu... kalau bleh online slalu, memang penuh aku nyer blog ni. Meh la aku stori de mori ape yg blaku sepanjang beberape hari aku x update blog aku

Hari raya

Sambut hari raya memang bez. Tambah2 lagi ngn kengkawan n keluarga. N aku sambut hari raya kat KMPh aritu. Meriah gler. Kat SDAR x meriah gini. Myb sbab sume laki (kt cni ade pompuan. Nge~~~) n ade pengetua yg..... malas nk tmbh dose.Pape pn, seronok sgt. Sume hensem n jelite. Sambutnye mcm ni. Setiap klas praktikum diberikn tempat untuk dihias. Ala2 open house la. Tapi menghiasnye pagi sblm sambutan 2. Lpas kuliah, str8 pegi tempat klas aku. Hias je la pakai bnde2 yg bleh digune. smpi x igt nk jumaat. Tp aku pg la. Petang 2 baru acara kemuncak. x byk nk cerite. Tgk je la gmbr kt bwh ni.




Gaduh


Bkn kt kolej!! Nti aku kene buang kolej. Gaduh ni kt sms je. Yang dah tau cter ni sure dah paham ape yg berlaku. Agu gado ngan member plkn aku sebab POMPUAN. Bkn aku berebut pompuan. Ntah. Complicated sgt. Cmni cternye. Aku knal ngn awek die juz nk kawan. die panas sbab x bagitau kt die nape aku kwn awek die. Celake nyer laki. Itu pn nk wat gado ke??? Aku amek jln mudah. Berdamai la. Igtkn da abes 0-0 dah. Blum lg. Lpas aku msuk KMPh ni, aku msg ngn awek die, aku tye die nape mamat ni tamau jwb msg aku. Die ckp ade sbab tersendiri n rahsie mereke berdue. KIMAK LA KORANG!!!!! Kalau nk tau, pompuan ni la yg buat persahabatan aku rosak. Tah ape yg die hasutnye. Lame aku pendam. N aritu aku cari gado. Aku msg kt fs n aku luahkan segale yg aku pendam. Tak tau plak pompuan tu yg bace. Diorang share password fs. OMG, SO LOVELY.... LANCAU LO!!!!! Bagus die bace. Pastu miss call aku 3 kali. Malas nk layan. Then, msg dtg. Tye aku kenal die ke x. memang aku kenal la. Org yg byk bwat sial ngn aku. Then, ckp aku pasti dpt balasan Allah. Konon die teraniaya. Sape yg teraniaye?? BODOH X SKOLA PUNYE MINAH. Bajet baik padahal maksiat go on je ngn kwn aku ni. Blum abes lagi. Ptg 2, aku baru je nak takbir maghrib, msg masuk. Kwn aku plak yg msg. Nk protect awek die la tu. Aku da ready ngn carut maki die. Tapi ayat... punye la malaikat. Nyampah. Mamat sial ni memang bajet alim tyme 2. Abes tertunde maghrib aku. Puas marah2 die, then seminggu pas 2 aku wat keputusan, aku putus sahabat ngn die. Serius aku x bleh kwn ngn manusia yg pentingkn pompuan lebih dri kwn. Mcm kene makan nasi kangkang je. Ape pompuan tu ckp, patuh. MCM ANJING. Elok sgt la tu.

(sori ayat agak biadap sket tp itu yg lyk untuk mamat sorang ni n pompoan 2)

MUET Speaking Test

Hari yang agak menggentarkan. MUET is coming!!!! Aku dpt sesi pagi second day. Takut dpt tajuk yg susah. x bercakap aku kang. N grup aku, aku sorang je laki. Hehehe.... seronok la. Aku knal diorang n diorang ni aktif dlm kelas. Baru idup grup aku. Sehari sblm 2, buat revision sket. Praktis ape yang patot n perbaiki kelemahan diri. Esknye, tgu kt bilik menunggu. Borak2 sket. Release tension. Then, its our turn. Aku ialah candidate B. Dpt tajuk, HOW TO IMPROVE THE ENGLISH STANDARD IN OUR COUNTRY. Tajuk yg kami buat revision smlm. N subtopic aku ialah employing native english people to be our english teacher. Sedap la bercakap pasal bende ni. Conversation pun memang bez sgt sbab masing2 memberikan idea yg bernas. Support n argue je. Alhamdulillah. Mybe target aku MUET ni Band 4 ke atas. Amin...


My Girl


Baru pas abes tgk cter ni. Thanks Pak din sbab kasi vcd ni kt aku. Lawak n klakar n sdey. Aku suke kat Yoo Rin ni. Comel!!!!! Malas nk cter panjang. Mst ade yg dah tgk cter ni. Gong Chan n Jeong Woo merebut cinta si penipu Yoo Rin. Bukan Yoo Rin ni jahat main2kan perasaan laki. Die menipu sbab nak idup. hehehe... paper pn, aku suke endingnye. N mengejutkn, tetibe plak ade cameo. Datang plak Myong Rong ngn Chun Hyang dri cter Sassy Girl - Chun Hyang. Ade kaitan ke??? Kene beli set dvd cter 2.
Addicted 2 korean movie...

Opsss... jap lagi nak berangkat balik umah. Aku dah abes sem 1. Cuti la. Tapi jumaat ni kene balik sbab esknye ade Muet lagi. Aku harap dpt pointer bagus. x la aku kene tendang nti.
G2g. BYE!!!

Thursday, October 16, 2008

Hampeh!

dah 2 blog aku taip.
tp
nape 2-2 x muncul???
apa sudah jadi???

Exam nak dekat!!!

Real numbers, imaginary numbers, absolute function, polynomials, binomial expansions, transpose matrices, cofactor, exponent function, natural logarithm....

WAAAARRRGGGHHH!!!!!!

Baru math je.

Acceleration, velocity, work, impulse, torque, gravity, simple harmonic motion, wave, sound, young modulus...

WAAAARRRGGGHHH!!!!!!

Physics lg banyak. Nak lagi???

Molarity, mole fractions, molality, properties of liquid, orbital diagram, isoelectronic element, hybridisation, equilibrium, le chatelier, acid, pH, phase diagram...

WAAAARRRGGGHHH!!!!!!

Kimia plak.

It makes me crazy!!!!! Rabu ni (22 oct) ade muet speaking plak. Haduiii...

Pape pun, chaiyok2 je la.

~usaha takkan berhasil tanpa doa~

Saturday, September 27, 2008

Cara Baru Aku Berblog

Kini, aku lebih senang untuk berblog

Nape???
(teka la...)

Hacking system ke??
(aku x sehebat itu nak hacking system kolej. Mati aku kang...)

CyberRemaja ko da ok ke??
(hm... nope. Pc kat sane ibarat kandang virus)

Ko pakai laptop orang ke??
(sikit lagi. Dulu... segan la dowh nak pinjam orang punye. Apara...)

Cmni, aku dah ade laptop aku sendiri la. Aku bawa pergi kolej. Hahaha... seronok. Nanti akan sentiase aku meng'update'kan blog aku

boleh la ym bile-bile mase
hehehe...

Patut ke???

Aku tengah terkandas di kolej ni. Gara-gara lewat beli tiket. Huwa.... X pe la. nasib ramai geng.

Paper pun, aku nak story satu hal. Aku terbaca blog manusia ini. Ade salah satu bende yang menarik untuk dikupas bersama. Korang bace petikan blog die mengenai sebab die memilih kerjaya doktor.

"jujur aku ngaku. kalau diperatuskan sebab2 aku, 80% kerana duit. 19% kerana aku taknak susah2 cari keje nti. 0.9% sbb aku tak suke math. 0.1% barula sampai sbb aku nak tolong org sakit."

Patut ke ini reason die nak jadi doktor? Tengok betul2. Reason die sebab nak tolong orang cume 0.1%. Habis tercemar kerjaya yang mulia ni. Kalau nak tau, memang ni senario sekarang. Ramai nak kerja yang glamor2 macam doktor, jurutera, lawyer sebab nak famous. Nanti balik kampung orang pn pandang x cukup mate, bukan sebelah mate. Bahaye kalau pegi hospital n jumpe manusie macam ni. Silap2 mati orang tu karang. Ye la, start dgn niat yang x ikhlas. Kate orang, kalau niat x ikhlas, segala pekerjaan memang x diredhai Allah. Aku x tau sangat tapi keikhlasan nak membantu orang kene la diutamakan dulu berbanding hal2 peribadi ni. Memang x patot.

~Pilih kerjaya dengan sebab yang matang, ikhlas dan mulia. Bukan memntingkan hal2 peribadi~

Tuesday, September 16, 2008

Cepatnya manusia berubah

Manusia memang sentiasa berubah. Tak kirela ke arah baik ke jahat. Tapi kita akan lebih perasan perubahan seseorang itu jika dia sahabat kite.

Permulaan cerita...

Aku tukar hpon ngan rakan aku (tak payah sebut name) untuk tujuan aku nak tangkap gambar kat kolej aku. Sony ericson. Lawa beb... Eh, bukan nak citer pasal hpon. Bile sampai tempoh peminjaman, atau bile die mintak la, aku pun pulangkan la. and malam itu aku pun sms dgn my friend. Menjadi kebiasaan untuk aku check sent item aku dlm phon aku sama ada sudah sent sms aku atau x. Then, tengah bace sms aku 2, Ade 3 sms untuk no yang aku x simpan langsung dlm phone aku. Aku memang tau rakan aku ni sudah berpunye. Of coz la sms ngan awek die. Aku pun bukak la sms itu. Isinya x lah mengejutkan aku cume bile smpi ke sms yg 1 ni, YA ALLAH!!! Aku rase x perlu aku siarkan sms berbaur 18SX itu. Kasi hint aje la. Sms tu...
Ntah la!!! Terlalu jijik untuk aku cakap.

Berbalik pada quotation aku kat atas, memang cepat manusia berubah. Especially bile dah dapat pasangan. Perilaku mereka memang berubah dengan drastik. Aku tak dapat bayangkan kawan aku ni yang memang agak alim tap boleh cakap mcm 2 kat awek die. Awek die ni layan je. Same-same suke. Entah la.

Aku berharap kalau aku dapat pasangan nanti, aku tak akan berlaku macam tu. Aku akan sentiasa menghormati awek aku. (Sedang dalam proses actually. Hehehe...)

~kalau boleh, sentiasa kita berubah ke arah yang lebih baik. bukan ke arah yang jahat~

Histeria!!!

Tengah hangat pasal histeria ni. Sekarang tengah femes surelah sekolah kat kuantan ni ha. Ape ke namenye, tah. Tapi ade la sebut Tanjung Lumpur. Lebih kurang la. Ni HOT NEWS yg aku nak share pasal histeria tapi x tau la betul ke tak. Kite kongsi citer je la.

Semalam, tyme tutorial chemistry, lecturer aku share la citer ni. Katenye, baru-baru ni 14 orang dewasa dan 7 kanak-kanak telah dipindahkan dari kawasan sekolah tu. Mereka yang aku cakapkan ni bukannye dari kalangan kite tapi from other world (atau boleh aku kate orang bunian la tu) dan mereka semuanya islam. Adekah mereka yang menyebabkan histeria di sekolah tu?? Aku tak tau. Sambung lecturer aku lagi, diorang marah sebab bebudak kat skola tu buat maksiat kat tempat diorang. Ha... patut la. Tak heran la. Tapi pelajar yang kene histeria ni buat maksiat ke??? Lagi satu, kenape guru-guru wanita pun kene jugak??? Diorang pun buat maksiat ke??? Biar jadi persoalan. Yang penting, ape yang aku dapat dari cerite lecturer aku ni, jauhi maksiat. Senang je kan?? Dan 1 lagi, sebagai Islam kite harus percaye bende-bende ghaib yang ade di sekitar kite. Mereka pun ciptaan Allah juga.

Any comment??? Share la kat sini.

Salam...

Saturday, September 6, 2008

Campbell...

"Weh, mane Campbell aku???"

"Camne nak paham Krebs Cycle ni?? Cari kat Campbell la"

"Nak skor bio, pegi bace Campbell la"

Bace je dialog kat atas, sure ingat aku nak cakap pasal SUP CAMPBELL. Hahaha... bukan la. Ni la fenomena budak hayat kat cni. Pergi library untuk mencari satu-satunye cikgu diorang bile diluar waktu kuliah. Buku setebal about 4 or 5 inch nukilan Pak Cik Campbell yang kalau hempuk kat orang pun sure patah tulang belakang. Hahaha.... Boleh kate trademark budak hayat la. Terkenal jugak pak cik ni. Hm... Pyhsics??? Stakat ni x de plak sesape penulis yg famous cam die yang buku die menjadi rebutan budak-budak fizikal. Bagi aku, sesape pun hebat je. Lagi hebat kalau anak Malaysia, n MELAYU especially yang jadi editor bagi buku rujukan antarabangsa. Bile la kan??

I'm Fasting!!!!!

Khamis aritu, Lecturer BI aku suruh kami pergi language lab untuk buat presentation pasal return assignment kami. Malangnya, grup aku x buat lagi power point tu. N lagi malang, semua grup pun x buat lagi!!! Alamak... marah la die. aku pn x tau ape alasan nak diberikan. then, kami pun berlakon la. Cucuk pendrive, then buat-buat tercari-cari mane power point 2. (padahal langsung x buat) Kemarahan lecturer aku memang meluap-luap la. Mujur bulan puase je. Dengan menahan perasaan n masih bersabar, die yelling "I'M FASTING!!!". Kesian pulak tgk die. Aku quite guilty la. Tapi semalam aku dah siapkan. N kami akan buat yang terbaik untuk present report kami. Harap-harap dapat la markah tinggi.

"FORGIVE ME MISS ZAKIAH!!!"

Wednesday, September 3, 2008

Beza puasa di Matrix dan SDAR

Ni 1st time aku berpuasa di Kolej Matrikulasi Pahang. amat berbeza sekali suasananya berbanding time aku puasa di SDAR dulu. Yang paling ketara sekali, duit cepat habis!!! Huwa... next time aku kene berjimat. N lagi, sahur n buka puasa bukan lagi ditaja seperti di sekolah dulu. Sebab 2 duit aku laju macam air mengalir. Tarawih pun laen. Bacaan antara rakaat x bace. Straight je. Aku agak pelik la. Tapi lame2 dah biase.

Memang berbeza la suasana berpuasa di sini. 2 je la aku bleh cakap.

Blog aku ni bukan blog ilmiah

Rujuk kembali post aku yg bertajuk "Nak balik dah!!".

Aku mendapat komen dari seorang hamba Allah yang mengupas tentang tajuk yang aku utarakan. Menarik katenye. I don' know. Tapi ape yang dikomennye langsung x berkaitan dengan ape yang aku taipkn kat post tu. Die menceritakan kepada aku pasal kematian. Sblum lebih lanjut, terima kasih kerana tazkirah ringkas itu wahai hamba Allah. Tapi aku lebih tertarik dengan ayat lastnye yang berbunyi seperti berikut:

"dalam merapu pun mesti ade hikmah..."

Actually, memang aku saje-saje merapu kerana aku bukanlah nak menjadikan blog aku ini blog ilmiah. Aku hanye mahu berkongsi cerita sahaja. Dan aku x mahu serius sangat jika nak dibandingkan dengan hamba Allah punye blog ini yang terlalu serius. Ya, hidup ini pun kadangkala kene serius. Aku tau. tapi di dalam blog aku ni aku x mau la nak jadi serius. Dan merapu aku itu memang tak ade hikmah pun melainkan aku nakkan ade hikmah dalam merapu itu. Terus terang aku agak kecik hati bile bace komen itu. Tapi aku x boleh nak marah lebih lanjut memandangkan ilmu agamanya yang lebih tinggi berbanding aku. Ajak berdebat pun memang aku kalah. Lagipun Imam Hassan Al-Banna pernah cakap (kalau aku x silap) berdebat hanya membawa banyak keburukan dari kebaikan. Jadi aku mengalah aje la.

Bagi hamba Allah itu, sekali lagi saya berterima kasih atas komentar bernas anda itu. Minta maaf sekiranya saya telah menghalang anda daripada menuai pahala dengan memberi tazkirah secara percuma. Cuma saya mahu memberi penjelasan tentang tema blog saya. Selamat berpuasa

Wassalam...

1st time!!!

Ape yg 1st time?

Hahahaha...... Aku overnight la. 2 aku kate 1st time. Nak sambut merdeka kat Kuantan. Act, malas aku nk wat keje gini. Lgpn keje aku berlambak n berkepuk-kepuk. Tapi memang la pengalaman yang sangat berharga bagi aku.

Aku ngn Hadi n Pak Din keluar kolej lepas Zuhur. Capub dah keluar awal. kate nak beli tiket. Then sampai kat Benteng (betul ke aku eja ni?) pukul 3.30 ptg. Haha, budak nak balik outing, kami baru nak outing. Then, Capub dah menunggu kitorang kat sane. Kami pun naik teksi untuk ke t.c (Teluk Chempedak la...) Tapi kami x mandi la kat sane. Bahaya. Just jalan-jalan tepi pantai, then tah mcmmane tetibe bleh plak kami jungle trekking. Celanat. Letih aku. Tapi, yg beznye, ternampak la pulak orang tgh wat maksiat kat celah batu dalam hutan 2. Strategik sungguh tempatnye. Tak tau malu langsung. Biar la... Dah nafsu, x kuat iman, kalah la manusia tu. Paperpun, memang enjoy kat t.c. Petang tu, lepas melantak kfc, kami sambung jalan-jalan tepi pantai. Sempat amek gambar wat kenang-kenangan.

After Maghrib, kami naik teksi lagi untuk ke Megamall Kuantan utk sambut merdeka kat sane. Agak meriah jugak. Banyak gerai jual baju bundle, buku bundle, makanan, sekali tengok mcm kat uptown plak. Jalan-jalan, buang mase nak tgu pukul 12 malam. Detik merdeka. Sampai je detik 2, bunga api pun memercik la keluar. Memang meriah. Seronok aku tengok. After that, Sambung jalan-jalan sampai la uptown 2 tutup pukul 2 pagi. Tapi kami ni x tau hale tuju. Nak pegi mane ni?? Jalan-jalan sampai la nak dekat pukul 4 pagi. Kami x tidur pun . 1st time gak aku x tido semalaman ni. Ngantuk x payah nak cakap la. Kami berhenti kat bus stop, tengok mat rempit main kejar-kejar ngan polis. Haha... hebat la diorang ni. Lagi hebat kalau dah accident n patah sumer tulang. Padan muke. Sampai subuh, solat kat masjid. lepas sarapan, terus balik. Pak din x mau balik lagi. Nak beli tiket. Sampai kolej, aku mandi, n tido tepat pukul 10 pagi. Terbangun semule pukul 3 ptg.

Penatnye...

Tuesday, August 26, 2008

Sengal!!!!!!!!!

Aku jadi bengang sangat. Nape la kolej aku x update Microsoft word??? Sumpah sakit ati. Dah la esok aku kene hantar assignment aku. X siap lg plak 2. Kalau la aku ade laptop, kan senang. Aku dah segan gile meminjam laptop orang. Bleh bayang x ko nk pinjam sesuatu kt orang 2, n then die kasi tapi muke die nampak semacam. Mane x segan dowh!!! Huhuhu.... cmmane ni???? Esok nak kene antar... mati la aku mcm ni......

Monday, August 25, 2008

UPS aku!!!!

Tah pape tah. Balik je terus dpt result UPS. Ketar kaki aku dowh... Pape pn, redha je la. Aku, Capub ngan Hadi pn bersame2 la pegi ke infocentre untuk tgk result aku. Setelah tengok, ni la result aku

  • Mathematics = B+
  • Physics = A-
  • Chemistry = A-
  • English = B

Alhamdulillah.... Memang aku x sangke dapat gini. Hehehe.

Kalau nak kire CGPA, aku dapat 3.57. Boleh la.... padahal tyme jawab macam nak pecah otak aku. Pape pn, syukur atas kurniaan Allah. Aku akn berusaha untuk dapat 4.00 next time.

Bye.

Sunday, August 24, 2008

Nak Balik dah!!!

Tamat la cuti dua minggu aku. Skrg tgh tgu bas. Tiket aku pkul 12.30 nti. Jd smpt la nk merapu jap. Hahaha... So, back to da same life. Bgn pg, smayg, siap2 nk pg kuliah, stdi, n tdo. Nk watpe lg kt mtrx??? Haha. Er... x lame lg umat islam akan berpuase n rakyat Malaysia akan sambut merdeka. Jd aku ucapkn slamat berpuase n slamat hari merdeka untuk sumer.

G2g. Bye

Friday, August 22, 2008

Addicted 2 friendster

Hahaha

Cuti dh nak habis. Aku tiap2 pagi mesti pegi c.c nk update fs aku. Tah nape aku pn x tau. Tp memg bez sbab aku suke ushar komen n tambah kenalan. Fun gak la. Pape pn, aku x leh wat gini slalu. Nti duit habis. Studi pn tah kemane kang. Jd, kene la beragak sket pas ni. HAHAHA!!!!

Jaga-jaga dgn blog anda

Baru2 ni, PM meluahkan rase marahnye terhadap seorang penulis blog yang telah mencemarkan imej negara dengan menyeru supaya mengibarkan bendera Malaysia secara terbalik. What da heck??? Ape ni??? Kita dah 51 tahun merdeka tapi masih ade rakyat Malaysia yg cetek pemikiran mcm ni. Masalahnye, seandainya beliau x puas hati dgn government skalipun, x patut die sebarkan hal ini dalam blog. Blog kite ni boleh dibace oleh sesiape pn. Dats why la aku nk kate kpd sesiape yang ade blog, tolong la jangan siarkan ape2 yang boleh membuatkan orang lain marah. terutame kalau membangkitkan isu2 kedaulatan negara ni. Bahaye la sangat. Kalu nak sangat masuk ISA, bwat la.

Fikir-fikirkan...

Life@matrix

Aku pn dh lupe brape bulan aku idop kat mtrx. What can I say is, bleh tahan jugak la. Amat beza ngn care blaja di skola dlu. Kene cari nota sendiri, x paham kene pg jmpe lecturer n tanye sendiri, n many more. Some people said, bdk2 SBP mostly akan terkandas bile masuk ipt. Statement ni kene betulkan la aku rase. Sebab, sume bakal mahasiswa x kn dpt survive di ipt kalau x berusaha. Back 2 da topic, uniform yg kene pakai d mtrk pn beza. Kene smart la. Btw, aku suke. Eh, lupe. Aku studi kat Kolej Matrikulasi Pahang. Amek sains fizikal. Exam pn dah nak dekat, jd tyme 4 struggle!!!!!!!!!

TQ

Dah Siap!!!

Akhirnye Hj berjaye menghasut aku bwat blog. Lagipun, ramai yg dah ade blog.
Hahaha. Anyway, slamat perkenalan kpd sesaper yg tgk blog aku. 4 dis tyme, aku x de ape2 lg untuk merapu. So, nxt tyme aku akan update la.

Degup Jantung

Related Posts with Thumbnails

Pengunjungku Dari Luar Negara

free counters
Web Analytics