expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

HeartBeat

Followers

Korang Yang Ke...

Monday, August 29, 2016

Pokemon Go: Main tipu aku report

Assalamualaikum...

Dah hampir sebulan rasanya Pokemon Go ni release kat Malaysia. Banyak dah Pokemon di tangkap. Banyak dah gym ditawan. Semua sibuk dengan taktikal, power, second power, IV, CP, menatang apa jadah semua ni.

Aku? Aku cuma berminat nak penuhkan Pokedex aku je. Lain daripada tu aku tak berminat.

Ada sebabnya. Personally, menangkap Pokemon lebih memberi keseronokan pada aku. Setiap kali kita jumpa Pokemon baru, mesti rasa excited. Walaupun CP dia rendah.

Oh. CP tu Combat Power.

Tapi keseronokan aku main Pokemon Go ni hanya terarah kepada menangkap Pokemon je lah. nak battle, rampas gym, aku tak minat.

Dulu aku nak buat semua tu. Tapi sekarang tak dah. Disebabkan perkara yang hanya wujud kat Malaysia je aku rasa.

BUSUK HATI DAN DENGKI

Biasa lah hal ni kat Malaysia kan. Pantang tengok orang berjaya. Rasa alergik. Maka segala usaha untuk menjatuhkan orang yang berjaya tu dibuat. Bila dah jatuh, rasa puas hati tu tak tergambar dek kata-kata. 

*Zoom in muka penjahat ala-ala sinetron*

Macam mana situasi ni berlaku dalam Pokemon Go?

Dalam usaha Niantic (developer) untuk mewujudkan suasana permainan yang adil dan saksama, Niantic telahpun menguatkuasakan peraturan ketat dimana sebarang penggunaan aplikasi 3rd party yang bertujuan untuk menaiktaraf tahap pemain ke tahap yang tak sepatutnya adalah dilarang sama sekali. Haram bak kata Yizlumik. Macam main tipu la kiranya. Semua applikasi 3rd parti tidak dibenarkan. Tak kira lah kau nak cek Pokemon kat sekitar kau ke, kau nak cek Eevee kau boleh jadi apa lepas evolve ke, kau nak cek IV Pokemon kau ke, semua tu TAK BOLEH. Ngerti nggak?

Peraturan Niantic ni tak salah tapi kelemahannya ialah pihak Niantic tak ada masa dan takkan mahu cek sama ada kau betul-betul main jujur atau menipu. Once kau kantoi, Niantic akan delete akaun kau selama-lamanya. Nak tau kau kantoi ke tak? Bila kau tak boleh log in game langsung. Biasanya keluar macam ni:

Keluar gambar bahasa Itali pulak. Tapi maksudnya server fail to get your data.

Bila kau cek emel yang kau guna untuk daftar akaun kau, ada emel daripada Niantic yang mengatakan akaun kau permanently banned. Maka sia-sia lah usaha kau selama ni.

Walaupun kau boleh merayu untuk dapatkan balik akaun kau, aku boleh kata yang Niantic malas nak layan rayuan kau. Kalau dapat reply kata diorang akan siasat, tapi jangan mimpi lah kau boleh dapat balik. Sekarang ni ada dua pilihan. Buat akaun baru atau tak payah main dah.

Kelemahan peraturan ni membuatkan banyak player di Malaysia ambik kesempatan untuk merepot player-player lain yang lebih tinggi level dia daripada sang perepot. Level ni tak kisahlah level kau ke atau level Pokemon kau. Biasanya berlaku bila kau menang battle kat gym. Previous owner of the gym tak puas hati sebab kau dah kalahkan dia maka dia pun report kau supaya kau tak boleh main dah game ni.

Dalam kes lain pulak, ada manusia yang tak percaya kau main jujur. Maka manusia ni pun berlagak pejuang keadilan a.k.a PokePolice akan report kau ke Niantic supaya kau dibanned walaupun kau tak pernah guna 3rd party apps ataupun mana-mana hack yang wujud. 

PokePolice, anda lah yang kami cari!
*Team Rocket cari pelapis*
Dah ramai yang kena ban kat Malaysia ni. Boleh aku teka dalam 60% yang kena ban ni main jujur tapi jadi mangsa pendengki macam PokePolice ni. Tak patut sungguh.

Macam aku cakap, hal ni berlaku kat Malaysia je. Aku tanya kawan aku kat England sekarang ni, yang kena ban kat sana pun sebab kantoi pakai 3rd party apps. Orang sana tak de masa nak repot-repot ni. Ye lah buang masa kut nak pedajal orang. Baik cari Pokemon.

Jadi orang Malaysia? Sakit hati tengok usaha orang sedangkan kau tu nak keluar pun malas. Bukak Pokemon Go dengan harapan datanglah segala pokemon kepada kau walaupun kau tak guna Incense. Dasar gemok pemalas.

Sebab benda busuk ni lah tujuan aku dah berubah daripada nak battle dan conquer gym kepada melengkapkan Pokedex semata-mata. Biarlah CP Pokemon aku tak tinggi pun. 

Jadi aku boleh cadangkan beberapa perkara untuk memastikan akaun kau kekal dan terselamat daripada dibanned Niantic:

1) Jangan mengada-ngada install 3rd party apps
2) Conquer gym at your own risk
3) Jangan kepoh sangat dengan pencapaian kau
4) Jangan join community group kat Facebook

Personally, aku rasa jelek dengan Niantic. Berlagak nok mapuh. Aku search kat internet pun ada khabar bilangan pemain dah jatuh sampai berapa billion je pemain yang setia. Memang masih ramai. Tapi trend ni dijangka akan terus menurun bila Niantic masih bertindak zalim macam ni. Bye bye je la lepas tu. Berlagak lagi kan.

*Nak Pikachu

Friday, August 26, 2016

OCD itu sesuatu yang cool?

Assalamualaikum...

Korang tau kan apa itu OCD (Obsessive Compulsive Disorder) ? Sejenis ............. (aku tak tahu nak guna perkataan "penyakit" atau "kecelaruan") yang mana penghidapnya semacam menitikberatkan kesempurnaan. Macam tu lah definisi aku sendiri. Nak yang lebih tepat bolehlah google sendiri. Bersepah jurnal kesihatan membincangkan pasal OCD ni.

Aku bukan OCD. Alhamdulillah tak pernah lagi ada kawan OCD. Sebab melalui pembacaan aku, orang yang x OCD takkan faham apa yang dialami penghidap OCD. Cuba bayangkan kalau kau kapel dengan penghidap OCD ni. Let say nak makan kat luar. Kau dah biasa duduk depan dia kat meja tapi kali ni kau nak duduk sebelah dia. OCD akan seboleh-bolehnya paksa kau untuk duduk depan dia jugak sebab dia tak biasa dengan perubahan tu. Atau susunan kutleri (lama gila tak guna perkataan ni) atas meja. OCD akan pastikan susunan tu betul mengikut kebiasaan dia. Terlari sikit, memang akan jadi bahan gaduh. (Adakah ini OCD? Betulkan kalau salah) Banyak lagi contoh-contoh yang terjadi pada penghidap OCD. Google lah sendiri yek.

Tapi paling utama sekali aku nak HIGHLIGHT kat sini ialah salah satu ciri-ciri OCD yang bagi aku sebagai bukan penghidapnya rasa unik. Kecenderungan untuk mengasingkan sesuatu mengikut bentuk, warna, saiz, dan sebagainya.





Sekadar beberapa contoh. Gambar ni nampak amazing kan?

Disebabkan ini lah ada yang tak OCD terus nak mengaku ada OCD sebab rasa awesome, rasa trendy, rasa cool bila dia dapat bagitahu kat orang yang dia OCD.

WHAT THE WHAT???

First and last (Tak de second third dah sebab ini yang paling utama), buat la research dulu sebelum nak claim diri tu OCD. OCD bukan setakat mengemas barang macam gambar tu. Tang ni semua boleh buat sebab nampak lawa. Even bukan penghidap OCD pun boleh buat. Rajin malas je. OCD lebih daripada itu. Dan sebenarnya penghidap OCD ni dia sendiri rimas sebab dia ada OCD. Diorang nak hidup normal macam orang lain. Macam kita yang bukan OCD ni. Cuba kau bayangkan hidup kau yang sebelum keluar kena hempas pintu kuat-kuat 3 kali, cuci tangan kena 10 kali, pakai kasut kena hentak kaki 5 kali, baru kau boleh hidup dengan aman. Tak buat semua tu tak lengkap hidup kau. Dan most of the time OCD ni akan menyusahkan orang sekeliling dia. Sebab tu yang bukan OCD takkan faham penderitaan OCD dan yang OCD pulak tertekan akibat orang sekeliling yang tak faham dia ada OCD. Kesian depa.

Memang aku tak fahamlah masih wujud manusia yang mengharap dia OCD sebab dia rasa dia cool dengan adanya OCD. Adalah artis yang suara mesin tebu tu, yang bela anak "tak sah taraf" kononnya mengaku dia OCD. Padahal rumah bersepah. (Jangan tanya cemana aku tau. Dia yang tayang rumah dia kat Instagram) Bila dah kantoi, banyak pulak justifikasi dia. Haram jadah punya perangai.

Last sekali, semua penyakit kat dunia ni tak cool pun.

Bye.

Wednesday, August 24, 2016

Kahwin

Assalamualaikum...

Hari ni aku bukak Facebook, skrol atas bawah, then terpampang satu gambar. Aduh. Sorang lagi batchmate Gemilang 03'7 dah kahwin. Aku tak tau pulak tu. Cis. Tapi tahniah jugak sebab dah berani pegang tanggungjawab sebagai suami. Haha... Moga kekal sampai kiamat jodohnya. Amin...

*batchmate Gemilang 03'7 = nama batch kami SDARian yang masuk Tingkatan 1 tahun 2003

Sebut pasal kahwin...

Umur aku sekarang 26 tahun. Memang dah layak sangat kahwin. Well, kalau kahwin itu semudah cari perempuan, tarik dia jumpa imam, akad, dan selesai. Semua boleh kahwin macam tu. Tapi ia tak semudah tu.

Ya kengkawan. Bukan mudah nak kahwin. Ia memerlukan lebih dari sekadar nafsu kau semata-mata. banyak benda nak kena prepare. Dari hal mencari calon pilihan, merisik, merancang, bla bla bla..... entah aku tak tahu sebab belum fikir nak kahwin jadi aku tak tau apa proses yang betul.

Bila tengok ramai kawan-kawan dah kahwin (aku khususkan pada lelaki je, perempuan kau kahwin masa Tingkatan 2 pun aku tak kisah) aku kagum sebab mereka dah bersedia nak pegang tanggungjawab sebagai seorang suami, imam, dan bakal bapa dalam keluarga dia. Lebih-lebih lagi yang kahwin pada usia muda ni. Tapi kalau kau anak orang kaya, hantaran pun mak bapak sponsor, aku tak heran lah. You are not my role model okay. Akasia sangat hidup kau. (Sumpah benci gila slot Akasia sekarang. Kenapalah aku boleh suka tengok Adamaya dulu sekitar 2010)

Niat memang nak kahwin. Tapi aku memikirkan keadaan aku sekarang ni, memanglah tak sesuai sangat untuk aku settle down. Kenapa?

1)Kewangan tak kukuh

Asal tengah bulan gaji habis. Dah lah nak menyimpan pun tak mampu. Aku sangat-sangat nak deal problem ni.

2) Belum berpunya

Asalnya aku nak salahkan keputusan aku masuk All-Boys School macam SDAR ni. Tapi aku tau bukan itu puncanya. Sebenarnya aku memang tak pernah mencari pun zaujah zaujah ni. Tapi aku bukan ummah LGBT ye. Haha...

3) Langsung tak de keyakinan diri untuk mencari pasangan hidup

Yakin kalau hal lain aku boleh buat tapi kalau nak yakin mencari pasangan ni, itu memang fail. Bukan apa. Tipulah kalau perempuan sekarang tak pandang rupa dan harta. Tambah-tambah lagi kalau kau peminat novel cinta dan slot Akasia pukul 7. Aku memang bukan lelaki yang menepati ciri-ciri yang difantasikan kaum wanita sebegitu. Tapi aku boleh kata yang aku tidaklah memandang sangat rupa perempuan. Bagi aku asal dia dapat menerima aku pun aku dah syukur sangat. Pokoknya, aku tak de keyakinan disebabkan hal memandang rupa dan harta nilah, which is aku tak ada. (Tapi aku rasa aku hensem je. Wah!!!!!!!!)

4) Memikirkan masa depan

Bukan hal kahwin je. Semua benda aku fikir kedepan dulu. Kalau kahwin ni, aku fikir situasi aku sekarang dan kalau aku kahwin, apa akan jadi. Kan aku ni lemah hal-hal financial. Cemana aku nak tanggung bini aku nanti? Besar tanggungjawab tu.

5) Mak aku tak desak pun

Korang jangan nak kata "dalam hati siapa tahu". Ni mak aku kot. Aku kenal mak aku cemana. Aku sebut pasal kahwin pun dia boleh gelakkan aku. Memang aku tak pernah sebut dah la hal kahwin ni. Mak aku pun tau anak dia sorang ni memang tak reti nak berjimat. Jadi cemana nak kahwin?

Sebenarnya boleh kata banyak jugak sebab kenapa aku tak boleh kahwin lagi walaupun rasa tu dah ada. Pendek cerita......


JODOH TAK SAMPAI LAGI


Tak pe lah. Biar aku stabil kan diri aku dulu dari segala aspek, barulah aku fikir pasal kahwin. Sabar je lah. Hahaha

*p/s: aku tak mula lagi stadi SOA ni. Cis.
*p/s 2: Tahniah batchmate, Muhammad Nazari bin Marso @ Samiran. Semoga dapat baby comel dan                       pandai cakap jawa. kikiki~

Degup Jantung

Related Posts with Thumbnails

Pengunjungku Dari Luar Negara

free counters
Web Analytics